Tabung

Sunday, May 16

selamat hari guru

salam..
hamboi seksanya ambo hidup tanpa internet..
almaklumlah baru masuk kat rumah sewa..
internet tak pasang lagi..
sabar dan terus bersabar..
nak pergi cyber cafe tapi tak atu kat mana la pulak..
walaupun selama 2 sem dah duduk kat Parit Raja ni..
ish3x
ini pun lari ke Kolej Tun Fatimah sebab nak menumpang wifi kolej je..
wakaka
--------------------------------------
Dikesempatan ini kakak nak mengucapkan 
"Selamat Hari Guru"
kepada cikgu2, warden2, ustaz-ustazah, sifu2, tutor2, pensyarah2, jurulatih2, dan sewaktu dengannya.

* Tadika Kemas Pangkalan TLDM, Lumut
* Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM I, Lumut
* Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan, Manjung Raya
* Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera, Manjung Raya
* Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh
* Universiti Tun Hussien Onn, Malaysia
----------------------------------------
terima kasih diucapkan kerana sudi melimpahkan segala ilmu kepada anak muridmu ini..
banyak sangat pengalaman yang tak dapat nak dilupakan masa zaman sekolah dulu..
kene marah, kene denda dan macam2 lagi..
tapi hakikatnya itu semua membantu untuk mendewasakan kita..


 sebahagian guru-guru yang penanh mendidik kakak..


guru itu umpama lilin..
lilin yang dinyalakan api..
untuk menerangi kita dan masa hadapan kita..
mengajar kita..
daripada miskin dengan ilmu
terus dipenuhi ilmu-ilmu yang berguna..
daripada zero kepada hero..
ececeh..

dimarah itu perkara biasa..
kakak pernah je kene marah sampai nangis tahap gaban lah..
hanya yang tahu cerita sahaja yang memahami..
entah lah..
kalau ikutkan hati memang kakak nak cakap
"cikgu, saya xbersalah dalam hal tu..apa salah saya sampai cikgu sangat benci kan saya..sampai sekarang saya tak diberi peluang untuk mintak maaf pada cikgu..sampai saya tawar hati nak mintak maaf..takpe lah cikgu..mungkin itu rezeki saya dari cikgu..macam mana pun terima kasih lah sebab memberi banyak ilmu kepada saya...dan terima kasih sebab tak mendoakan kegagalan untuk saya walaupun saya tahu cikgu sangat benci saya..tapi saya nak cikgu tahu bahawa saya sangat sayang cikgu..TERIMA KASIH CIKGU JASMIN...ampunkan saya kalau betul saya ada buat salah.."

satu hari nanti kakak akan jumpa juga cikgu ni..
kakak nak salam tangan dia..
nak peluk dia..
itu pun kalau cikgu nak pandang muka kakak lagi..
*syahdu..

p/s: jangan sesekali menguris hati seorang guru kerana dia umpama ibu bapa kita yang ke2..

-the end-

2 comments:

  1. eh selamat hari pelajar tade ke? haha

    ReplyDelete
  2. nnti kite create satu hari untuk para pelajar pulak ek

    ReplyDelete