Tabung

Thursday, May 27

bersama chef yayang part-2

salam..
bertemu saya lagi untuk resepi yang seterusnya..
hari ini chef yayang akan menunjukkan
cara-cara membuat karipap sardin 
ini merupakan cubaan kali pertama ya...
idea asal kuih ini adalah daripada insan bernama kak Hudai..
baiklah mari kita ke dapur..
----------------------------------------------------------------
ok mula-mula sekali kita mestilah sediakan semua barang-barang yang diperlukan..

-tepung
-sardin
-majerin
-bawang
-kentang
-garam secukup rasa
-gula secukup rasa
-serbuk kari
-lagi apa ek ???haha


cara-cara membuat inti:
 *potong kentang berbentuk dadu yang comel..tapi make sure kentang berbentuk dadu itu tidak dicuri untuk bermain dam ular ye..kemudian cuci kentang tersebut sebersih-bersihnya..

 *cincang bawang merah..disebabkan pembantu dapur saya agak ganas, kami memang suka mencincang ye..kemudian bawang itu ditumis..tumis tu ape ye???

 *lepas tu taruk lah air, serbuk kari, gula, garam..campak je apa-apa yang sesuai asalkan nampak macam sedap.

 *kemudian, masukkan kentang..jangan lupa masukkan satu tin sardin..ikut sukalah nak masuk sardin tin kecil or besar..asalkan ada cop halal..

*tunggu sehingga inti tu masak lah..kemudian amik sudu dan rasa sikit..kalau sedap tu makna nya jadi lah inti karipap tu..


cara membuat doh:

 * amik besen kecik..letak tepung..tau tak tepung apa???saya selalu guna tepung gandum..jangan nak gatal-gatal pakai tepung ubi plak ye..hahhahah..

 *cairkan mentega dan curah ke atas tepung tadi..

 * kemudian gaul dan tambah kan air sedikit demi sedikit..pastu uli lah sampai jadi cmni...

 *lepas tu doh tadi di bulat-bulatkan mengikut saiz sukahati..

proses seterusnya :

* leperkan doh yang sudah dibulat2kan tadi...

* masukkan inti 

* kelim kan comey-comey..

*dah siap boley goreng...
----------------------------------------
karipap tu nampak cam sakai-sakai je..sebab ini percubaan kali pertama..
ingin cara - cara membuat karipap dengan betul..
sila telefon umi..
tol free ok..
jumpa lagi...

Monday, May 24

tag jugak

salam..
hari ini kite settel kan dua tag ye..
ok tag yang seterusnya telah ditag oleh
oh terima kasih ye cikgu mus..
hehehe
------------------------------------------
3 nama samaran kamu
-dayang
-azreen
-kakak

5 tarikh penting dalam hidup anda
-15Mac
-8Jun
-1Nov
-4Sept
-26Apr
-24Nov    *extra satu

5 perkara yang anda buat semalam
-mandi
-solat
-makan
-basuh baju
-tengok alin dengan jaja main game laptop

5 perkara yang buat anda gembira
-makan durian
-makan free
-makan angin
-on9 24/7
-balik Perak SORANG2

5 drama kegemaran anda
-you are beautiful
-pangako sayo
-sanay wala nang wakas
-nur kasih
-Anak betong

5 hobi kamu
-termenung
-memikir
-melukis (kalau ada mood)
-bersukan kecuali berjogging
-lepakking

5 tempat percutian impian anda
-396
-Manjung Point Sekseyen 1
-Seri manjung
-Perak
-Labuan


5 sebab kamu jawab soalan ni
-suka
-suka
-suka
-suka
-suka

5 orang yang nak di tag
5 tak cukup...amik semua..

-the end- 

jawab tag lagi

 salam..
kakak kene tag..mari jawab..
di tag oleh...
thank CL.
------------------------------
1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
boleh buat pape ke masa tu??sebab kalau member dah tikam kompem *-* kan...hehe

2). 6 orang di hati anda?
ayah
umi
nenek
adik-adik
sedare mare
whole family

3). Anda rasa anda comel?
definitely no..sob sob

4). Single or taken?
mom, what the answer for this question...u should ask my mom la..hehe

5). Blog yang anda suka?
semua

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
sekarang kat rumah sewa tak tido dalam bilik lagi..so xtau la
 
7). Lagu terakhir yang anda dengar?
arghhh ingatan tak berapa kuat nak mengingat..
lupa r lagu apa..

8). Last text massage?
tak kesahlah..nanti dyg nak g dyg msg...sent to kak Laili

9). Last phone call?
umi

10). Hari terakhir anda menangis?

Khamis 20Mei2010

11). List lima kaler favourite anda
pink
orange
hijau
putih  
merah
 
12). Orang terakhir anda ber YM
YM xleh on..bengang ar..

13). Game paling anda suka
game sape tido cepat..

14). Adakah anda peminat MCR?
ofcos..My Chemical Romance

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
mestilah suka
 
16). Anda rasa tag ni best?
best lah..kalau x best x jawab..

Tag lagi 10 orang
*erk 10 je...xcukup..eh semua lah amik k..

Friday, May 21

ronda-ronda

salam...
jom kita ronda-ronda dalam kampung...
kakak balik rumah cik alin kat segamat...
kelas takde empat hari kita pergi lah pulang bercuti..
layan gambar je lah ye..
cik alin bawa kakak pusing kampung nek moto RG..
vroommm..
di sini kakak nak pecah rahsia..
cik alin takde lesen moto pun..
takut...
luas permandangankan

rumah cik alin kat kampung sepinang..
 yang mana satu wajah comel????
wakakaka..

kami dan bayang-bayang..

adik-adik tepi...
motor kuat nak lalu ni..
kete tersadai..
classic view ni..
jom pergi kampung sebelah..
alin..
mane kau nak bawak aku ni..
lorong gelap dan sunyi..

rajin pakcik tu mendekorasikan pokok depan rumahnya..
singgah kedai pergi beli jajan feveret..
teringat mase kecik2..
beli ABC..
korang nk?..

comel lak nyamuk tu?

ok habis dah..

-the end-

Nur part 2

salam Nur..
kakak wat entry buat Nur lagi..
walaupun hari tu dapat jumpa Nur kejap sangat..
tak sempat nak sembang panjang-panjang..
banyak kakak nak cerita kisah-kisah yang dilalui..
ada yang sedap didengar..
ada yang menyapah untuk didengar..
Nur, kakak nak tanya pada Nur sesuatu..
selama Nur kenal kakak, Nur rase kakak ni jahat ke??
kakak dah berusaha untuk jadi kawan yang terbaik buat Nur..
sejak dari kecil lagi..
ingat tak masa kat labuan dulu..
memang dah macam kembar betul kan..
tak boleh kalau tanpa Nur
makan sama
mandi sama
main sama
tidur sama

ingat tak masa ni..
haha mesti Nur gelak kan..
gambar ni kakak jumpa dalam album..
tapi tak banyak gambar kenangan kita..
sekarang dah besar..
Nur da boleh kahwin dah..
hahah kakak gurau je..
nak jumpa Nur tapi nak kena tempah tiket balik Labuan ar..
tunggu ye Nur..
hehe

*disaatku hati gundah gulana, aku memikirkan sahabat ku Nur sahaja yang mampu membuat aku mengukirkan senyuman

-the end-

Thursday, May 20

budak kampung

salam..
budak kampung?
budak pekan?
budak bandar?
yang mana satu kategori kakak?
semestinyalah budak kampung
my kampung is the best
kakak sayang kampung
nak balik kampung selalu
kampungan jawa..
speaking jawa takde hal..
insyaAllah boleh bertutus dengan baik..
nak cakap punya selera tinggi?
taklah..
kakak cuma budak kampung..
tinggal bersama atuk dan nenek satu ketika dulu..
duduk menyendeng sebelah embah buyut..
ingat waktu kecik2 dulu..
stok kene buli dengan pakcik2 kan..
yelah dulu takde kawan lagi..
cucu sulung..
kawan lah dengan pakcik-pakcik sendiri...
-----------------------
parit dijadikan tempat permainan..
pokok rambutan paling favorite..
peristiwa maman ely kene kejar dengan mercun lalat 
segar diingatan..
maman ely eksiden langgar mat indon gara-gara leka tengok firework..
wakaka...
-----------------------
saya suka kampung saya..

-the end-

Perangai

salam..

perangai..erm apa itu perangai?..perangai tu terbahagi kepada dua..perangai baik dan perangai buruk..manusia itu dicipta dan ditakdirkan mempunyai perangai sebegitu dan sebegini??habis kalau dah perangai buruk nak salahkan takdir pula??siapa yang mencorakkan perangai kita??mak ayah kita kah??owh maknanya kalau mak ayah dia buruk perangai dia pun buruk lah...tapi ada juga yang aku jumpa jenis mak ayah yang sangat lah baik...tapi sayangnya perangai anak macam !@$%..sukar untuk digambarkan..pernah tak tengok orang tu gengster tahap baban punya lah..tapi tahu tak perangai dia..pernah tak korang selami perangai orang-orang muka mintak kaki or whatever lah..??pernah ke?? jangan terlalu mudah menilai seseorang..tengok muka suci je owh kompem perangai baiklah ini..jangan mudah terpedayalah..semua itu tak semestinya..pelikkan..dunia memang pelik..aku?perangai aku?muka aku?baik ke aku?jahat ke aku?cantik ke aku?gengster ke aku?aku tak cakap perangai aku baik..tapi seburuk mana perangai aku???siapa yang menilai semua itu??nasib2x...memang dah nasib lah..memang dah nasib aku..selalu dipersalahkan tanpa bukti serta mengenalpasti sebarang punca...setiap yang terjadi tu kan mesti ada punca..ni tidak..buat aku jadi bengong tiba-tiba..seronoklah kau kan..kalau aku bercakap aku sakit hati..kalau aku diam kan kau mengapi-apikan..apa motif sebenarnya?sampai sekarang aku mencari motif nya?sampai sekarang aku mencari mana salah aku?adakah 100% salah aku?kau kompem ke yang kau tu baik sebaik2 alam...?dunia2x..pening lah..tak pasal-pasal aku nak kena fikir pasal kau..ingat senang ke nak jaga hati kawan ni??erm lagi2 kalau dapat yang jenis hati tisu..hati tisu kah kau?wei aku memang tak puas hati sekarang ni!!!!!!!boleh tak tolong cerita kenapa dan mengapa????hari-hari aku fikir sampai aku naik magrain....banyak lagi ke kayu api kau???berapa ramai lagi stok yang kau nak api kan...aku ni kalau boleh nak senangkan semua..semua lah..kalau tak selesa bagi selesa..aku bagi tangan kanan tapi kau ambil pakai tangan kiri je kan...owh dah lama rupanya kau terima pakai tangan kiri..aku tak perasan pun semua tu..tapi sekarang lagi advance kan..takda dah terima pakai tangan..tapi bagi kaki terus kat aku..yelah aku ni hanya layak dikaki2 kan..kaki-kaki kan lah aku selaki kau punya kaki...yelah kau sorang je ada kaki..aku takda kaki..kaki kudung..aku tak pandai cam kau..andai orang kata kau bodoh maknanya aku ni lagi lah bodoh bertingkat-tingkat..untungkan hidup cam kau tu..nak apa dapat..tapi aku nak cakap kau itu tak mensyukuri nikmat tuhan..apa lagi yang tak cukup..hey susah lah nak cakap..dugaan sangat wei..kau tak pernah rasa kan..jangan senang-senang cakap orang tu buang kawan la..orang ni buang sahabat lah..habis sekarang kau tengah buang apa??buang angin kah??
kita ni sekumpulan dulu tapi sekarang tegar je kau kasi aku sowang2..luluh2..mr hatred pun tak punya perasaan macam ini..eh kau baca ke blog ni..yelah banyak sangat silent reader..bacalah..sekurang2nya aku meluahkan..last word dari aku..dari kecik sampai besar kita kawan..inikah erti kawan bagi kau...hey you..yes im loser n you please get lost..

p/s : sila berikan komen yang membina..kalau ada nasihat bagi lah..supaya aku ni boleh tenang..kalau tidak aku nak pergi bunuh dia..boleyx???(aku buat ugutan bunuh ni..pergi lah report polis sekarang..jangan tangguh2 lagi..ok faham..)

-the end-

Tuesday, May 18

Nur

salam semua..
hari ini kakak nak kenalkan seorang sahabat..
dia bukan sahaja seorang sahabat tetapi dia kembar kakak..
kami kembar lain mak lain ayah..
wajah kami tak seiras..
kami banyak persamaan
tapi masih ada perbezaan..
sebelum kakak bagitahu nama dia, kakak nak cerita pasal persamaan kami..
yang pertama sekali 
persamaan jantina..
kakak dan dia seorang perempuan..
kami dilahirkan pada tarikh, hari serta jam yang sama..
1nov1991 jam 6.00pagi..
juga tempat lahir kami sama..
Hospital Besar W.P Labuan..
yang menariknya, kail kami bersebelahan masa dekat hospital..
kakak kenal dia bukan sehari dua..
tapi sudah 18 tahun 6 bulan kakak kenal dia..
masa kecil-kecil dulu dialah teman sepermainan..
peneman dikala suka dan duka..
sayangnya aku putus hubungan dengan dia ketika berumur 13 tahun..
kakak terasa diri ini jauh dari dia..
alhamdulillah, akhirnya kami bertemu kembali..
kakak akan pastikan pertemuan kali ini tidak akan terputus hubungan buat kali ketiga..
insyaAllah...
-----------------------------------
kakak minta izin pada dia untuk kakak ceritakan perihal dirinya di ruangan ini..
terima kasih kembarku..
tetapi kakak tidak boleh mendedahkan nama sebenar serta wajah dia..
kakak hormati permintaan dia..
buat para pembaca, kakak kenal kan diri dia sebagai Nur..
dia lebih selesa dipanggil Nur..
Selamat datang Nur kedalam hidup kakak..
Nur kembar terbaik untuk kakak..
----------------------------------
walaupun kami banyak persamaan tapi ada terselit beberapa perbezaan..
Nur seorang gadis yang cantik..
sangat ayu tambah2 bila bertudung..
Nur pakai tudung sejak dia baligh..
Nur cakap itu suruhan Agama..
kakak pakai tudung juga..
tapi on off on off..
Bilalah kakak dapat jadi macam Nur..
Nur bijak orangnya..
lemah lembut..
semua yang baik ada pada Nur..
-----------------------------
"Nur..
berjanjilah dengan kakak bahawa kamu akan senantiasa ada dekat dengan aku ye..
kamu kan kembar terbaik aku..
hehe salam sayang untuk Nur"

*kakak akan cerita banayk lagi pasal Nur dan kakak..nantikan ye

-the end-


terima award

salam..
sebelum apa2 mari kita selesaikan hutang..
hari ini kakak dapat award dari Aqilah..
syukran ye sahabat..
-----------------------------------
haha this award is very nice..
-------------------------------------
APA YANG BERMAIN DI FIKIRAN KORANG?
seorang kanak-kanak yang comel sedang bermain bersama seekor kucing..(boley x jawab camtu)..kakak sedang fikir macam mana nak mengubah diri ini untuk lebih maju kehadapan..


3 ORANG YANG AWAK SAYANG?
Ayah dan Umi
1 family yang besar
All my friend

PANGGILAN UNTUK SI DIA?
Apakah?
 
HADIAH YANG DIIMPIKAN DARI ORANG ISTIMEWA?
Anda boleh bertanya cik Alin..dia boleh tolong jawabkan.

BLOG MANA YANG KORANG SUKA VISIT?
semua yang kakak follow..tapi kadang-kadang tak sempat jugak nak visit semua..minta maaf..

TAG 15 BLOGGER BERTUAH:
15 tak cukup..nak tag 85orang..sebab follower sudah 85 orang..sila lah ambil..terima kasih


-the end-

Monday, May 17

mari bermain di bengkel foundri

salam semua..
semester 3 baru sahaja bermula pada 10 Mei 2010..
baru ke??
seminggu yang lalu lah..cuma tak berkesempatan nak masukkan entry baru..
yang lain tu semua masuk pakai autopost..
semester 3 = short sem...
haip bukan kene repeat paper la..
tapi memang ada subjek bengkel yang telah disusunkan oleh fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan..
-----------------------------------
jadual yang diberikan..
Isnin - Khamis
8.00pagi - 2.00petang
*gila lame brader..
tapi bengkel yang terakhir sampai 17 Jun sahaja..
orang manjung tunggu saya tau..
saya nak balik gak..
* biar pun kena balik naik kereta dan drive sorang-sorang..FINE aku tak kesah!!!!terima kasih..
--------------------------
tapi hari ini kakak nak cerita bengkel hari ke 3 dan ke 4 yang kami lalui..
hari pertama ngn kedua masuk CNC lab..
takpe kita skip dulu..
kita tengok makmal foundri dulu ek..
kami belajar sand casting je pun..
walaupun xsegempak wax casting..
tapi syok gak la..
sebab nampak hasil kitorang
pengjar tu ajar dalam masa satu hari je tau..
walaweh bongkak betul..
ala itu pun encik tu jugak yang pantau..
terima kasih lah en.Hafizdzuddin..

ultrawomen serta ultramens sudah bersedia untuk berbengkel..
hahah ep kenapalah anda buat rupa sebegitu...
tok aku tak tahu mu nok telan sapo dio..
see hakim tetap no 1...separuh ensem..wakaka..
jgn marah dinasor..
sek2 lady gaga neh..
sementara menunggu hasil tuangan kita sejuk di dalam bengkel, marilah kita berfoya-foya dahulu..

inilah hasil kumpulan kakak..
walaupun ada ahli perempuan tapi jangan pandang sesuku mata..
suku kaum kami juga mampu untuk melakukan..
walaweh..
nampak cam sonang je kan..
susah jugak lah..
berpeluh-peluh jugak..

sesi mengeluarkan produk ye..
hish boley pulak orang belakang tu senyum..
kakak dah habis serius dah tu..
wakaka

ini hasil daripada empat kumpulan..
dapat lah sebelah set catur..
sebelah lagi tunggu batch lain buat lah pulak ye..
produk tak berapa nak licin permukaan nya sebab tak sempat nak wat final touch...

"berlari berkejaran..
lupakan segala duka"
dah habis bengkel jomlah kita balik ke rumah sewa masing2..
gambor ni sangat lah comey sebab anda saya kat situ tau..
wakakak

bengkel seterusnya..
-EDM wire cut
-pneumatik
-elektro pneu
-PLC
-robotik
-kimpalan
-gegas
- kisar KONV
-Larik KONV


-The end-

Sunday, May 16

selamat hari guru

salam..
hamboi seksanya ambo hidup tanpa internet..
almaklumlah baru masuk kat rumah sewa..
internet tak pasang lagi..
sabar dan terus bersabar..
nak pergi cyber cafe tapi tak atu kat mana la pulak..
walaupun selama 2 sem dah duduk kat Parit Raja ni..
ish3x
ini pun lari ke Kolej Tun Fatimah sebab nak menumpang wifi kolej je..
wakaka
--------------------------------------
Dikesempatan ini kakak nak mengucapkan 
"Selamat Hari Guru"
kepada cikgu2, warden2, ustaz-ustazah, sifu2, tutor2, pensyarah2, jurulatih2, dan sewaktu dengannya.

* Tadika Kemas Pangkalan TLDM, Lumut
* Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM I, Lumut
* Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan, Manjung Raya
* Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera, Manjung Raya
* Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh
* Universiti Tun Hussien Onn, Malaysia
----------------------------------------
terima kasih diucapkan kerana sudi melimpahkan segala ilmu kepada anak muridmu ini..
banyak sangat pengalaman yang tak dapat nak dilupakan masa zaman sekolah dulu..
kene marah, kene denda dan macam2 lagi..
tapi hakikatnya itu semua membantu untuk mendewasakan kita..


 sebahagian guru-guru yang penanh mendidik kakak..


guru itu umpama lilin..
lilin yang dinyalakan api..
untuk menerangi kita dan masa hadapan kita..
mengajar kita..
daripada miskin dengan ilmu
terus dipenuhi ilmu-ilmu yang berguna..
daripada zero kepada hero..
ececeh..

dimarah itu perkara biasa..
kakak pernah je kene marah sampai nangis tahap gaban lah..
hanya yang tahu cerita sahaja yang memahami..
entah lah..
kalau ikutkan hati memang kakak nak cakap
"cikgu, saya xbersalah dalam hal tu..apa salah saya sampai cikgu sangat benci kan saya..sampai sekarang saya tak diberi peluang untuk mintak maaf pada cikgu..sampai saya tawar hati nak mintak maaf..takpe lah cikgu..mungkin itu rezeki saya dari cikgu..macam mana pun terima kasih lah sebab memberi banyak ilmu kepada saya...dan terima kasih sebab tak mendoakan kegagalan untuk saya walaupun saya tahu cikgu sangat benci saya..tapi saya nak cikgu tahu bahawa saya sangat sayang cikgu..TERIMA KASIH CIKGU JASMIN...ampunkan saya kalau betul saya ada buat salah.."

satu hari nanti kakak akan jumpa juga cikgu ni..
kakak nak salam tangan dia..
nak peluk dia..
itu pun kalau cikgu nak pandang muka kakak lagi..
*syahdu..

p/s: jangan sesekali menguris hati seorang guru kerana dia umpama ibu bapa kita yang ke2..

-the end-

Wednesday, May 12

Malaysia ke Perancis

salam semua blogger..
hari ini marilah kita menghirup sedikir udara dari bumi perancis..
walaupun hanya melalui 'skype'..
hehehe..
duit tak berapa nak ada
atau erti kata lain
sik ada duitnya..
untuk ke Perancis..
------------------------------------
sepupu kakak ada sorang kat sana..
dia kena hantar berkerja kat sana..
kesian beliau..
demi mencari rezeki terpaksa meninggalkan keluarga dan tunangnya..
lepas-lepas tunang terus ke Perancis..
takpe lah..nanti balik dari Perancis kahwin terus ye..
skype pepagi buta..
kat perancis masa tu pukul 8.00 malam..
eh lupa pulak nak kenalkan...
ni lah sepupu kakak..
kakak panggil dia 'abang usop'..
yo abang usop!..
heheh
sekarang ni kat sana tengah musim summer..
lagi satu kat sana siang lebih panjang..
buktinya, pukul 8.00 malam masih cerah tau..
mereka hanya bergelap selama 8jam sahaja...
memang cukup-cukup untuk masa tidur...
peace dari abang usop untuk rakyat Malaysia..
jaga diri molek-molek kat sana...
salam sayang dari kami sekeluarga...

p/s: bulan jun ni balik cuti ke Malaysia dengar cite nak bercuti ke Melaka..nak ikut tek...tau2

-the end-

Tuesday, May 11

candle light dinner

salam..
masa cuti hari tu ayah bawa kami sekeluarga keluar makan...
makan char kueh tiaw je..
kat "kebun corner" je...
situ memang favorite kakak pun..
marvelous nyum2..
kenapa tajuk entry macam tu???
bukan pergi dinner kat hotel pun..
yang sebenarnya sejak beberapa minggu yang lepas
Manjung nii selalu je blackout..
tak tau lah apa puncanya..
tengah-tengah menjamu selera tetiba dunia menjadi gelap gelita..
lepas tu orang kedai tu pasanglah lilin..
itu pasallah jadi candle light dinner..

so, every day orang-orang manjung ni menyokong 'earth hour'..
bagus warga Manjung ni..
gelap-gelap pun kami still menelan sampai habis..

-the end-

Monday, May 10

mak buyung

salam
hari ini kakak nak kenalkan sepupu kakak yang selalu tolong kakak dalam macam-macam hal..
yela kakak kan tak ada kakak atau abang..
so apa-apa masalah memang selalu rujuk pada along(sepupu)..
sepupu kakak cun melecun
sepupu kakak kurus tulang
sepupu kakak bijak ngat2..
now dia dah kahwin..
dulu selalu lepak sama-sama..
sekarang dah tak..
lagipun kakak kat johor...
balik-balik rumah je tengok >>
along dah jadi mak buyung..
heheh...
dah nak ada anak yang first..
ari tu mengidam makan buah pelam epal..
masa ni satu manjung blackout ...
sebab tu gelap gulita je rumah
namun ia tidak menghalang aktiviti menyicah ye mak buyung..

mak buyung muka dah tembam sikit..
dulu kurus bebenor..
"eh baby dah bertukar jadi perempuan"
haha lawak betul..
hari tu cerita scan baby dalam perut baby boy..
tapi skang sudah tukar...
boleh erk main tukar-tukar..
apa-apa pun tu semua kerja Allah s.w.t...
baby lelaki ke perempuan ke tak kesah kan..
itu semua rezeki...
bertambahlah duapupu(sepupu punya anak)..
sekarang ni cik Yang punya duapupu dah berapa pun tak tahu lah..
yang cik Yang ingat lah..
aidil, aisah, alia, cinta, banayk lagi sebenarnya tapi tak kenal...
sebab terlalu besar keluarganya...

*bakal baby ini mungkin akan dilahirkan di Terengganu..

-the end-

Saturday, May 8

kasut bola (sambungan)

salam..
ini sambungan entry kasut bola
akhirnya tertunai impian budak ini nak kan kasut bola..
seronok lah die tu..

seronok dapat kasut bola warna biru..
bola warna merah jambu..
hahah jambu betul..

-the end-