Tabung

Friday, December 31

dinner MTUN

as salam..
tan nak banyak cakap 
sebab makan time!!
hehe..
tapi gambar makanan takda pun..
ceh..
tengok suasana pun jadilah eh..

majlis perasmian dan makan malam MTUN telah diadakan di DTTI...

cuba anda lihat di layar putih itu..
mujur kabur..
kalau tidak anda-anda pasti teruja..
ok kakak tipu..
kebetulan sahaja montaj ada gambar kakak..
ohho sumpah segan..

kakak sudah bersedia untuk makan...
anda???
hehe..
*apasal dengan mata saya macam orang nangis??


ayoyo macam ayu terlebih pulak minah ni...
ayu ke??

pakcik, cantik tak gambar kita???
miahahahaha
*lepas ni aku kena kejar dengan kekasih kau...

-the end-

Thursday, December 30

yaw

as salam....
setelah berhempas pulas training
hempas pulas ke??
tak jugak lah..
banyak main jugak..


tiba hari yang dinanti..
MTUN..
Malaysian Technical University Network..
--------------------------------------------------
tengok sikit peserta solo kreatif putera puteri UTHM...
srikandi dan pendekar..

alamak
gambar pakaian full set tak ada.
tapi yang ini adalah..
ini hanyalah lakonan semata-mata..

---------------------------------------------
masa peragaan tepat 3minit
tapi kakak dah buat salah sikit..
masa rolling kaki terkeluar dari gelanggang
erm confirm-confirmlah banyak tolak markah...
redha je lah...

wajah lepas dah selesai game..
wah lega-lega..
terima kasih kak sepet datang tengok walaupun kene jaga bahagian badminton
hahah mengular sebenarnya.

ini bakal world champion..
tapi yang kakak musykil sekarang..
ni nak main silat mewarisi ibu dan ayahnya ataupun 
mahu menceburi sukan boxing..
haiyak..

-------------------------------------------------------
hey kawan-kawan..
game dah habis..
sosial time..
heavennya bila masing-masing dapat minum ais..
ops...

ok hari tersebut KFC milik team silat UTHM..
buat bising tak hingat dunia..
mengalahkan budak sekolah..
mujur tiada yang pergi main playground yang disediakan...

takde posing lain dah kot..
habis idea mungkin..
hahaha..
seluar kaler-kaler yang menarik perhatian..
ada geng boleh lah pakai seluar kaler-kaler macam ni..
cuba kalau sorang-sorang je pakai seluar kaler-kaler pastu pergi makan KFC..
mau ke korang pergi???
mesti orang awam usha atas bawah..
betul ke tidak budak ni...

ok gambar menarik untuk entry ini...

-the end-

Wednesday, December 29

pelangi tergapai

as salam..
maaf-maaf atas kelewatan memasukkan entry baru..
banyak perkara yang tak dapat dielakkan ..
dan sekarang baru ada ruang untuk mengarang..
------------------------------------
sebelum kita pergi lebih jauh
entry ini merupakan kesinambungan dari entry menggapai pelangi
dua orang pesilat UTHM yang mewakili Malaysia untuk
ASEAN UNIVERSITY GAMES 
yang diadakan di Chiang Mai, Thailand..

dan mereka berjaya..
mendapat pingat emas..
yes, mereka berjaya menggapai pelangi..
ops bukan kakak yang menang...

nak tengok siapa pemenang dan pemilik pingat emas ini..
tahniah cikgu dan cikgi saya...
patung itu cantik...
nak nak...


pingat emas yang cantik milik cikgu dan cikgi...
-------------------------------
kakak nak ole-ole dari Chiang Mai, Thailand..

comey2 warna pink..
i like...
mekasih...

-the end-

Tuesday, December 21

si senget main seni

as salam..

sebenarnya malam tadi kakak nak update blog..
tapi boleh pulak terdelete gambar...
bongang gilo den ha...
-----------------------------
hari ini kakak nekad...
blog mesti kena update
walaupung tercungap tak cukup nafas..

si sepet senget yakni kakak lah senget..
mencuba nasib untuk bermain seni...
cuba bayangkan...
kayu main seni...
hahaha
cartoon network..
------------------------------
pertaruhan solo kreatif oleh dayang redzuan...
hasilnya nanti tak tau lah..
tunggu dan lihat sahaja...
kejohanan MTUN (Malaysia Technical university network)
tinggal berapa hari sahaja lagi..
gerak kakak masih macam papan...
huh
mengeluh sahaja pun tak guna...
ada empat universiti sahaja yang terlibat
buat baik sikit pun insyaAllah boleh naik podium..
tinggal pilih nak nombor brapa dan usahakan

nak no 3?

no 2?

atau no 1???

sekali dapat no 4..padan muka kau dayang!
--------------------------------
masing-masing berhempas pulas training tanpa jurulatih...
mujur ada senior-senior yang boleh beri tunjuk ajar...
masing-masing tegur di antara satu sama lain...
cabaran kali ini cukup menduga...
banyak pasukan seni kita yang fresh2..
hampir 80% baru 1st time nak main seni..
termasuklah kakak...
ni nota tau..
jangan ingat main silat seni tak pakai nota..
haha faham tak tengok nota gerakan kat atas ni ?
ni nota kepunyaan ganda puteri...
boleh faham lagi kot...
kalau solo kreatif puteri gila babeng punye nota dia...
malas nak upload...
tapi kalau ade yang mintak next entry kakak upload...
okey...

ganda puteri 
akak-akak yang cek mek molek kecik...
ala tomei2...
goodluck untuk korang tau...
raffi pun goodluck ye..
last minit kena tukar main solo kreatif..

jurus wajib
goodluck jugak ye...

untuk daus dan anis...
goodluck jugak untu jurus tunggal anda...

untuk ikbal dan pejo
goodluck untuk ganda putera...
pukul 4 jap lagi (tak tau waktu Malaysia or Chiangmai..)mereka bakal berentap..
chaiyok2..
pastu berentap untuk MTUN pulak ye..

tak lupa kepada pengurus ..
jaga time baik2 ye kak niza
-----------------------------------------------

kakak rasa semakin senget sekarang...

tolong jangan tiru aksi ini 
sangat bahaya okey...
huahuahua
*tak menahan sebab anis sangat kagum...haha sengal..

-the end-

Thursday, December 16

tag by Aqilah Romi

salam...
mari jawab tag

1. Adakah anda rasa anda HOT ?
 -sangat HOT ketika mendengar HOT FM.

2. Update wallpaper anda guna sekarang .

3. Cerita about this picture .
- gambar melambangkan mood sedang final exam.


4. Kali terakhir makan pizza .
- wah agak lama juga...tak ingat sudah.

5. Lagu terakhir anda dengar ?
- biarlah rahsia by siti nurhaliza...dalam kereta tadi.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini ?
- facebooking

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa ?
- kakak, dyan, maksu, yayang, cik yang, amoi, ensem, gengster, abg majid.

8. Tag lagi lima orang .
-mohd khairul azwan
-zulhilmi
-nakamok
-ceila
-cikgu ezu

9. Siapa Orang Number 1 dengan anda ?
- my uncle..hikhik

10. Katakan sesuatu pada orang Number 5 .
- selamat hari guru..hehe

11. Number 3 ada hubungan dengan sapa ?
- beliau ada hubungan dengan seorang perempuan yang pasti..haha

12. Bagaimana pula dengan number 2 ?
- sama seperti jawapan di atas..

13. Kata-kata cinta kepada orang number 4 ?
-ceila i cinta u...hhaha(saje tag perempuan utk no 4.)

14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag ?
- best, sempoi, gempak dan cool

-the end-

Wednesday, December 15

Air laut itu masin

as salam...

hari ini kakak bawak cik Alin pergi mandi dekat Teluk Batak..
Teluk Batak atau lebih dikenali dengan Teluk Batik..
di sini kakak mengambil kesempatan untuk minta maaf kepada ayah chik (boloq)
sebab hari tu datang Manjung tak sempat nak bawa pergi teluk batik..
lain kali kalau datang lagi kita pergi okey...

sudah bersedia untuk mandi..
yeah jom terjun!!!

okey sekarang nak cerita lawak..
serius lawak..
pandai cik alin buat lawak..
so wajib cerita
wajib tayang
wajib gelak

tiba-tiba
"euw masinnya air ni"

kakak agak terkejut
"alin tak pernah mandi laut?"

alin
"tak pernah"
"tau air laut masin tapi tak pernah rasa"

aiyak
kakak gelak guling-guling dalam air (guling-guling tu tipu je)

register masuk raja lawak nak tak alin?

ijoy je ikut..
baby merajuk tak nak ikut..
pasal ape ntah...

-------------------------------------------------------
lepas mandi kite round lumut sikit..
alin takut tengok air laut
lagi-lagi kalau atas jambatan..
so sukacitanya saya meningkatkan water confident beliau..
masa mandi kat pantai pun mandi kat tepi-tepi je..
ops saja kantoi kan..

saja je kakak berhentikan kereta tepi port orang memancing...
betul-betul dekat dengan air..
"alin cube pandang kiri"
hehehe kakak kejam...
"alin senyum sikit..aku nak tangkap gambar ni"
miahahahaha

-the end-
-------------------------------------------------------------------

sesat punca hilang kewarasan

as salam

     Penat dan penat...kaki rase gigil je nih...ini entry mungkin panjang..sebab memang panjang cerita hari ini..nak baca sila baca...taknak baca pun tak pe..sebab tak ada perkara ilmiah dalam entry ni..cume ade pengalaman yang bercampur baur si pemilik blog..sebelum tu..kalau ada banyak typo sila abaikan kerana entry ditaip ketika sedang nazak nak tido..sebab takut esok dah lupe apa yang berlaku hari ini...mari kita mulakan...

     Hari ini kakak balik ke Perak..bertolak dari Parit Raja jam 11.30pagi...amik cik alin dekat ayer hitam..dan teruskan perjalanan..terima kasih diucapkan kepada cik alin kerana sudi menemankan kakak balik perak..dan terima kasih jugak kerana menerima jawatan sebagai co-pilot..bukan 2nd driver...*bilalah alin nak ade lesen kete???
bagus co-pilot ni..suka merakamkan saat2 indah yang akhirnya tak berapa nak indah ni..dan sekarang baru kakak sedar..minah ni bawak kete tak pernahnya dahi die tak berkerut..ah cepat tua la dowh..


 owh let me introduce my co-pilot
antara tugas-tugas co-pilot
duduk dalam kereta
tidak tidur
dengar kakak bercakap (good listener)
tukang balas mesej
tukang keluarkan duit utk bayar tol dari beg duit
menenangkan driver ketika marah
buatkan kotak untuk bekas kuaci
bahasa isyarat dengan pemandu lain (apa ni?)
tadaaaaa ini lah cik alin..

perjalanan yang jauh sangat elok disusuli dengan makan kuaci...kreatif gila alin buat kotak utk letak kuaci...bagus kan..

perjalanan yang dimulakan dengan bismilah serta doa, berjalan dengan lancar sekali..tepat jam 1.30petang kami sampai di RnR Seremban untuk solat serta makan..

    comot sungguh manusia ini makan...alamak kantoi cool blog..alasan macam biasa..."eh tu bukan saya punya cool blog...alin yang punya.."

---------------------------------------------
setelah selesai..perjalanan diteruskan..ha bab ni yang menyirap gile ni...sabar jela...kakak pun tak pasti kenapa dan mengapa tiba-tiba jalan yang digunakan macam pelik...erghh saya sudah termasuk Kualalala Lumpur(mcm dlm lagu miz nina)...Kuala Lumpur terkenal dengan kereta yang suka beratur panjang-panjang...sehingga menyebabkan kaki sakit main dengan clutch..asyik gear 1 je...masa ni la baru terasa suka naik kereta auto..
gua da fedup...co-pilot senyum je sebab kaki die tak tekan clutch..mungkinlah...
dalam kereta wajib ada macam-macam jenis gula-gula untuk menghilangkan tekanan..gula-gula ye, bukan coklat...makan sambil cilok-cilok di Jalan Kuala Lumpur..rata-rata pemandu yang sudah biasa dengan celah mencelah..kakak pun turut celah mencelah..orang cakap kalau kereta plat 'W' ni celah celah kereta plat lain kena mengalah..'W' bertemu 'W' pun mereka faham..tapi tadi ada kereta cuba mencelah dihadapan kakak..'WUN'..kakak taknak kasi..tapi lepas gak die mencelah..lalu terfikir..*oh patutlah...die 'WUN'..kakak 'WHC'..zaman bila punya...ok fine!..
peratusan kefokusan pemanduan turun menjunam..serius tak fokus sampai terlepas simpang yang bersiur adakala dua cabang dan tiga cabang...damn!!dah lah kereta beratur...salah lorong sikit memang gagap r..lalu kakak redah je...macam-macam tempat jumpa...IJN, Perpustakaan Negara, Lembaga Peperiksaan, Tabung Haji yang besar gedabak tu..alin siap amik gambar lagi..kakak cakap dekat alin "eh aku memang nak bawak kau pusing KL ni...aku main cinte dengan KL ni..(cinte tu istilah sopan bagi benci rasanye)"...gua cool je masa sesat tu..memang muka fedup tapi boleh gelak-gelak lagi...apa yang lawak pun aku tak faham...

"mari menabung"
alin yang elok duk tersenyum dari tadi melayan kerenah saya yang kadang-kadang terbiadap dengan signboard yang ada..bertukar menjadi fedup jugak kot..mungkin beliau berfikir "mana lah dayang nak jual aku ni..minah ni bukan betul sangat"...serius, hari ini agak membuatkan aku kurang waras...
ketidakwarasan semakin menjadi-jadi bila kereta satria comel ni menuju ke Ampang..arghh gampang gila..ini bukan gampang yang senang tu..'malu bertanya sesat jalan'..*"hello cik anje..tolong saya sudah sesat"..."ko kat mane ni???ha ampang???ko dah jauh lah...bla bla bla bla bla bla"...
ok aku sesat sampai kampung muhibah la ape lah dekat Ampang tu..patah balik dan cuba masuk pusat bandar yang OheMGee..manusia baru balik kerja...terperangkap lagi..mencelah-celah sampai kan ada polis naik motor tu terpaksa akur dengan celahan aku..aku just senyum-senyum kucing tanda 'sorry pak polisi'...
gagah ku cari petaling jaya dan akhirnya berjaya...hanya mampu tersenyum lepas nampak KUALA SELANGOR..
ops gigi kene cover dengan tagline..seronok bila dah melepas IJOK...dan tiba-tiba teringatkan si gjok(adek)...namun, langit tak selalunya cerah..kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari..ceit kelaut..kemengantukan semakin menjadi-jadi...gagah ku buka mata..."jangan tido dayang"..itu sahaja yang mampu diucapkan oleh co-pilot....
nescafe akan diminum bila sangat terdesak...tak ada effect pape pun..tetap jugak mengantuk..tapi tiba-tiba ada satu hiburan...jalan Tanjung Karang semakin cantik..cacat cela semakin kurang...tiba-tiba ada sebuah kereta saga cucuk rapat belakang satria comel..makin kakak laju, die pun turut laju...haish tak boleh jadi...ambil keputusan untuk masuk line kiri..dan slow lalu duduk dibelakang iswara tersebut..
"jalan dulu wahai sahabat"...hatiku bersuara..hahah serius masa ni mata dah segar bugar..
"alin, driver dia lelaki ke perempuan???kalau lelaki aku kejar..kalau perempuan lagi aku kejar"
dan masa utk balas dendam...
haha kereta depan tu pun baik je cilok2..ingat gua tak boleh cilok2 ke...
mesti bengang je brader tu..
sebab gua cucuk die dari Tanjung Karang sampai Hutan Melintang..
lama-lama kereta tu mengalah dah beralih ke kiri...
kakak suruh alin angkat tangan dan senyum dekat driver tu..
dan mamat tu tunjuk bahasa isyarat (jom makan dulu)..
kami buat dek dan terus memecut laju...
hey mamat tu kejar..
kali ni mintak no phone..
dari riak wajah mamat tu je kakak dah tau ni mesti mat navy..
ah mana bleh tak kenal mat navy...
muka semua sepesen je...
dan aku pun tak tau kenapa hari ni sangat sengal dan masuk air 
"alin, ko kasi no aku kat die"
alin pun buat bahasa isyarat..
terus mamat tu call..

"hello, jom benti makan dulu"
aku cakap "sorry der, gua dah lambat..nak balik umah"
dia cakap "okey2..eh sorry tadi men kejar-kejar"
aku "haha takpe...terima kasih lah..sebab tadi ngantuk..gua kejar lu terus tak mengantuk"
dia "orait"

habis sesi kejar mengejar...
teruskan perjalanan ke Manjung...
sampai rumah jam 8 sumthing...
------------------------------------------------------------
Alin, Welcome to Manjung...
penat tak hilang lagi...
selepas sesi bersihkan diri...
kakak bawak alin makan char kueh tiaw dekat dalam base (TLDM)..
then pusing lumut + sitiawan..
satu malam je dah boleh tunjuk semua tempat kat alin..
nampak sangat kecik je Manjung Lumut Sitiawan ni..
tapi lalu je lah...
esok baru kite turun k...

kring kring!! (bukan ringtone sebenar)
mamat tadi call...
"eh awak sape name? duk mana?" (ngorat time)
 aku "manjung..n ang kompem duk lumut kan"
"eh mana tau"
aku "tahu dah.."
"eh awak ni bawak kereta boleh tahan ek"(bawak??pandu okey.)
aku "eh takde la..biasa-biasa je"
"kereta smart..awak punye ke?"
aku "taklah...abang yang punya"(gua kaki kencing kadang-kadang)
"eh habis tu abang pakai kereta apa??"
aku "owh die pakai kereta lagi satu"(dosa kering lagi satu)
"ni abang betul ke??or abang tak betul??"(banyak tanya plak mamat ni)
aku "owh tunang gua sebenarnya"(up lagi dosa)
"eh dah berpunya rupanye...tapi boleh plak ek bagi no telefon dekat orang"
aku tanpa segan silu gelak dan berkata 
"gua memang senget(upnormal) orangnya.."(pernah pulak aku ni straight(normal) b4 ni..
lama kelamaan mamat itu mungkin fedup + boleh gila bila bercakap dengan orang gila macam aku..

dan dia pun memutuskan talian...
-----------------------------------------
adoi hari ni memang bercampur baur
rasa nak marah
rasa nak gelak
kakak sendiri dah tak faham...

apa-apa pun thanks la kat cik Alin..
kalau kakak balik sorang tadi tak tau lah apa jadi..
erm...
lepas tu baru sedar kenapa kakak boleh sesat...
rupenya dah lama tak balik naik kereta...
hahahaha...
bukan sebab lama tak balik sampai lupa jalan balik rumah okey...
dah penat taip...

p/s : sory entry macam tongkang pecah..kejap kakak, kejap aku, kejap gua...saya pun pening..malas nk repair..

Monday, December 13

membebel

as salam

nak bebel kejap hari ini dalam blog..
kejap sahaja, tak lama..
kakak jamin..

final exam
final dah tamat dengan jayanya..
eh wait!
jaya sangat ke??
takde lah sangat..
janji sudah tamat..
agak rimas + bebal dengan final exam
ada subjek yang paras hidung
ha takut..
en rais sorry...

result
ada dua subjek yang dah dpt result..
alhamdulillah ada improvement..
math III....i love u...
makmal tq
wahai termo jgn jatuhkan pointer saya..
baru je nak bina tangga ke atas...
jauh lagi perjalanan...


cuti sem
cuti yang tak sampai sebulan..
lepas tu ada center training lagi
game MTUN ( Malaysia Technical University Network ) lagi
apa lagi???
ah tak payah mengeluhlah
itu jalan lu pilih lu tanggung (ini bukan "lu langsi lu mati" okey)


bersosial
sakan sungguh bersosial kali ni...
berBBQ
berSHOPPING (teman kak odie je)
berWAYANG (maksud kakak tengok wayang)
berBOWLING (langsung tak ade strike...sebab totaly stupid gile main bowling..main guli pandailah)
berWAYANG lagi (ngangkung sampai dua kali tengok..tapi kali ni gelak sopan sikit lah)


rumah sewa
boring bila takde makhluk nama alin n jaja..
takde tempat nak non-stop talking
selalu makan tido sembang tengok+menghadap diorang je...
bile takde macam bosan tahap apa ntah...
duduk kat rumah tanpa suara
ah itu bukan kakak
tapi itu yang terjadi sekarang..


perak
akan ke sana esok...
mungkin seorang
mungkin berdua
mungkin bertiga
alin, kalau mak tak kasi ikut tidak mengapa..i can survive...chewah...
macam tak berbaloi nak balik perak 14-17 dec sahaja..
tapi nak balik juga
yakin


training
mengelat training pada hari sabtu 
ahad pun pegi training petang je
pagi tadi jog sorang-sorang (k.safra n k.amoi ade program)
gile mental jog sorang-sorang
18dec daftar center training..

MTUN
fuh apesal tibe-tibe rasa macam tak yakin 
tak yakin nak main seni
seni oh seni
berdampinglah dengan ku wahai seni
sekarang sudah rindukan orang minyak untuk sparring..
seni dan olahraga???
olahraga jiwa saya..


tak puas bebel dekat keyboard
nak bebel kat dinding takde respon...
okey undur diri dulu...
esok doakan perjalanan kakak selamat sampai ke Perak...

-the end-

Thursday, December 9

perpustakaan dan aku..

As salam...

Hari-hari kakak tengok muka depan cermin
kadang-kadang cakap dalam hati
"aku ni ada ke muka budak-budak library??"
----------------------------------
gamaknya kalau kakak menyuarakan hasrat nak study di perpustakaan
apakah yang akan terjadi???

kakak pernah satu hari curi-curi pergi perpustakaan sorang-sorang
taktala rakan-rakan sedang enak dibuai mimpi lepas stress jawab thermodynamic..
yes memang stress..

mereka sangat kesahkan kakak..
terjaga dari tidur dan dayang was missing...
call terus..


cik alin : kau kat mana?
dyg : library
cik alin : study ke?   (mesti punye ade soalan begini)
dyg : ek takla..on9 je

--------------------------------------------------------------------
ramai yang terkejut 
bukan sahaja sahabat karib
rakan serumah pun terkejut..

persoalannya pelik sangat ke?

yang lebih peliknya..
manusia yang baru kenal kakak tak sampai seminggu pun boleh mengeluarkan kata-kata seperti ini
"ha biar betul!"

nak lagi pelik
baru jumpa kawan yang dah lama tak jumpa dalam facebook
sembang baik punya sembang
 sampai begini gua ter'pukul'...

pasrah gila
--------------------------------------------------------
ok mengaku memang la bukan 100% study kalau kat UTHM
tapi kadang-kadang
study = on9
50 : 50
20 : 80
tidak dinafikan memang tak pernah 100%

 riak muka yang agak marah kerana meraka tidak percaya saya study di perpustakaan kadang-kadang.
wayang je lebey

----------------------------------------------------------------------------------------------
cakap banyak pun tak guna..
perlukah saya letak dalam azam tahun ini
"meningkatkan tumpuan ketika belajar di perpustakaan" 

p/s : tersedar entry ini tiada gelak-gelak...serius benar..tapi sekarang kakak nak gelak..hahahah:D
-the end-

Tuesday, December 7

menggapai pelangi

as salam...
wah bahagianya bila paper untuk exam last 10 Dec 10..
ada dua hari lagi..
patutlah bahagia sahaja kakak mengupdate...
senyum-senyum kambing sat..
-------------------------------------------
hari ini tajuk telah di 'request' oleh cikgu kakak sendiri..
petang yang indah tadi..
walaupun dewan berkunci dan hujan esak-esakan di luar,
training tetap dijalankan seperti biasa..
training disudut yang kecil dan terpencil..
asalkan terlindung dari air mata awan..
kecil-kecil cili api
ruang yang kecil jangan sangka tidak mampu mengeluarkan peluh-peluh di badan..
"lari-lari sampai pening"
itulah istilah yang diterangkan oleh seorang cikgu kepada anak muridnya yang baru
yakni si Jaja..
---------------------------------------------
inilah dua pesilat UTHM 
juga dikenali sebagai pesilat Selangor
dan bakal membawa nama Malaysia ke Chiang Mai pada pertengahan bulan ini..

masing-masing merenung dan otak ligat memikirkan
bagaimana untuk menggapai pelangi?
pelangi diibaratkan kalungan pingat emas..
ya pingat emas untuk Malaysia..
mampukah mereka??
jawapan kakak = insyaAllah mereka mampu!

bertungkus-lumus
membanting tulang
yang empat kerat
sambil menghitung hari yang berbaki
ketidaksabaran untuk berentap di Chiang Mai terserlah

akhir kata
"pulanglah dengan kejayaan"

p/s : cikgu-cikgu saya hebat okey... :)
-----------------------------------
-the end-

Monday, December 6

No Cheating!!

As salam..
Selamat menyambut awal muharam..
sudahkah anda membaca doa akhir dan awal tahun??
dan apakah azam anda untuk tahun ini??
tepuk dada tanya selera.
-----------------------
Berbalik pada tajuk utama..
memandangkan UTHM masih dalam mood 'final exam'
so memang padanlah tajuk ini untuk para pelajar yang masih mempunyai sisa baki subjek yang belum dijawab..

"Say No To Cheating"

satu lagi program yang diusahakan MPPUTHM 09/10
bagus- bagus
-----------------------------------

budaya meniru bukanlah satu budaya yang sihat..
nanti kantoi sakit oi..
pua thanks ye snap kan pic ni.
AMARAN : JANGAN TIRU AKSI INI..

Pastikan ilmu penuh didada bukan sahaja dimata untuk melangkah ke dewan peperiksaan..
ini kerana, anda DILARANG sama sekali untuk meniru...
---------------------------------
* Tiba-tiba kakak teringat memori zaman sekolah dulu. Ini story mory masa tingkatan satu sampai tiga. Waktu ni memang merupakan zaman kegemilangan  kenakalan kakak lah kiranya. Kalau bab meniru masa ujian dan peperiksaan akhir tahun memang geng kami lah yang kuat meniru..opss kantoi kat sini..takpe ini cerita lama..sekarang dah baik.. tak meniru macam zaman budak-budak jahiliah dulu..

    banyak skill-skill untuk meniru yang kami create masa tu..antaranya:

1- bahasa isyarat : peperiksaan masa sekolah menengahkan banyak soalan objektif. Makanya kami pun buatlah isyarat-isyarat tangan yang membawa maksud A(kepit hidung), B(pegang dagu), C(cubit pipi) dan D(genggam tangan). rasa isyarat macam bangang-bangang je..tapi itulah yang membawa hasil keputusan yang cemerlang yang tak berapa nak berkat.

2- nota sebesar kertas testpad : ha ini satu taktik yang berkesan gila. haha mana taknya 100% note tulis dalam tu. tapi tulisan kecik nak mati lah kan..haha..tapi macam mana nota sebesar kertas tespad boleh dibawa masa peperiksaan??yela dulu bawa masuk 1 set kertas testpad. so, nota itu ditulis dihelaian tengah kertas testpad tersebut..memang target A la time tu..

3- main surat-menyurat : ini style surat tak pakai posmen..tapi sendiri jadi posmen. kaedah yang digunakan ialah koyakkan kertas menjadi cebisan yang kecil. kemudian tulislah apa yang korang nak cakap dengan member-member sebelah. lipat cebisan kertas tersebut dan masukkan kedalam penutup liquid. passing kat member konon-konon macam nak pinjam liquid member..

     ini je la kot kaedah-kaedah kotor yang kakak guna dulu. hey tapi korang sila jangan tiru ye..sebab cikgu-cikgu sekarang dah boleh baca taktik-taktik macam ni (gua yang cerita sendiri dekat cikgu lepas gua dah habis sekolah)..haha..sebenarnya banyak lagi kaedah yang lebih kotor digunakan oleh budak-budak kelas. tapi kakak tak sanggup  nak buat macam diorang. masukkan buku dalam toilet (euw masukkan ilmu dalam tandas memang kurang sopan)..tak bagus...sekarang kakak dah tak meniru dah..betul tak tipu tau...

-----------------------------------------------
ingat ye kawan-kawan..
jangan meniru masa peperiksaan
sebab kalau kantoi nanti 
Malu!!
*tapi gua tak pernah kantoi..cuma ada kesedaran..hehe..

p/s : last paper 10/12/10 (Kemahiran Penyeliaan)
-the end-