Tabung

Tuesday, September 14

ais buah di aidilfitri

salam..
sudah menjadi traidisi di kampung sg.tengar..
pada raya kedua dan ketiga akan diadakan 'baraan'..
baraan kata lainnya adalah berarak...
penduduk kampung akan berkumpul dan berarak dari sebuah rumah ke sebuah rumah..
setiap rumah akan menghidangkan pelbagai menu masakan seperti ketupat, lemang, laksa, dan macam-macam lagi...
dan sudah menjadi tradisi juga di rumah Hj Sarjoni dengan menu istimewa..
ais buah ciptaan Arwah Hj sarjoni ini telah menjadi menu wajib...
selama hampir 40 tahun menu ini di jamu untuk para tetamu..

pada tahun ini buat kali pertama kakak sebagai cucu sulung telah menjadi person in charge untuk menyediakan ais buah...
menu yang amat mudah dah sedap..
nyum2..
mari kita review sikit cara-cara nak buat ais buah...

antara bahan-bahan yang diperlukan adalah..
-buah tembikai.
-air gula merah
-halwa pala
-nata de coco
-cendol
-sago
-cincau
-kacang merah
-jagung
-susu cair
-sirap
-ais
*terpulang lah kepada anda nak letak apa-apa bahan lain pun..nak letak aneka kacang pun boleh..

pertama sekali..
buah tembikai tersebut di potong bentuk dadu yang kecil dan comel..
kemudian campurkan sahaja bahan-bahan di atas..
pergh memang simple kan cara buatnya..
lepas tu gaulkan sahaja..
dan boleh dihidangkan...
kalau masukan ketulan ais lagi mengancam...
sedap....
bagi mereka yang suka kan lebih kemanisan dan lemak bolehlah tambahkan susu pekat juga..
tapi kakak lagu suka manis-manis buah..

 dua besen habis licin untuk tetamu baraan..
senang hati mereka

* ada ahli baraan baru naik tangga dah jerit "ais buah datang lagi"...

kepada yang ingin mencuba
selamat mencuba..

-the end-

No comments:

Post a Comment