Tabung

Wednesday, July 28

bersama chef yayang part 5

salam..
wah bulan ni banyak pula entry pasal makanan..
apakah faktor-faktornya??
mungkin sebab rumah sewa ada dapur dan boleh applykan teknik 'try n error'..

menu kali ini telah di renovate kan oleh kakak sendiri..

skon dadar
*pernah dengar skon dadar??ini adalah nama bukunya..nama kampung resepi ini adalah lempeng..atau nama mat sallehnya pancake..got it??

bahan-bahan yang diperlukan :

-tepung
-susu
-planta
-milo
-nestum
-sedikit gula

step 1: amik tepung letak dalam mangkuk..(perkara mudah bukan)


step 2: panaskan sedikit planta dan tuangkan ke atas tepung

step 3: bancuh susu pekat tu dan tuangkan ke atas tepung jugak

step 4: gaulkan sampai sebati
macam ni pun dah boleh masak kat ats kuali on fry pan..tapi kat sini kakak wat kelainan sikit...
 nak menarik lah kononnye..taburkan nestum kat atas skon dadar tersebut..

step 5: letakkan serbuk milo..
depens pada pemakan la kalau die nak manis kan lagi..boley tabur gula sikit..

step 6: sedia untuk dihidangkan
dan lebih sedap lagi kalau dicicah dengan----------->

sambal kicap..dan comfirm--------->

licin lah..
walaupun nampak merepekkan..
tapi rasa dia sape tahu kan...
cuba lah...wakakak
leh wat makan petang2..

ini lah student life...

-the end-

Tuesday, July 27

Library UTHM

salam...
hari ni nak review sedikit library baru,...
kakak baru pergi sekali je..
bila nak pergi lagi?
tunggu buku-buku yang kakak pinjam tu tamat tempoh...
hahah x senonoh...
tapi library baru sangat best...
cantik...
nama manja library ni adalah 'donat'...
ini kerana kalau dari pandangan pelan, memang nampak macam bentuk donat...
serius memang best lah library ni..
ada 5 tingkat..
tapi kakak nak nasihatkan pada mana2 pelajar yang tak pernah pinjam buku lagi..
make sure korang search dulu dalam web-opeq untuk buku2 yang korang nak dan catit kan code number die..
kalau belagak ingat bley cari sendiri pakai mata je.,.
semput jangan salahkan pihak universiti k...
hahaha..
padahal nak cari kod die pun mengah rasa..
kegemaran ulat-ulat buku adalah buku-buku..
tempat study yang selesa...oh lupa nak bagitau..
kat sini juga ada bilik 24jam...
bilik seminar lah dan macam2 lagi r..
kakak puun x habis pusing lagi..
dekat tengah-tengah bangunan tu ada landskap serta kolam..
sweet je..

k la..sape2 yang belum pegi library lagi..
sila-silalah

-the end-

Monday, July 26

wanabe 'pembaca berita' ?

salam...
hari tu kakak dan kawan2 pegi tengok pameran...
pameran ape ntah...
mcm2..
kebanyakan pameran berunsurkan warisan negara kita...
ade booth istana negara...
kolej asrawa..
RTM..
Radio Johor..
----------------------------------------------------------

ini tempat pameran yang paling kakak suka...
Aswara...
berangan nak masuk aswara.....
layak ke?
aswara x main lah pakai booth ni..
dia punya pameran dalam bas je..
ini fakulti kegemaran saya..
alin nyanyi sikit
penuh kepuraan
...................................
next booth ni menarik sikit..
jom layan...
kat depan booth RTM...
Dr Asmara baru sudah mengendalikan rancangan Suara Siswa...
Apakah ini???

dan ini juga...
apalah yang minah ni buat dalam tv..
muat plak tu dia masuk dalam tv tu...
eh2...nama tu...
macam kenal je kan....
haha saja2 je gedik cube bakat 'pembaca berita'...
sebenarnya baca berita sukan pasal skuasy tapi gambar belakang kuar pelik2...
bola sepak la..
bola keranjang la..
ha yang kt gambar atas tu pun xkenal sape die...
pernah ke tengok pembaca berita pakai baju bengkel???
mesti tak pernah kan..ha so tgk la puas2
Dr. Asmara nk tangkap gambar bley x???hik2 gedik plak..

ok dah...hahah kebetulan je jumpe Dr. Fazley ni..
ingat nak join dlm rancangan Suara Siswa..
tapi kelas x abis lagi tyme tu...
dah tak tau nak cakap pe...

-the end-

Sunday, July 25

bersama chef yayang part-4

Salam para pembaca semua...

Bersua lagi kita dalam rancangan ‘dapur bersama berlagak’ (perasan ada rancangan sendiri)...hahahaha...

Resepi kita hari ini cukup mudah, cukup sedap..nyum2x

Kek batik cun punye!!


Barang-barang yang diperlukan ialah...

1.    Buttercup

2.    Milo

3.    Susu pekat

4.    Biskut marie

5.    Telur

6.    Chocolate rice (colourful)

----------------------------

Step 1...cairkan buttercup ke dalam periuk atau pun kuali...ikut suka penggunalah nak masak dalam apa-apa pun..asalkan kapasitinya dapat memuatkan adunan tadi..

Step 2..kemudian masukkan susu pekat..kalau tak nak manis sangat pandai-pandailah nak letak setengah ke...ikut sedap tekak masing-masing..

Step 3..masukkan serbuk milo...ada sesetengah irang suka masukkan serbuk koko..tapi kakak suka 100% milo

Step 4..lepas tu masukkan lah telur..(sebenarnya kakak main letak je bahan-bahan ni..xtau cara yang sebenar pun)....kacau ramuan2 tadi...

Step 5...terpulang pada anda lah nak patah2 kan biskut marie itu banyak mana..jangan hancurkan sudah lah ye.....

Step 6..gaulkan semua biskut marie yang telah dipatahkan kedalam coklat yang kelihatan begitu lazat sehingga membuatkan Jaja tergoda...wakkakak...

Step 7...masukkan kesemua tadi kedalam bekas seperti loyang ataupun Tupperware...mampat kan ikut acuan tersebut...

Step 8..sentuhan terakhir..taburkan chocolate rice tadi diatas kek tersebut...kemudian sejukkan di dalam peti sejuk...

Dan siap....boleh lah di potong dan di makan...jangan lupa berikan sediikit kepada jiran sebelah...hehehe




-the end-

Saturday, July 24

jangan ada perkara sebegini..

salam...

kakak nak tanya korang semua..pernah tak masa korang belajar then pengajar ask u a question..and u try to answer the question..but the answer wrong..its ok because u try ur best to give the answer..tapi part yang mungkin tak best kalau kawan sekelas anda mungkin mentertawakan anda atau mengeluarkan perkataan 'ha'seolah-olah menampalkan kesalahan itu terus dihadapan kamu...ok ini satu pengalaman kakak..kadang-kadang kakak buat satu prinsip..kita perlu memalukan diri untuk lebih paham sesuatu..siapa yang mahu dirinya dimalukan???ada x??sudah tentu tak adakan..begitu juga dengan kakak..tapi kadang-kadang kita tak sedar benda itu berlaku pada diri kita...

sebagai insan yang pernah kena lah kan..kakak nak nasihatkan pada mereka-mereka yang berkenaan..mungkin ini berkaitan dengan adab ketika belajar...sama-sama kita amalkan..

-kenapa perlu sebut 'ha'kalau kawan kita bagi jawapan salah??
*bolehkan cakap 'its ok, good try'...sekurang-kurangnya dia ada self confident untuk memberikan jawapan...kadang-kadang yang bersuara tu belum tentu tahu apa jawapannya..

-kenapa perlu berbalah dalam satu perbincangan?
*tak salah kalau kita berbincang dan bertanyakan soalan yang membuat kita musykil..tapi tampilkan lah diri dengan memberi cadangan...bukan dengan berkata 'aku dah cakap/rasa dah salah'..kenapa perlu ada ayat macam ni...mungkin anda boleh cakap 'jap2 mungkin kita boleh cuba cara macam ni'...

-kenapa perlu cakap 'wat pandai sangat'..
*janganlah ada ayat sebegini..contoh satu situasi dimana anda perlu kehadapan untuk menyelesaikan satu soalan..malangnya mungkin anda ada membuat silap..salah seorang daripada rakan kelas anda bertanya kepada anda bagaimana datangnya sekian2...sekirannya anda betul2 tak tahu, terus beritahu pengajar saya tidak tahu mana silapnya..dan tolonglah jangan ada suara sumbang 'tu lah buat pandai sangat'..kan boleh guna ayat ni 'tak pe percubaan yang bagus...'...

    Jagalah cara percakapan kita..mungkin kerana percakapan kita boleh menyinggung perasaan kawan..sekiranya merasakan diri sudah pandai, ajarlah kawan-kawan yang kurang pandai..jangan ada sikap riak dan takbur..ingatlah, bila2 masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik balik kelebihan yang kita ada...

semua pengalaman di atas diambil dari kisah kakak sendiri..sangat berkecil hati...tapi jangan risau..ketika belajar kakak takkan menyimpan perasaan dendam atau apa-apa...bagi kakak past is past...keluar sahaja dari kelas lupakan segala yang berlaku di dalam kelas...tapi kalau boleh jangan buat lagi...k..bukan pada kakak je..tapi pada semua..semua punya hatikan...

kesimpulannya..tidak apalah sekiranya perkara ini memalukan anda di dalam kelas..tapi mungkin impak dari kejadian itu membuatkan anda faham pada subjek itu..kakak merasainya..alhamdulillah...

selamat belajar

-the end-

Thursday, July 22

mirror on the wall

Salam..
Hari ini kakak nak cerita kisah sebuah cermin...

Cermin ini asalnya dari Manjung, Perak...di bawa oleh tuannya sendiri ke Batu Pahat, Johor..cermin itu telah di balut rapi menggunakan surat khabar...diletakkan elok kedalam kereta...sampai kedestinasi, cermin tersebut diletakkan di satu sudut ruang tamu..tuan kepada cermin itu tidak sempat untuk membuka balutan tersebut akibat sibuk dengan Program TOT serta Minggu Haluan Siswa 2010/2011..selama 2 minggu juga cermin itu terbiar...setelah selesai program tersebut, tuan berhajat untuk mengantung kan cermin di dinding ruang tamu..malangnya, tuan baru perasan cermin itu telah retakkkkkkk!!!!....



Huwaaaa kecewa gile hati kakak...cermin berbingkai silver kesayangan hamba retak menanti belah..
Jenuh berfikir...


kemudian muncul satu idea bernas...dengan menggunakan pengalaman memasuki pertandingan melukis batik pada tahun 2007...

hak hak terasa diri rajin gile kan...sebenarnye ade mood je ni..kalau mood seni2 ni x datang, haram lah kakak nak melukis2 ni...putus jari je rase...tapi demi cermin ku rajinkan diri...




dan hasilnya...tadaaaaa...
walaupun xcantik mana..tapi cukuplah dapat menutup keretakan cermin tersebut..hehhe....




tempahan melukis cermin dibuka..heheh melawak je...

-the end-

Wednesday, July 21

Malam Cakna Warisan MHS 10/11

salam..
dah lama tunggu saat ini..
nak masukkan video malam cakna ni...
malam cakna merupakan malam kebudayaan bagi Minggu Haluan Siswa 10/11 hari tu..
kesemua kolej kediaman akan terlibat untuk mempersembahkan persembahan mereka yang bertemakan satu Malaysia...


tempat pertama
kolej kediaman Tun Fatimah


tempat kedua
kolej kediaman Tun Syed Nasir



tempat ketiga 
kolej kediaman Melewar

tahniah kepada semua pemenang...
antara penari2 dari kolej kediaman tun fatimah..
mempersembahkan tarian hindustan

tarian melayu
jurukamera yang tak bertauliah
tarian satu Malaysia yang mengabungkan tarian melayu, cina, india serta tarian sarawak...

persembahan dari kolej kediaman yang menyanyi kan lagu tema satu Malaysia..

jual muka
jual muka lagi
omg! kenapa awang begitu excited...see othman very Chinese look..
yea jangan terkejut tengok siapakah gerangan jejaka disebelah saya...
memang bukan artis..tapi mungkin dia agak popular dalam kalangan blogger2...
inilah Mel Romeo...
tak sangka boleh jumpe dengan otai blogger ni..
nice person...
selamat menjalani kehidupan di UTHM...hehehe =)


majlis dah abis..sekarang tibalah masa geng teknikal untuk bergambar...
korang sangat best...
kakak-kakak yang best
abang-abang yang best...
unit teknikal the best...

***ralat di sini...kakak nak upload video persembahan kolej kediaman tun fatimah, tun syed nasir, dan melewar..tapi sangat menduga kesabaran tuan hamba...gila berjanggut kakak tunggu...padahal size video tu below 100mb...ape masalahnyeeeee....grrrrrr

-the end-