Tabung

Saturday, July 24

jangan ada perkara sebegini..

salam...

kakak nak tanya korang semua..pernah tak masa korang belajar then pengajar ask u a question..and u try to answer the question..but the answer wrong..its ok because u try ur best to give the answer..tapi part yang mungkin tak best kalau kawan sekelas anda mungkin mentertawakan anda atau mengeluarkan perkataan 'ha'seolah-olah menampalkan kesalahan itu terus dihadapan kamu...ok ini satu pengalaman kakak..kadang-kadang kakak buat satu prinsip..kita perlu memalukan diri untuk lebih paham sesuatu..siapa yang mahu dirinya dimalukan???ada x??sudah tentu tak adakan..begitu juga dengan kakak..tapi kadang-kadang kita tak sedar benda itu berlaku pada diri kita...

sebagai insan yang pernah kena lah kan..kakak nak nasihatkan pada mereka-mereka yang berkenaan..mungkin ini berkaitan dengan adab ketika belajar...sama-sama kita amalkan..

-kenapa perlu sebut 'ha'kalau kawan kita bagi jawapan salah??
*bolehkan cakap 'its ok, good try'...sekurang-kurangnya dia ada self confident untuk memberikan jawapan...kadang-kadang yang bersuara tu belum tentu tahu apa jawapannya..

-kenapa perlu berbalah dalam satu perbincangan?
*tak salah kalau kita berbincang dan bertanyakan soalan yang membuat kita musykil..tapi tampilkan lah diri dengan memberi cadangan...bukan dengan berkata 'aku dah cakap/rasa dah salah'..kenapa perlu ada ayat macam ni...mungkin anda boleh cakap 'jap2 mungkin kita boleh cuba cara macam ni'...

-kenapa perlu cakap 'wat pandai sangat'..
*janganlah ada ayat sebegini..contoh satu situasi dimana anda perlu kehadapan untuk menyelesaikan satu soalan..malangnya mungkin anda ada membuat silap..salah seorang daripada rakan kelas anda bertanya kepada anda bagaimana datangnya sekian2...sekirannya anda betul2 tak tahu, terus beritahu pengajar saya tidak tahu mana silapnya..dan tolonglah jangan ada suara sumbang 'tu lah buat pandai sangat'..kan boleh guna ayat ni 'tak pe percubaan yang bagus...'...

    Jagalah cara percakapan kita..mungkin kerana percakapan kita boleh menyinggung perasaan kawan..sekiranya merasakan diri sudah pandai, ajarlah kawan-kawan yang kurang pandai..jangan ada sikap riak dan takbur..ingatlah, bila2 masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik balik kelebihan yang kita ada...

semua pengalaman di atas diambil dari kisah kakak sendiri..sangat berkecil hati...tapi jangan risau..ketika belajar kakak takkan menyimpan perasaan dendam atau apa-apa...bagi kakak past is past...keluar sahaja dari kelas lupakan segala yang berlaku di dalam kelas...tapi kalau boleh jangan buat lagi...k..bukan pada kakak je..tapi pada semua..semua punya hatikan...

kesimpulannya..tidak apalah sekiranya perkara ini memalukan anda di dalam kelas..tapi mungkin impak dari kejadian itu membuatkan anda faham pada subjek itu..kakak merasainya..alhamdulillah...

selamat belajar

-the end-

2 comments: