Tabung

Sunday, September 26

Race To Space

Sempena Program Cabaran Angkasawan 2010..
satu acara larian 'juara ke angkasa' atau 'race to space' sepanjang 3.5km dalam masa 25minit bagi peserta lelaki dan 30 minit bagi peserta perempuan..bagi 50 lelaki dan 50 perempuan yang sampai before time layak menerima sijil dan ke stage yang seterusnya..

Atas arahan coach silat yang berhati mulia, semua peserta silat yang bakal berentap di IOI mall, Kulai selasa akan datang. Wajib untuk menyertai larian ini..Makanya kami terpaksa rela..
pukul 6.30 pagi lagi kami sudah terpacak dan dihidangkan dengan satu senam J-robik yang sangat menarik...syok2 i like..
kemudian acara pun bermula..

actually kakak tak suka lari long distance..haha bukan tak suka tapi tak mampu nak mantain lari jauh-jauh a.k.a lack of stamina...lagipun masa sekolah dulu memang lari pecut 100 meter je...
tapi dengan kesungguhan yang ada..kakak berjaya dapat-----
no 13 pun ok lah kan...nak no 1 tu kena pakai roller blade lah..hahahaa...
catatan masa yang kakak buat bukan below 30 min or 25 min...but below than 20 minute..
kakak berjaya sahut cabaran..
alhamdulillah..
----------------------------------
dengan itu, kakak berjaya ke stage seterusnya iaitu jawab 40 soalan kuiz secara kumpulan..al-maklum la, kakak ni memang buta sains sikit..lagi-lagi pasal aerospace ni..tapi jawab tetap jawab..daripada 10 kumpulan, hanya 5 kumpulan sahaja yang layak untuk ke peringkat seterusnya lagi dan seterusnya ada interview session lagi..malangnya, disebabkan buta sains, kumpulan kami gagal ke peringkat seterusnya..haha tapi tak kesah lah..boleh balik awal dan rehat-rehat..
--------------------------------

dan manusia sakai di sebelah Major Dr, Faiz Khaleed tu..ish tak tau nak cakap ape..
muka dah tak ubah macam orang vietnam or thailand..huahua buruknye lah muka saya...tapi apa peduli..janji sebelah angkasawan negara...

*kutuk session : huh dayang should change her name to muhammad dayang lah..
haha sorry..kadang-kadang kakak boleh jadi perempuan yang ayu tapi tak berapa nak ayu..
dan kadang-kadang boleh jadi macam lelaki yang tak berape nak lelaki..
macam transfomer..
tapi penegasan di sini, kakak tetap perempuan..
hahah ayat tak boleh bla..
bergambar dengan Major Dr. Faiz Khaleed dan pasukan pencak silat UTHM..
 penegasan : dalam gambar ni ada 3 perempuan ok..
-the end-

Saturday, September 25

Peringatan buat Beasley.

Sumber dari Metro.

   Menurut Shebbie, tekanan pihak media mampu melonjakkan kekuatan mental pelumba basikal negara...
Beasley(kiri) bersama pelumba negara. Azizulhasni Awang, Mohd Rizal Tisin dan Md Edrus Yunos.

    Skuad berbasikal kini dalam persiapan bakal menghadapi dua temasya sukan iaitu Sukan Komanwel di India bulan Oktober serta Sukan Asia di China Disember depan.
    Beasley menegaskan, atlet berbasikal kebangsaan ini hanya boleh ditemuramah selepas bertanding. Shebbie tidak setuju dengan kenyataan berikut serta berikutan bantahan BAM menuduh media salah satu penyebab kegagalan Piala Thomas Jun lalu, kini Beasley bimbang perkara ini terjadi kepada atlet-atlet beliau.

p/s : suka dengan ayat shebbie..."Ini cara terbaik menaikkan profil sukan serta individu. Biarlah para atlet kita berdikari!"

Amir kena lamar.

Sumber dari Metro .

     Pelumba muda negara, Amir Mustafa Rusli mendapat suntikan semangat baru menjelangnya Sukan Komenwel apabila menerima lamaran beraksi bersama pasukan benua Asia dari Australia, Drapac Porsche.
kayuhan mantap Amir di Australia curi tumpuan Drapac.


p/s : untuk Amir Mustafa, semoga berjaya k...

press conference Kejohanan Silat Piala Timbalan Perdana Menteri 2010

salam..
selesai press conference di Hotel Olympic, Kuala Lumpur semalam..
Abg Iqbal model terbaru untuk belog kakak..hehehe 
 sedikit penjelasan masa PC -- sumber oleh utusan on9

owh macam ini suasana pc..
kakak baru tau..
antara pihak media yang terlibat
-ucitv
-rtm
-tv3
-bernama
-dll
-------------------------------------
selesai pc, sesi snap-snap pulak..

sory atlet lain...kami dah rasmi pegang piala ni dulu..hehheh (berjenaka)
tengok model ni..bukan main lagi..surat khabar mana kakak tak pasti..
-----------------------
diinterview oleh pihak Bernama..tapi rasa jawab macam ntah apa-apa..
ada satu soalan yang buat kakak macam garu kepala...dia tanya mampukah saya menyertai skuad kebangsaan????hahaha soalan killer ni..mampu ke??kakak baru join 3 game silat termasuk yang akan datang.
belajar silat je yang dah lama..pengalaman masih kurang..

perasaan kakak untuk game kali ni memang serius takut n nervous tahap gaban neh...tak tau kenapa..maybe sebab peyertaan ramai sangat...erghhh runsing pulak nak pegi game..
apa-apa pun kakak akan buat sehabis mampu..
------------------------------
ok
silalah tengok berita tv1 ke tv3 ke bernama ke..
manalah tau nampak muka kakak sipi-sipi..
hahah jadilah...

**tadi cousin telefon cakap "hoi masuk tv tak cakap ek"...haha bukan menang pun lagi..lain ar kalau dah menang..satu kampung kakak canang..pergh penuh riak dan takbur..astghafirullah...


satu pun gambar saya tak ada kat atas tu kan..
macam tak adil je kan...
ok sekarang mari kita bagi adil dan saksama..
errrk ternyata kakak gemuk plus hitam..

p/s : tolong beli surat khabar untuk kakak boleh???malas nak pergi kedai..

-the end-

Wednesday, September 22

terpisah akhirnya bertemu

salam...
ini bukan kesah jejak kasih keluarga....
kawan masa muda-muda dulu..
owh man!! tua ke sekarang???
masing- masing dah besar..
tak percaya saya...haha poyo...
seronokraya tahun ini..
dapat jumpa atin orang jauh..
nun di kedah..
si kak aisyah duk satu taman..tapi..
keje kat taiping..mmg tak penah nampak..
rindu korang babe..
kualiti gambar kurang dimalam hari..

-the end-

Tuesday, September 21

kawan-kawan..doakan kakak...

salam...
hari-hari memeritkan bakal tiba..
serius pack gila jadual  minggu ni..
dengan training silat + test menimbun...
tekanan + cobaan ni..
tapi mujur training tak kacau waktu kuliah pagi sampai pukul 5pm..
wah thanks alot..
perancangan terbaek!!!
tapi waktu study????
hahha tu je la macam goyah sikit..

sorry gambar terkini tiada...

pesanan special buat diri sendiri : hello kawan..u pilih nak masuk silat balikkan..so sila kuat kan mental anda..no crying like a baby bongok..

kakak akan menyertai
'kejohanan pencak silat piala timbalan perdana menteri 2010'..
 ni merupakan game kedua kakak mewakili UTHM..

masa 1st game open kat BP Mall..
sebelah tu my partner sparing...
pesilat dari singapore..
haha kenyataan menarik untuk gambar di atas
"saya kalah dengan budak 15tahun"

ini pun masa 1st game...
dan untuk 2nd game ini..layak kah kakak dapat macam dekat atas?????
erk...
garu kepala...
"saya tak mengharapkan kemenangan..saya cuma mengharapkan saya balik rumah tak patah riuk..walau bagaimanapun saya akan cuba yang terbaik...kawan-kawan tolong doakan saya!!"

** p/s : terpilihkah kakak untuk press conference kat KL jumaat ni??

------------------------------------------------
sumber dari KOSMO

Silat: Kejohanan Piala TPM di Kulai

BUAT julung-julung kalinya, Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2010 akan berlangsung di pusat membeli belah IOI Mall, Kulai bermula 28 September hingga 3 Oktober depan, lapor SAHLIZAH MOHAMED.
Kejohanan enam hari itu dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Ia turut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Menurut pengerusi jawatankuasa kejohanan, Prof. Madya Kamarudin Khalid, kejohanan tersebut yang boleh ditonton oleh semua peminat sukan silat, bertujuan memupuk nilai-nilai jati diri kepada generasi muda ke arah penghayatan waja diri sebagai pembinaan sahsiah individu.
"Ia juga merupakan salah satu medium bagi penambahbaikan dari segi pembangunan sukan silat itu sendiri.
"Dalam masa yang sama, ia juga adalah untuk menarik minat dan mencungkil bakat baru serta menguji tahap kemampuan prestasi atlet dan sukan itu," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Katanya lagi, kejohanan tersebut juga sebagai pendedahan kepada atlet untuk bersaing dengan para pesilat yang lain khususnya di peringkat antarabangsa.
Kejohanan tersebut akan disertai oleh 30 hingga 40 pasukan daripada IPT, politeknik dan kolej komuniti.
Lebih menarik, kejohanan tersebut turut memberi peluang kepada remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun untuk mempamerkan bakat mereka.
"Kita juga turut menjemput pasukan remaja dari luar seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Vietnam untuk turut serta.
"Oleh kerana ini kali yang pertama, saya memang berharap sangat ia akan berjaya dan jika semuanya berjalan dengan lancar, tidak mustahil kami akan menganjurkan kejohanan ini sekali lagi pada tahun depan, tetapi di peringkat dunia."


rumah terbuka lagi..

salam..
mari kita menuju ke Seberang perak..
serang rumah Abdul Muaz..
dapat jugak jumpa dengan budak-budak lebuh cator...
walaupun tak join konvoi raya kat ipoh pada hari semalamnya...
serius rindu sangat dengan nolly and iffah..
nolly ketua dorm yang garang
iffah naib penghulu wati yang bajet comel..
hahaha..
apesal muka sememeh ntah...
di sebelah kanan kakak..
ijan, pakcik, muaz, paklah and doran...

konon-konon kerumah muaz je..
tapi terlajak ke rumah zaidi
rumah suha
rumah chor
rumah awin
rumah kadok
rumah nolly
mintak maaf rumah ganja terpaksa ctrl + alt + del...
masa tak mengizinkan...
tu pun nak dekat satu pagi baru sampai rumah..
raya tersakan pulak..
kadok yang sengal..
ko kenapa kalau hidup tak pernah nak berhenti ketawa..
penat ko tau tak..
gelak suka sangat sampai terlepas rumah awin..
hahahah..
yang lelaki tu chor n ganja..

terima kasih semua memeriahkan hari tersebut...
kakak gembira

Monday, September 20

'budak besar' give me duit raya...

salam...
balas kunjungan untuk 'budak besar'
thanks sebab sudi invite 'budak kecik' ke open house anda..
and and and
thanks 4 the duit raya..
huahua...
masih layak lagi untuk kakak dapat duit raya dalam sampul macam budak-budak dapat..
owh hampir pengsan..
sengal..
padan la kan
'budak kecik'=duit raya..
so mari ramai-ramai panggil saya budak kecik + comey...

-the end-

Sunday, September 19

zetty's birthday...

salam...
owh my friend..
Happy belated birthday..
special present untuk ko zetty..
sorry lah candle tu tak boleh dinyalakan api...
huhu...
semoga panjang umur..

-the end-

Saturday, September 18

menujukeneraka...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kakakapasalkobangangsangathariini...
semuanyaserbatakkenahariinikenapa?????
dahnakbalikbuatperangaimacamni...
puashatikecikkanhatisemuaorang...
taknakdengarcakap..
keraskepala...
hatibatu....
semuakaulahkakak..
jahanamlagibaiklahkakak..
pergimatilagibaguskakak...
arggghhhhhhsakitotakaku...

rumah terbuka..

salam
selamat datang ke rumah terbuka dayang nurfaizah nurazreen...
last minute rasa nak buat makan-makan untuk sahabat handai..
sebelum pulang ke Batu Pahat..
minta maaf kalau ada mana-mana kawan yang tak terundang sebab terlepas pandang..
-----------------------------------
menu yang terhidang pun tak segempak hotel or motel 
bihun sup, nasi impit (segera), rendang ayam
 kakak yang masak, umi tolong
umi yang masak, kakak tolong..
hehe
------------------------------------------
antara yang hadir...
ini kawan-kawan masa sekolah SMK Seri Samudera...
masing-masing dah belajar jauh-jauh..
* huduhnya muka aku..
antara kaum lelaki yang hadir..
my abang angkat and his wife...
selamat berbahagia along..
sorry tak dapat datang masa kahwin hari tu..
budak besar(baju oren) thanks sudi datang rumah budak kecik

nak ucap kan terima kasih kepada semua yang hadir...
dari manjung, sitiawan dan ayer tawar...
*sorry pada yang tak ada dalam gambar..tak sempat nak snap2..

-the end-

raya rumah adik tipu-tipu..

salam...
owh my adik tipu-tipu..
terima kasih jemput raya rumah...
sedap spegheti mak buat tu..
sate pun sodap...
nak tambah tapi segan..
heheh .
haish budak-budak ni..
aku baru tinggal beberapa bulan...
dah melekat korang dua ek..
pesan kakak kepada kamu berdua...
jangan macam-macam ye dik..hihihi...
hey adik kenapa tinggi sangat..
padahal kakak kaw ni sudah berkasut tinggi..
hish
asalkan kau bahagia k...

------------------------------
to Kamarul Azizi
kakak mintak maaf lama sangat tak berhubung dengan kamu...
bukan sombong ye...
masing-masing sibukkan..
kamu dengan training lagi..
buat terbaik untuk serantau k..
jangan buat perangai
biar orang buat taik kat kita..
jangan kita buat taik kat orang...
banyak-banyak bersabar..
tak payah hukum dia k..
itu kerja Allah swt...


-the end-

Tuesday, September 14

bbq raya...

salam..
raya kedua berbbq bersama keluarga..
kambing bersama pakcik bongsu kakak yang terbang dari langkawi..
heheh kambing yang dah disembelih ye kawan-kawan..
proses pemerapan kambing..
proses membakar kambing..
proses memotong kambing..
lamb chop sedia disantap..nusan tu tak temasuk ye..
sos lada hitam sedap dimakan bersama..
ataupun ditambah dengan mayonis..
hahah rosak diet kakak malam tu..
takpe skali skale..
kambing bukan datang selalu..
kambing lebih sedap di bakar daripada digulai atau pun disupkan beliau

-the end-

dentum dentam..

salam...
akhirnya dapat jugak kakak main mercun dan mungkin mengalahkan meriam buatan budak-budak lorong sri hakim tu ye..
hehehe..
ingatkan balik manjung terus nak bakar mercun-mercun yang ada...
tapi disebabkan kawasan perumahan asyik ada polis peronda buat rondaan je..
so niat dibatalkan..
malas nak soal jawab dengan polis tu..
----------------------
kat kampung main mercun memang syok...
mercun peringkat bertama..
mercun naga...
---------------------

mercun peringkat kedua..
mercun roket..
----------------------

mercun peringkat ketiga..
berapa meter mercun papan ni tak sempat nak ukur...
hehehe
yang ada sakit jantung diminta untuk masuk ke rumah..
mercun papn ni bunyi dia tak boleh nak pause2 ye...
---------------------------

ni mercun peringkat keempat..
alamak, belajar bahasa cina tak abis so tak tau apa yang dia tulis kat mercun tu...
hasilnya
wah chantikkan kawan-kawan...
-----------
ini mercun peringkat kelima...
budak-budak panggil mercun bateri..
tak tau lah cap energizer ke apa ke..
hasilnya 25 letupan bunga api pelbagai warna...
---------------------
puas lah hati meletup-letupkan duit..
sekian..
ahahaha

-the end-

ais buah di aidilfitri

salam..
sudah menjadi traidisi di kampung sg.tengar..
pada raya kedua dan ketiga akan diadakan 'baraan'..
baraan kata lainnya adalah berarak...
penduduk kampung akan berkumpul dan berarak dari sebuah rumah ke sebuah rumah..
setiap rumah akan menghidangkan pelbagai menu masakan seperti ketupat, lemang, laksa, dan macam-macam lagi...
dan sudah menjadi tradisi juga di rumah Hj Sarjoni dengan menu istimewa..
ais buah ciptaan Arwah Hj sarjoni ini telah menjadi menu wajib...
selama hampir 40 tahun menu ini di jamu untuk para tetamu..

pada tahun ini buat kali pertama kakak sebagai cucu sulung telah menjadi person in charge untuk menyediakan ais buah...
menu yang amat mudah dah sedap..
nyum2..
mari kita review sikit cara-cara nak buat ais buah...

antara bahan-bahan yang diperlukan adalah..
-buah tembikai.
-air gula merah
-halwa pala
-nata de coco
-cendol
-sago
-cincau
-kacang merah
-jagung
-susu cair
-sirap
-ais
*terpulang lah kepada anda nak letak apa-apa bahan lain pun..nak letak aneka kacang pun boleh..

pertama sekali..
buah tembikai tersebut di potong bentuk dadu yang kecil dan comel..
kemudian campurkan sahaja bahan-bahan di atas..
pergh memang simple kan cara buatnya..
lepas tu gaulkan sahaja..
dan boleh dihidangkan...
kalau masukan ketulan ais lagi mengancam...
sedap....
bagi mereka yang suka kan lebih kemanisan dan lemak bolehlah tambahkan susu pekat juga..
tapi kakak lagu suka manis-manis buah..

 dua besen habis licin untuk tetamu baraan..
senang hati mereka

* ada ahli baraan baru naik tangga dah jerit "ais buah datang lagi"...

kepada yang ingin mencuba
selamat mencuba..

-the end-

Monday, September 13

atuk, kakak datang...

salam lebaran..
selalunya selepas bermaaf-maafan dipagi raya
agenda seterusnya adalah pergi beraya di rumah yang bukan dirumah..
faham tak?
trip pertama..

hadiah untuk atuk pada raya pertama ini...
atuk, kakak rindu kat atuk..
semoga atuk aman dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh..
kakak balik dulu ye atuk..
lain kali kakak datang lagi...
assalamualaikum atuk..
selamat hari raya aidil fitri..
njalok ngapuro..

-the end-