Tabung

Friday, April 30

makanan segera..

salam...
makanan segera atau lebih dikenali sebagai 'fast food'
sebagai seorang pelajar memang tidak lari daripada makanan segera..
yela bila dah sibuk belajar(kalau belajarlah) sampai lupa nak beli makanan..
ada juga pelajar yang saving sampai makan makanan segera sahaja..
ada orang cakap makanan segera ini tidak berapa bagus untuk kesihatan..
tapi kalau sudah terpaksa tu redah je rasanya..
macam2 makanan segera ni..
semuanya siap dengan segeralah..
mee segera, bihun segera, sup segera, dan macam-macam lagi yang segera...
di sini kakak tampalkan entri Asal usul mee segera by Kak Windi.
----------------------------------------
kakak yang hidup sebagai seorang student ni pun tidak lari daripada makanan segera..
tapi yang selalunye sup segera..
mee segera tu jarang..
jarang bermakna kadang-kadang tu makan juga walaupun dilarang..
makan sebab teringin...
--------------------------------------
ini kisah berbulan yang lalu..
masa tu stok sup segera memang tengah banyak..
sup segera akan menjadi santapanku di malam hari..
kalau umi mesej tanya makan apa malam-malam
mesti sup segera..
sedap tu memanglah sedap..
tapi yang tak sedapnye lepas makan kompem masuk angin la perutku..
sebabnya sup tu sup cendawan..
makanan-makanan yang gua alergik..
wakaka..
bukan tak suka makan tapi kalau makan buruk padahnya..
bak kata kenkawan 'isim da keluar'..
erm kakak puntak tau pe maksud isim yang sebenar..
ish2..

mushroom soup cap vono terdapat pelbagai perisa..
terdiri daripada perisa chunky mushroom, mushroom chicken, mushroom original dan mushroom cheese..
keempat-empat perisa ini memang sedap..
cubalah..
ceh promot pula..

saja je nak kongsi ngan korang semua..
dapat tengok gambar kotak mushroom soup ni pun jadi la kan..
tapi sekarang kakak da setop!
setop daripada membeli mushroom soup ni..
ayie(adik saye) lah punca segalanya..
dia gi cerita kat umi mushroom soup ni cap 'ajinomoto'..
kompem banyak 'ajinomoto'..
ceh dulu dialah jugak yang memperkenalkan sup best ni..
adoyai..
tapi betul jugak..
mengambil MSG dalam makanan secara berlebihan adalah satu perkara yang tidak sihat..

ok tak reti nak cerita panjang2 pasal kesihatan ni..
tunggu lah nak mengkaji pasal 'penambah perisa'..
apa kesan2 nya..
insyaAllah..

-the end-

Friday, April 23

exchange link

salam semua..
rindunya dekat semua orang dekat blog ini..
kakak nak exchange link dengan blogger2 yang ada..
kakak dah link kan beberapa blog yang dianggap blogger2 otai..
dan beberapa blogger yang terdiri daripada kengkawan kat sekolah dulu n universiti..

siapa lagi nak bertukar2 link dengan saya????
sila tinggalkan komen anda dan sertakan link blog anda ye...

credit to pakcik google..

m&m feveret kakak
-the end-

Sunday, April 18

surah Al-Humazah

salam...
entry terbaru mengenai tafsiran alquran..
kakak akan memilih surah pilihan untuk dimasukkan ke blog..
untuk peringatan buat kakak sendiri..
serta untuk berkongsi dengan sahabat handai..
--------------------------------------------------------
surah ini diturunkan di Mekah

Dengan nama Allah yang Maha pengasih,lagi penyayang.
Ayat pertama : celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang yang pengumpat dan pencela,

Ayat kedua : yang mengumpulkan harta benda dan menghitung-hitungnya,

Ayat ketiga : Ia mengira, bahawa hartanya itu mengekalkannya (buat di dunia)

Ayat keempat : tidak, sekali-kali tidak, sesungguhnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka (hutamah).

Ayat kelima : tahukah engkau apakah neraka hutamah itu?
Ayat keenam : (yaitu) api Allah yang menyala-nyala,

Ayat ketujuh : yang membakar sampai ke hati (manusia)

Ayat kelapan : sesungguhnya api itu ditutupkan atas mereka,

Ayat kesembilan : sedang mereka itu (diikatkan) pada tiang yang panjang.


p/s : ini juga peringatan untuk diri saya sendiri..renung2kan lah...

-the end-

Friday, April 16

kemaruk P. RAMLEE

salam...
kerana satu pendrive berjenama kingston yang berwarna kuning...
yang dipenuhi dengan video-video lu*** lagu p. ramlee yang syahdu lagi mengasyikan..
sehingga membuat orang yang mendengari ingin berdansa..
hambik ko..
tension ke ape kitorang pun xtau..
lagu ketipang payung pun dijadikan bahan yang menarik..
insan mane yang berdansa dirahsiakan..
video rakaman adalah terpelihara..
haha...
bongoks2....
siapas punyas pendrives has...
maras nis..!!!!
hamiks baliks pendrives berhantus mus itus..

"ala payung la payung..ketipang payung..payung sutera nak raja muda...
ala tolong la tolong..cik abang tolong..janganlah marah pada adinda....hoiii.."

hakhakhak gile la sudah...

-the end-

Wednesday, April 14

Gadis Cuci


salam semua..
ye semua rakyat Malaysia..
salam satu Malaysia..
hari ini kita akan bersama tiga gadis yang kurang matang dalam rancangan 'gadis cuci'
saksikanlah
*sila abaikan jika ada terover gedik..
*rakaman menggunakan handphone sahaja jadi kualiti tak berapa bagus..
video
video satu
 
video di atas diambil setelah selesai sarapan di kedai roti canai Parit Haji Rais...
kami sarapan pagi pada pukul 7.00 pagi 9.00 pagi..
pukul 9.00 adalah masih pagi okey...
haha..
kami ke gerai ONE STOP mencari barang-barang untuk mencuci..
mencuci apa?
seperti yang dinyatakan dalam video satu
kami pergi mencuci Al-Jannah..
Al-jannah ialah nama untuk rumah sewa kami...
rumah sewa pun ada nama sebab nak glamour ok..
Al-Jannah bererti 'rumahku syurgaku'
video
video dua

Video dua kami baru selesai membeli barang keperluan mencuci..
kereta kancil baby kakak sudah jadi seperti lori mengangkut barang..
hakhak..rilex sudeyyyy(ayat sape ni???)
perjalanan ke rumah sewa menggunakan jalan shortcut..
rumah kami beralamat,
 
no ???? , 
Jalan limau nipis ais 1,
Taman jula juli bintang tiga,
Parit Raja Kapur,
Johor..

datanglah kerumah kami kalau ada kenduri-kendara nanti ye...

kakak menangis sebab kene dera mengelap peluh yang menitik-nitik..
rasa macam saunalah..
boleh kurus macam ini..
ini maid yang di import dari Arab Saudi..
nama dia Acik Alinto lah..
ahlanwasahlan..
sapu jangan tak sapu..
Ini pula daripada Mesir..
Maaf gambar terpaksa di crop..
skirt seluar beliau disinsingkan untuk memudahkan pergerakan..
 ini wajah excited lah..
hey gadis Arab ini sedang memonteng ye..
ha your turn pula...
tadi sapu-sapu..
sekarang cuci-cuci..
cuci sampai berkilat..
sian dia..
muka dah penat ye..
ni baru bahagian atas..
bawah tak sapu lagi..
haiya..
cuci bilik air..
alin cuci memang 5 star wa kasi lu la...
perfect mak fect la..
hahah..
lupa nak ambil gambar before and after lah..


gambar-gambar di atas semua masa kami mencuci bahagian bilik di tingkat atas...
masa cuci kat tingkat bawah tak sempat nak snap2..
lagi pun ada kakak-kakak yang lain..
so kene serius mencucilah..
hahaha..
and now rumah kami dah bersih tau..
tinggal nak masuk kan barang dan keluar daripada hostel..
selamat tinggal Kolej Kediaman Tun Fatimah
atau nama glamournye 'TUN FATTY'...
*teringat lagu cheer masa hari orentasi dulu-dulu..


video
video tiga

setelah selesai menyapu, mambasuh, menyental dan segala men yang sewaktu dengannya..
kami mahu balik..
kitorang habis mencuci sampai pukul 1.30 tengahari buta..
tapi sebelum balik kita minum dulu...
kami perlukan air mata air untuk diminum..
yeah..
mane air????
air dekat kedai 'Hairi cool' memang cool..
air buah seringgit dan memang rasa buah asli..
*sesi mempromot kedai...

kakak sangat penat tapi mengagahkan diri untuk menaip..ok done..nak tidoq...makcik penatttttttt...

-the end-

Tuesday, April 13

makan

salam..
hari ini tajuk entry 'makan'..
bukan nak sentuh pasal makanan 
bukan nak sentuh pasal cara pemakanan
tapi kakak nak cerita cara atau gaya makan...
cara atau gaya makan tu kan banyak..
antaranya
~makan menggunakan tangan kanan
~makan menggunakan sudu, garfu, atau pisau.
~makan menggunakan chopstick.
dan sebagainya...

Cara makan seseorang itu juga boleh melambangan kematangan seseorang itu..ini bagi pendapat kakak lah..hari ini kakak nak cerita pasal kakak lah sebab ini kan blog kakak..dan ini bukan lah satu rahsia seperti mana yang en bindi ceritakan di dalam blog beliau..jika ia satu rahsia tidak mungkin lah kakak membongkarnya di blog ini..
-------------------------------------------------

sebenarnya kakak memang mempunyai masalah dalam cara kakak makan..baik makan pakai tangan mahupun makan pakai sudu dan garfu..bukan nak cerita tak pandai nak makan..kalau tak pandai makan takde la kakak hidup kat dunia ni lagi..cuma cara atau gaya makan kakak itu salah..bukan baru sekarang kakak sedar..sejak dari sekolah rendah dulu..boleh dikatakan kakak tak pernah makan menggunakan tangan kalau makan dekat kantin sekolah...kerana mereka akan mentertawakan kakak..sedih2..tapi yang bertambah sedihnya, tabiat itu terbawa-bawa sehingga sekarang..ye kakak tak reti makan menggunakan kaki tangan dengan betul.
----------------------------

bila dah besar kakak ingat tak de lah orang perasan kan..sebab bersama-sama kawan baru..tapi mesti kene punye lah..kawan2 kakak mesti tegur "eh kenape makan macam tu"..oh no malu kowt..tapi tenang..kakak akan cakap macam mana nak makan dengan betul..sebab kakak dah cuba cara makan yang normal..boleh memang boleh tapi akan mengambil masa yang sangat lama..haha bongoks..sekarang ni yang selalu memantau cara  kakak makan kalau guna tangan ialah my PA(personal assistance)..sedang menjamu selera mesti dia akan cakap "tengok tangan"..bila kakak tunjuk tangan kakak pasti akan kotor diseluruh tapak tangan..haha..kalau kotor satu tapak tangan tu failed ..kalau kotor dibahagian hari baru lulus..hey ini bukan pengotor ok..cume xreti nak jadi normal..bangangnye..hehe tapi kakak ade trick tau..kakak akan beli nasi ngn lauk sup je..sebab bile lauk sup dia tak akan nampak kat tapak tangan..yela sup kan warna jernih..kalau lauk sambal tu memang failed la..haha..habis merah satu tangan..
------------------------

habis sudah cerita pasal makan pakai tangan..eceh kalau dulu kat sekolah makan pakai sudu..ingat kan terer la makan pakai sudu..rupa-rupanya failed jugak la..hehe satu hari kakak keluar makan dengan family my PA..
kami makan nasi ayam menggunakan sudu dan garfu..sedang kami makan-------
icai (adik alin yang berusia 13tahun tetapi fizikalnya macam berusia 9tahun)

icai : ini kalau masuk rancangan 'gadis melayu' kompem awal-awal lagi dah terkeluar
kakak : kenapa lah icai ni?

ish2..rupanya icai sedang mengomen cara kakak menggunakan sudu dan garfu..haiyak budak kecik pun boleh nampak..ok memang lah die boleh nampak sebab icai tak buta..erm tapi kami gelakkan sahaja..anggap itu satu cerita lawak..lagipun kakak tak ami hati pun pasal tu..hehe itu lah cara kakak makan..so terima je..memang da cuba ubah tapi jap lagi jadi balik..
------------------------

erm makan pakai chopstick lagi senang ok..kakak lagi suka makan menggunakan chopstick..lebih mudah..walaupun itu tradisi orang cina tapi kakak suka cara itu..tampak lebih comel gitu...hehe tapi kalau makan nasi menggunakan chopstick kakak tak expert sangat..sebab kalau orang cina makan nasi menggunakan chopstick mesti makan dalam mangkuk dan nasi diorang pun agak berketul2..kalau tak silap kakak lah..kalau salah tolong betulkan ok..
------------------------
persoalannya sekarang, adakah dayangredzuan ini matang dalam cara atau gaya makannya??


Monday, April 12

keseraman

bayangkan satu hari kita berjumpa semula selepas lima tahun berpisah. 
Kita habiskan masa seharian borak-borak kat bilik awak.
kita bercerita tentang hidup masing-masing selama tidak berjumpa.
tiba-tiba telefon rumah awak berbunyi.
awak pergi turun bawah untuk menjawab telefon dan berjanji dengan saya akan datang semula jumpa saya dekat bilik awak.
bila awak angkat telefon.
rupa-rupanya, pangilan dari seorang sahabat.
dia bagitahu yang saya sudah meninggal akibat kemalangan pagi tadi.
sekarang apa yang awak nak lakukan???
sanggup tak awak naik semula ke bilik awak macam apa yang dijanjikan tadi???
kalau kita sahabat sila jawab persoalan ini....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ha hambek kau..seram tahap gaban kakak baca...sorang sahabat hantar sms kepada kakak..haiyo mujur tak basah suar..hahaha..kalau sorang2 dlm bilik mau kakak lari lintang pukang...
so kakak reply msg die dengan menjawab

"hehe quiet scary story..maybe i'll faint that time..so i dont know how can i go upstair to see u"

hakhak..takutnye...

kalau anda menerima mesej sebegini bagaimana????

LELONG

salam..
eh tajuk entry lelong?
 kakak xnak melelong barang..
tapi kakak memberi barangan lelong..
-------------------------------------------
tiba-tiba kakak nampak ada kedai itu dikerumuni ramai orang..
apa pasal saya cakap macam nyonya..
pasal itu apek mau tutup dia punya kedai..
itu pasal dia lelong itu kasut..
--------------------------------------------
kakak pernah juga terfikir untuk membeli kasut baru
a.k.a menukar kasut yang sedia ada..
huhu umpama pujuk dicita ulam mendatang...
kakak pun masuk lah kekedai itu...
sangat serabut sebab ramai orang da masuk dan memunggah kasut-kasut..
ikut kan malas nak lama-lama dalam kedai itu..
merunsingkan..
so kakak cari yang mana berkenan dihati
grab n pay..
owh terima kasih uncle..
ini heel yang kakak jumpa..
menarik dihati dan dikaki..
tapi ada sikit cela pada kasut ni lah..
mungkin sebab terlalu lama tersimpan di dalam setor mereka itu..
so die punye kulit warna silver itu ade yang terkopek..
atte pedulik ape teman..
asal cantik bila di pakai sudah..
harga sebenar kasut ini 
rasa-rasanya RM39.90
tapi kakak membeli dengan harga RM5.00..

ini kasut untuk umi kakak..
bertumit sedang2 sahaja..
tidak setinggi kasut kakak..
saiz kasut pun lebih kecil berbanding saiz kaki kakak..
hahah..
kakiku melebihi kaki umi ku..
ni pun dibeli dengan harga RM5.00

-----------------------------------------------
wee kakak ada kasut baru..
suka hati

-the end-

Dinasour

salam...
perjalanan dari UTHM ke Parit Raja..
oh stop...
patuhi lampu isyarat..
jika tidak dipatuhi mungkin anda akan mengalami kecelakaan...
menempah kecelakaan sendiri..
mahukah itu semua terjadi..?
tepuk dada tanya tanya selera..
tanya selera?
selera hari ini nak makan rangka ayam la.
selalunya rangka ayam ada jual di pasar malam sahaja..
tetapi bukan hari-hari ada pasar malam bukan.
so mana nak beli rangka ayam jika anda mengidam disaat-saat genting..?
jangan risau..
kakak ada jawapannya...
haha..
anda pasti berpuas hati..
yang ini kakak tidak panggil rangka ayam
atau tengkorak ayam..
yang ini kakak panggil rangka dinasour..
wow bunyinya agak menyeramkan bukan..

--------------------------------------------
lokasi: sebelah Restoran MEGA, depan kedai Diddy Pizza dan buju belakang Wellward..
(harap korang paham..lalala)
seorang peniaga yang sangat peramah..
memang peramah bagi kakak..
harga: saiz besar RM4.00
saiz kecil RM3.30
kakak sarankan beli yang besar..
untuk lelaki makan sorang pun cukup kenyang..
bagi wanita boleh kongsi dalam beberapa orang yang mereka suka..
biasalah tank kecil..
------------------------------------------
ini lah dinasour yang diperkatakan oleh kak azie (roomate cik alin)

zigot
||
embrio
||
fetus
||
baby dinasour..
------------------------------------------------
tetapi dinasour yang dijual itu mungkin masih fetus..
anggaran kasar sahaja..

jika anda berminat sila lah cuba..
kami dah cuba dan berpuas hati meratah fetus dinasour ini..

-the end-

doa untuk kekasih

doa dia untuk kekasih dia...

"bismillahirahmanirahim...Ya Allah yang Maha Mendengar...hanya padaMu ku berdoa dan keredhaanku hanyalah kepadaMu..tabahkan dan tenangkanlah hati ini dari kesedihan dan kesunyian..bahagiakanlah orang yang kusayangi ini walau disampingku mahupun tanpaku disisinya di dunia dan di akhirat Mu Ya Allah...Amin yarobbal a'lamin"

 

 

 siapa dia?

siapa kekasih dia?

lu pikir la sendiri..

dan insyaAllah..

dia akan sentiasa mendoakan untuk kekasihnya kembali..

percintaan yang dekat tapi terpisah jauh berkilometer

Saturday, April 10

stdy week yang membosankan...

salam...
cepat betul berhabuk blog ni...
sebenarnya banyak benda yang kakak nak share dekat dalam blog ni..
tapi mood nak berblogging hilang..
erm..
pada mulanya ingat malas nak on9 time study week...
mereka-mereka pelik...
mane dayang redzuan ni menghilang?
tidak muncul di 
gtalk..
ada sebab kakak x on9
charger laptop rosak..
yeah2..
'aku suka hati'
padan muka..
nak kata bagus pun boleh..
nak kata x bagus pun boley..
bagusnya xderk la nak mengon9 sangat2.
xbagusnya akan kebosanan tahap dead punye oi..
dah sama macam bd
ok skang aku faham perasaan ko..
baru sehari ditinggalkan oleh 
teha
jaja..
sume balik dan balik..
pagi tadi hantar ep ngn pakcik tinggi g stesen bas
pagi tadi g sarapan ngan pakcik tinggi n ep..
makan roti canai..
nanti nak makan lagi..
----------------------------------------
nk menyenaraikan blog2 yang tertangguh..
-teater bawah lampu.
-jelajah blog by ben ashaari. (harap2 tarikh xtutup lagi)
-dokumentary by student DDM 1 09/10
-blog jelajah G5C 307>bilik kakak sendiri (sebelum kuar dari Hostel ini)
-ayam dinasor
---------------------------------------
azlinnorazia-balik segamat
siti hajar-balik segamat
khairul anwar-balik muar
faridzuddin-balik parit raja (hahaha)
adly shah-balik kedah
fahmi_ep-balik klang
fahmi-balik pahang
shahir- balik negeri sembilan
akmal-balik negeri sembilan
amir-kl kowt
hazreen-kl kowt
hakim-mersing
mahmud-damansara
hazwan-simpang renggam
qaiyum-undipine
qaiyum palapes-undipine
isma-undipine
aliff-undipine
aslam-undipine
------------------------------------------
dayang-kktf }perak
erma-kktf}perak
don-kktsn}perak
fadzrul-kktsn}terengganu
kodi-kktsn}kelantan
bd-kktsn}terengganu
anto-kktsn}sabah
laloq-kktsn}terengganu
tokrie-kktsn}terengganu
saiful-kktsn}terengganu

*hope xderk budak ddm yang tercicir.

-the end-

Wednesday, April 7

pemergian demi pemergian part 4

salam..
kenapa kakak rasa sedih sangat..
pada matop semoga cepat sembuh daripada kecederaan.

Tuesday, April 6

pemergian demi pemergian part 3

salam..
maaf kakak melanggar perjanjian untuk berhenti sebentar berblogging..
tapi ini adalah satu peringatan untuk kita yang masih hidup..
-------------------------------------
Hari ini kakak kehilangan seorang kenalan...
walaupun bukan kenalan yang rapat..
tapi die tetap saudara seislam dengan kita..
arwah meninggal akibat terjatuh basikal ketika sedang menjalani latihan..
menurut cerita yang kakak terima daripada Hafiz (ridermate kakak dulu)
mereka sedang membuat latihan 'placing'..
selalunya kalau placing pakai motor ni memang laju..
meter 60-70 km/h
nasib tidak berapa baik..
basikal rakan seperjuangannya yang berada di hadapan arwah mengalami masalah (rantai terlucut)
rakannya tidak sempat untuk keluar daripada barisan basikal tersebut...
arwah pun merempuh kehadapan..
menurut Hafiz lagi..
arwah tidak meninggal di tempat kejadian..
arwah sedar ketika itu..
kepalanya berdarah..
lalu dihantar ke hospital Manjung..
namun tidak diterima dan dihantar ke Hospital Pemaisuri Bainun di Ipoh..
kakak tidak pasti arwah meninggal dunia ketika pemedahan dilakukan atau selepas pemedahan..
sayu bila dengar orang meninggal...
lagi-lagi orang yang meninggal itu kenalan kita..
-------------------------
takziah buat keluarga Faradini (kak dini)...
semoga roh mu ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah...
al-fatihah.
buat pasukan armed force (pasukan navy) jangan patah semangat untuk meneruskan training
untuk shahrul nizam (mattop)..mungkin awak trauma tapi itu sudah takdir..
------------------------------
kakak pernah dengar dalam satu ceramah
""seburuk-buruk penyesalan adalah selepas kita mendengar kematian.."
hari ini hari dia..esok mungkin hari kita..
kita pun tidak tahu lama mana lagi kita akan bernafas di muka bumi ini.
---------------------------------
-the end-

Monday, April 5

Berhenti merokok...

salam semua...
untuk semua perokok perokok di luar sana..
berhentilah merokok sebelum parah...
terima kasih
--------------------------------------------
bukan nak cakap pasal berhenti merokok sahaja...
hari ini kakak nak berhenti terus sebentar berblogging..
bukan berhenti terus..
berhenti mungkin seminggu atau dua atau tiga..
ya blog ini akan berhabuk buat sementara waktu..
bermula minggu ini adalah hari-hari sibukku..
memandangkan minggu depan adalah 'study week'..
so kenalah dahulukan yang mana patutkan..
no blogwalking..
no blogjogging
no blogrunning
dan bukan itu sahaja..
kakak sedang memikirkan untuk mendeactivate kan account facebook juga..
jangan risau..
sementara sahaja...
mungkin awal bulan Mei akan bergiat aktif seperti biasa..
dengan sikap terbuka merelakan traffic down untuk beberapa hari..

terima kasih

p/s:entry "teater bawah lampu" dijanjikan sebelum ini akan ditunaikan tetapi mungkin agak lewat....jangan khuatir..

-the end-

Friday, April 2

pemergian demi pemergian part 2

salam...

siapalah aku untuk melawan takdir...
pesan umi
"tenang la kak relakan pemergian atuk"
aku redha dengan pemergian atuk..
2 April 2010
15:25
------------------------------------------
ya Allah berikan kekuatan untuk aku menduduki ujian physic malam ini
sebelum aku pulang ke kampung...

al-fatihah.

-the end-

pemergian demi pemergian

salam...
pagi tadi kita dengar seorang lagi seniman pergi menghadap Illahi..
al-fatihah...
ucapan takziah kepada keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan Din Beramboi..
-------------------------------------------
lumrah kehidupankan..
hari-hari mesti ada kematian..
baik melayu, cina, india..
atau bangsa-bangsa yang ada di bumi ini...
ini bermakna kita pasti akan merasa kehilangan dan mungkin kita juga yang hilang..
cuma tidak tahu bila masa akan berlaku....
-------------------------------------------
tapi bersediakah aku untuk kehilangan...
Ya Allah, aku bermohon kepadaMu
berikanlah kekuatan kepadaku...
untuk menanggung segala kesedihan yang bakal aku lalui...
----------------------------------------
pagi tadi kakak terima sms dari umi..
menyatakan atuk kakak dimasukkan ke wad ..
sudah banyak kali atuk keluar masuk wad...
tapi kali ini kakak rasa tidak sedap hati...
kakak cakap kat umi 
study week nanti kakak nak balik...
mesti balik...

baru tadi (tengahari)..
umi mesej suruh balik malam ni..
selepas selesai test physic..
ok kakak balik malam ni jugak...
celarunya rasa...
macam mana kakak nak jawab physic malam ini...
apa-apa pun kakak kena balik jugak..
kakak nak balik jugak..
lantak lah bertolak pukul 12tengah malam sekalipun..
thanks Alin sebab nak teman kakak..
thanks Jaja sebab nak jadi 2nd driver...

to all reader..
doakan perjalanan kami malam ini...
Johor ke Perak..
doakan kesihatan atuk tercinta saya...
saya belum bersedia untuk kehilangan beliau...

-the end-

Thursday, April 1

teater bawah lampu

salam...
kakak baru pulang menonton "teater bawah lampu"
sempoi gilak...
kakak semangat nak pergi tengok sebab nak pergi support pakcik belacker kite la...
caya lah...
walaupun nampak cikai2...
tapi terhibur...

-----------------------------
acara 1st "street guitar"
yang terlibat 
black 
bd
shahir
awek laloq
n sorang brother..

deklamasi sajak..
oleh seorang kakak yang xdikenali...

teater..
yang terlibat
(kakak sebut yang kakak kenal je..)
pisdeq
arusmercucita
topex..
yang lain kakak xknal..
tapi semua budak2 kebudayaan...

komen dari kakak..
"jalan cerita yang menarik..mengisahkan kehidupan manusia alaf ini..."

p/s:entry pasal teater ini akan dibawa ke next entry..insyaAllah kakak akan upload rakamannya..tapi rakaman tak berapa nak kualiti la..hehe..

kakak sanggup pegi tengok teater..padahal esok ade test physic..kalau tau en Fahmiruddin ni..erm kecewa beliau....jangan khuatir encik..saya akan cuba sehabis baik..
ok nak sambung study..

-the end-

1 April 1991 - 1 April 2010

salam semua..
hari ini kakak sayang semua orang..
ye, termasuk anda-anda semua..
yelah anda yang membaca tu..
-----------------------------------------------------
1 April 2010..
kakak bukan nak buat 'april fool' hari ini...
tapi kakak nak merealisasikan impian seorang sahabat..
huahua..
dan di atas permintaan mu..
terimalah...
(video have been delete)
"walaupun ko x mintak aku men gitar tp ni kire hadiah dari aku k.."
hehe

"semoga panjang umur ye beb.."
---------------------------------------------
kakak mintak en belacker ajar main lagu besday pakai gitar..
terima kasih black..
sehari saje kakak belajar tau..
haha lagu sonang pakai satu tali je boleh le kakak oi..
hehe pedulik..asalkan bunyi lagu itu sudah la...
ni lah cikgu gitar kakak..
garang ke???
x pun..
hakhak..
erm gambar ni telah menimbulkan isu..
xtau la isu tu serius ke tidak..
adoi..
kawan2..ini gambar xderk pape lah..
kakak menggunakan hikmat die untuk kakak merealisasikan impian seorang sahabat..
itu sahaja...
ok...
jangan tuduh black macam2..
kesian die tau..
n thanks lagi sekali pade black..
sebab kasi wa pinjam gitar lu beb..
~~~wee~~

-the end-

bila hati bersuara

ok hati, mulakan...

*hati..
izinkan saya bersuara pada hari ini..
setelah terperam dihati..
terlalu lama..
terasa hati
tersakit hati
termakan hati
terluka hati
semuanya bermula dengan 'ter' dan berakhir dengan 'hati'
kita memang tidak boleh lari dengan situasi sebegini..
ye, saya rasa itu benar..
kadang-kadang kita disakiti dan kadang-kadang kita menyakiti..
pemilik hati ini sendiri pun begitu..
lumrah manusia bukan..
-----------------------------------------------------------
kita hayati satu situasi...

hey kamu, saya hati saya sakit !                                                                            
sini-sini, saya pun sakit hati!
hati saya sakitlah awak!
                                      sini juga, hati saya
                          hati aku!
                                                          hati kamik!
hati nyong!              
            my heart!

saya dengar hati mereka bersuara..
-----------------------------------------------------------
dan saya cuba menjaga setiap hati yang ada..
bukan nak cerita saya pandai menjaga hati..
tetapi saya....
baru belajar menjaga hati...
ye saya baru belajar...
macam budak sekolah tadika..
budak tadika itu kan kecil dan comel..
tapi saya tidak secomel budak tadika itu..
okeh kelaut sudah..
masuk balik..
--------------------------------------------------------
ketika ini saya yakni hati sedang berdarah-darah
kalau ditadah banyak sangat...
amat rugi..
kalau di derma kan ke tabung darah mungkin lebih baik..
umpama sebatang jarum peniti itu dicucuk di atas telapak tangan..
cucuk sekali mungkin berdarah mungkin tidak..
cucuk lagi dan lagi..
terus menyucuk dan tertusuk..
bermakna yang berdarah akan terus berdarah...
yang terluka akan terus luka..
dari kecil ke besar....
tapi hanya menyimpan luka itu didalam saku seluar jean cap ayam...
---------------------------------------------------
tapi hati tidaklah sebaik yang disangka..
dalam diam hati telah terbenci..
hati tahu tidak bagus jika ada sifat membenci..
tapi hati tetap membenci..
dendam kesumat..
dendam tersemat..
di sini hati meminta maaf bagi pihak pemilik hati..
andainya saat ini hati memang buat tidak tahu sahaja..
hati pun tidak tahu kenapa muncul perasaan ini...
sanggup membuang sahabat..
sebentar....
saya tidak tahu siapa yang membuang siapa sekarang..
adakah dia membuang saya?
atau
saya yang membuang dia?
biarlah ia menjadi satu persoalan...
pesanan hati
"memang kita tidak berada di mana yang kita inginkan...tapi tidak perlulah kita mengomel sesuatu atau membuat perbandingan antara di situ dan di sini...memang di sini lain...di sana lain...di situ lain...saya pun bukan peminat di sini..dan aku juga bukan peminat di sana...malah bukan peminat di situ...ye memang jauh lebih baik...itu fikiran mu...fikiran mereka..???memang kita akan bicara mengikut firasat-fikiran kita sendiri adalah lebih baik...tapi mintak tolong jangan terlalu membuka segalanya..tidak perlu memberi tahu kami walaupun kami sudah tahu...tidak perlu merasa pelik..sebenarnya pelik itu ada di mana-mana...cuma kita sedar atau tidak sahaja..kalau terasa susah di sini..cuba cerita dengan saya sekarang...di mana lagi awak nak merasa susah..di mana awak nak mula kan kesusahan itu...jangan terlalu banyak memulakan sesuatu dengan kesenangan..kalau tidak tiada lah tercipta peribahasa 'bersusah-susah dahulu, bersenang senang kemudian'..harap awak dapat memahami ape yang hati cakap ini.."
hati tahu
hati tidaklah sebaik hati kamu..
hati tahu kamu baik..
pada orang lain..
tetapi bukan pada hati sendiri..
hati mengaku banyak terasa hati dengan kamu..
ye memang kita tidak sebulu...
tapi hati tahankan sahaja..
layankan sahaja..
ye hati layankan sahaja sampai dah tidak tertanggung hati ini..
dan hari ini...
hati mengambil keputusan..
hati akan jauh kan diri..
sejauh yang mungkin...
walaupun kita berada jaraknya tak sampai sejengkal..
maafkan hati sekali lagi..
hati tidak dapat nak menolong apa-apa lagi..
hati sangat keras ketika ini...

---------------------------------------------------------------------------------------
hari ini hati juga telah terlukakan seseorang..
tidak sengaja...
kalau tadi hati membenci..
dan sekarang..
hati rela dibenci...
buanglah saya..
saya memang tidak berguna...
umpama tin minuman yang sudah dimunim itu..
buang sahaja terus ke dalam tong sampah..
ye tong sampah lebih memerlukan ia...
just wanna say sorry..
ok..
jangan berpaling dengan saya
------------------------------------------------------------------------------
terima sms dari sahabat bernama Haikal...
mintak maaf Haikal sebab menayangkan nama anda..
Haikal cakap,
"dayang kenapa lama x msg...abg syed da tanya...da lah balik pun xnak bagi tahu.."
saat itu dayang itu tidak tahu hendak menbalas apa...
dayang itu hanya terkedu..
alasan yang digunakan..
"sorry haikal..aku bz la skang..nanti aku msg abg syed..kau sihat?"
pertanyaan 'kau sihat?' itu hanya lah untuk menutup kemarahan haikal
aku tahu kau akan marah padaku haikal..
siapa mereka berdua ini..
siapa Haikal?
siapa Abang Syed?
kami berkawan..tetapi mungkin terlalu akrab sehinggakan aku teralpa sedetik
mungkin boleh melukakan hati mereka...
maafkan dayang ini wahai sahabat...
dayang itu akan memulihkan kembali persahabatan ini supaya tidak kucar-kacir lagi
berusahalah dayang...
----------------------------------------------------------------------------------
Fairuz..
terima kasih Fairuz..
engkau cukup memahami Dayang..
mungkin kita jarang berhubung...
jarang ketemu..
atas faktor jarak...
namun kau tetap sahabat sejatiku
dan ku mengharap
aku masih sahabat sejatimu...
satu-satunya gadis yang menjadi sahabat sejati setelah sekian lama...
terima kasih Nurul Fairuz..
------------------------------------------------------------------------------
D..
"owg kan selalu xlyan awak kan..selalu tinggal awk kan..tapi awk jgn risau..owg tinggal bukan bererti biar..senyap bukan bererti mengabaikan...owg x boleh jadi macam org lain..macam yang awk nak..macam-macam la..ini lah owg..owg akan tetap menjadi owg..owg tau awk mesti bnyk terasa hati ngn owg..sejak dulu lagi kan..sejak kawan..sejak musuh..dan sekarang..xnk ckp banyak dah..sampai situ je ok.."
--------------------------------------------------------------------------
Rijal...
Apalah yang sedang kau lakukan disaat ini kan...
kau ingat dayang tak?
jiran selang sebuah dari rumah kau itu...
kita semua terpisah kerana belajar kan..
meneruskan pembelajaran demi mengejar cita-cita...
kau mesti banyak kawan baru kan
seperti mana dayang mempunyai ramai kawan baru jugak..
tapi satu sahaja rijal...
lama kelamaan dayang ini sudah tidak nampak rijal yang dulu...
dayang ini mahu rijal yang dulu...
dayang ini tidak mahu rijal yang sekarang..
kita boleh berubah..
tapi jangan melampau...
-------------------------------------------------------------
berubah..
kakak cuba untuk berubah..
berapa kali cakap 'cuba' entah lah...
tapi kakak akan terus bercakap...
"AKU AKAN TERUS MENCUBA"
mungkin mereka akan cakap
"mana hasil nya?"
kakak akan cakap..
jangan lah kau tengok pada hasilnya...
kerana aku sendiri sedang berusaha melawan...
kakak sendiri tidak berani meletakkan satu tarikh...
iaitu tarikh yang menukarkan Dayang yang baru...
mungkin umi dan ayah tidak sabar menunggu kedatangan Dayang yang baru..
begitu juga kakak...
kakak hanya mampu cakap bersabar ok..
insyaAllah kalau diizinkan Allah s.w.t
biar kakak yang menadah tangan
biar kakak yang memohon
biar kakak...
bukan bermakna kakak membuang nasihat...
bukan bermaksud mencurah air di daun keladi...
cuma kakak tidak mahu berubah 
kerana itu
kerana ini
kerana dia suruh
kerana dia cakap
kerana macam-macam lagi...
kerana itu akan timbul ketidak keikhlasan
dan akan menambahkan kehipokritan dalam hati..
walaupun saat ini juga aku mengaku diri ku 65.8% hipokrit...

-----------------------------------------------------------------
hati cakap cukup sampai di sini..
biar pun tidak sampai separuh yang diluahkan..
hati merasa sedikit lega..
minta maaf pada blog yang tidak bersalah..
hati telah memuntahkan segalanya pada blog..









Boneca-Tunjukkan Aku



Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?
Oh…

*Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?
Tunjukkan aku
Tunjukkan aku

Chorus:
Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu

(Repeat *)
(Repeat chorus 2x)

Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Tuhan, tunjukkan aku