Tabung

Tuesday, September 21

kawan-kawan..doakan kakak...

salam...
hari-hari memeritkan bakal tiba..
serius pack gila jadual  minggu ni..
dengan training silat + test menimbun...
tekanan + cobaan ni..
tapi mujur training tak kacau waktu kuliah pagi sampai pukul 5pm..
wah thanks alot..
perancangan terbaek!!!
tapi waktu study????
hahha tu je la macam goyah sikit..

sorry gambar terkini tiada...

pesanan special buat diri sendiri : hello kawan..u pilih nak masuk silat balikkan..so sila kuat kan mental anda..no crying like a baby bongok..

kakak akan menyertai
'kejohanan pencak silat piala timbalan perdana menteri 2010'..
 ni merupakan game kedua kakak mewakili UTHM..

masa 1st game open kat BP Mall..
sebelah tu my partner sparing...
pesilat dari singapore..
haha kenyataan menarik untuk gambar di atas
"saya kalah dengan budak 15tahun"

ini pun masa 1st game...
dan untuk 2nd game ini..layak kah kakak dapat macam dekat atas?????
erk...
garu kepala...
"saya tak mengharapkan kemenangan..saya cuma mengharapkan saya balik rumah tak patah riuk..walau bagaimanapun saya akan cuba yang terbaik...kawan-kawan tolong doakan saya!!"

** p/s : terpilihkah kakak untuk press conference kat KL jumaat ni??

------------------------------------------------
sumber dari KOSMO

Silat: Kejohanan Piala TPM di Kulai

BUAT julung-julung kalinya, Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2010 akan berlangsung di pusat membeli belah IOI Mall, Kulai bermula 28 September hingga 3 Oktober depan, lapor SAHLIZAH MOHAMED.
Kejohanan enam hari itu dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Ia turut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Menurut pengerusi jawatankuasa kejohanan, Prof. Madya Kamarudin Khalid, kejohanan tersebut yang boleh ditonton oleh semua peminat sukan silat, bertujuan memupuk nilai-nilai jati diri kepada generasi muda ke arah penghayatan waja diri sebagai pembinaan sahsiah individu.
"Ia juga merupakan salah satu medium bagi penambahbaikan dari segi pembangunan sukan silat itu sendiri.
"Dalam masa yang sama, ia juga adalah untuk menarik minat dan mencungkil bakat baru serta menguji tahap kemampuan prestasi atlet dan sukan itu," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Katanya lagi, kejohanan tersebut juga sebagai pendedahan kepada atlet untuk bersaing dengan para pesilat yang lain khususnya di peringkat antarabangsa.
Kejohanan tersebut akan disertai oleh 30 hingga 40 pasukan daripada IPT, politeknik dan kolej komuniti.
Lebih menarik, kejohanan tersebut turut memberi peluang kepada remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun untuk mempamerkan bakat mereka.
"Kita juga turut menjemput pasukan remaja dari luar seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Vietnam untuk turut serta.
"Oleh kerana ini kali yang pertama, saya memang berharap sangat ia akan berjaya dan jika semuanya berjalan dengan lancar, tidak mustahil kami akan menganjurkan kejohanan ini sekali lagi pada tahun depan, tetapi di peringkat dunia."


4 comments:

  1. kiut la budak tu..
    kem salam kat dia..
    haha..

    ReplyDelete
  2. hehe, good luck, semoga xpatah riuk ek.. ;)

    ReplyDelete
  3. manggosteen: alamak, kalau jumpe die la..sbb die maybe msuk kategori remaja..saya kategori ipt

    ReplyDelete