Tabung

Sunday, October 31

fokus

Bismillahirahmanirahim..
salam semua..
hari ini kita akan bicara tentang fokus
memandangkan esok yakni 1 november 2010
kakak akan bertolak ke Perak bersama-sama pasukan yang kakak pun tidak kenal lagi...
*hope mereka okey-okey dengan kakak dan kakak pun akan okey-okey dengan mereka
okey..
persediaan untuk game kebangsaan kali ini betul-betul singkat..
sangat drastik..
nak training hard-hard pun tak boleh dah bila last-last minit..
so training ikut kemampuan kakak sahaja..
--------------------------------
dalam masa yang singkat nak belajar semua benda-benda baru???
cikgu tuisyen (abg pejoi) cakap :
"tak payah..mahirkan yang kau tahu je dulu"
baik bos!!
baru berangan nak cuba buat teknik guntingan
walaupun masih bertatih lagi..
 
gambar-gambar masa kami belajar teknik guntingan ini
kebetulan abang senior yang datang masa jamuan tu bawa kamera canggih kan..
so dia pun main tembak-tembaklah..

photo by Abang Hazamir..
guntingan dari Faisal
walaupun kaki injured kamu tetap cekal...
dan terima kasih sebab tolong psycho dayang masa training
i think it really work..
buat lagi eh nanti...
 
kak Huda..
good try..
kita belajar sama-sama mantapkan segalanya...
lepas mantap kita jumpa balik budak yang buat guntingan kat kak huda tu
okey...

cikgu tuisyen punya guntingan terbaek...
hehe
terima kasih ajar teknik kicking2 tu semua..
terima kasih

merangkap cikgu tuisyen no2..
terima kasih jugak..
even sibuk training ganda putera pun masih sudi share ilmu dengan kakak..

terima kasih untuk semua ahli team sebenarnya..
kalau kakak sorang-sorang rasanya memang tak training...

dari komen kita belajar memperbetulkan mana yang salah..
kakak akan cuba lagi memperbaiki langkah-langkah yang sumbang mahram.
----------------------------------------
dan sekarang kakak harus fokus
fokus untuk game terdekat..
buat kali pertama bermain negeri
bukanlah satu kebanggaan..
tapi satu ujian untuk mengutip pengalaman..
*set ur mind..
jangan blur dalam gelanggang..
cari clear point
jangan pusing kalau tak leading..
faham
main pakai otak
jangan macam orang bodoh..

block+punch
jet
punch+side
layang+side
nanti layang
nanti side
sapu
jet weight (patuk)
* ok hanya kakak yang faham...

dear kaki kiri,
i know u can do it sayang..
kita cuba try kali ni ye kiri..
diorang kaki kiri...
i nak u naik untuk game ni...
tak naik banyak pun takpe..
janji u naik..
ok promise kaki kiri
cun,,
----------------------------------------------
ok...
ayah, umi dan kawan-kawan
doakan kakak kuat harungi segalanya..
 
untuk coach, saya mintak maaf kalau ada buat salah..halalkan ilmu yang diberi..doakan kejayaan saya, abg pejoi dan abg ikbal..

-the end-
 

Saturday, October 30

hari yang ceria

salam..
pernah dengar lagu ni tak
"ceria bersama ribena hari ini, segar sentiasa riang sekali"
means kanak-kanak ribena yang sedang riang gembira
ah kelaut...
-------------------------------------------------
ingat tak hari itu kakak cerita pasal malam jamuan silat yang ada denda-denda kotak beracun tu lah..
sekarang dah ada sedikit gambar pada hari berkenaan..
jom layan..
----------------------------------------
start pukul 3.30petang dah pergi ambil ayam serta makanan-makanan lain..
ayam kena bakar sendiri..
hehe
erk..kakak tak faham lah..
boleh pakai ke kaedah ini untuk buat api dalam masa yang singkat???
hahah abang ikbal wat bijok ar..
kak sepet pun cakap dalam hati
""boleh ke mamat ni??"
hehe
berseloroh sahaja..
yang ni pun sama..
ingat tenung benda tu boleh keluar api terus ke apa??
yang berkipas tu mintak maaf sebab tak reti nak duduk molek-molek..
haha
yang ni kot baru pakai teknik yang berkesan..
"tengoklah siapa yang hidupkan api tu"
tiba-tiba kak sepet bersuara..
hehe yela kak sepet yang punye..
wakaka
sesi bakar ayam..sampai rentung-rentung..
hehe tipu je..
ni port pertama..
masa hujan kami bakar dekat tempat lain..
tapi gambarnya tiada la pulak..

apa kata kita berbalik pada lagu yang dinyanyikan diawal entry..
"kanak-kanak ribena sedang riang gembira"
did u see any child in the picture??
memang tiada kanak-kanak...
tapi yang riang ada..
kalau tak percaya tengok lah gambar kat bawah ni
tengok betapa riangnya mereka berdua..
haha
------------------------------------------------------------------
setel..
gambar makan macam takde je..
memang takde lah kan..
tak menyempat...
semua lapar..
tak rajin nak pegang kamera..
hehe
gambar lepas makan ada lah..
 sumpah huduh bila senyum macam ni..
tapi walau apapun..
senyum itu satu sedekah..

tetamu terhormat..
jurulatih dan keluarga..
anak kecil itu bakal campion satu hari nanti..


hamboi kak odie kusyuk membaca..
tengok lah gambar masing-masing nak balik sudah..
tiga dara pinggitan yang menjadi rebutan ramai..
choiiii.
haha
lawak-lawak je..
-----------------
ni 'Drama King' terhebat tahun 2010
sedih jalan cerita dia..
menangis-menangis warga mak-mak kat luar sana kalau tonton cerekarama ini..


gambar tamat..
video????
NO!!!
Mama tak suka!!..
haha


konklusinya, kakak gembira + penat hari itu..terima kasih team silat UTHM kerana telah menjadi sebahagian dari hidup dayang..i cant life without this team..chewah..

thanks to senior Hazamir dan keluarga kerana sudi hadir pada malam itu.


-the end-

Friday, October 29

ubat pengubat

salam..
sudah lama diri ini tidak menjengah ke Pusat Kesihatan Universiti 
melainkan pergi buat medical check up untuk pergi mana-mana tournament
tapi hari ini 
antibodi tiba-tiba mencecah sifar..
kesejukkan membelenggu diri taktala sedang menimba ilmu..
pensyarah mengajar di dalam..
anak murid di luar kelas..
haha..
kakak tak ponteng kelas..
betul tak tipu..
cuma kelas tu macam peti ais..
---------------------------------------------------------
habis kelas sains bahan..
berlari ke F2 
jawab test lukisan kejuruteraan yang super duper entah apa-apa..
encik thanks lah sebab buat test mengejut..
masa test 1=bawa semua peralatan tapi test teori sahaja
test 2=tak bawak peralatan tapi kena lukis+teori..
yes
hebat betul anak-anak murid sekalian..
lukis tanpa set square semua tu..
nak bengang-bengang pun tak guna
---------------------------------------------------------------
dari kecil sampai kakak besar
selalu dapat ubat Oral Rehydration Salt
tapi tak pernahku sentuh
tak diterima tekak
---------------------------------------
alhamdulillah semua assignment dan projek berjaya dilunaskan
alhamdulillah jugak
kata putus yang di nantikan telah pun diputuskan
kakak bakal berentap di negeri sendiri..
tapi memikul tanggungjawab membawa nama Johor dan UTHM..
doakan yang terbaik untuk kakak..
-----------------------------------------
tak larat nak berceloteh panjang..
bila bawah pengaruh dadah pada dos yang dibenarkan
demam pun dah kebah..
esok kena turun training..
masa dah suntuk..
berapa hari saja lagi yang tinggal...
-the end-

Tuesday, October 26

eh tahniah

salam..
tadi jalan-jalan dekat facebook budak ecct dungun..
tengok gambar 'Open Perlis 2010'
saja layan tengok gambar budak-budak basikal..
sumpah kakak rindu nak kayuh..
hari tu pergi wellward pun terserempak dengan budak basikal tengah training..
semalam one of my uncle tag satu video dia turun dari gunung jerai...
tapi dia naik mtb
apalah beza basikal road dengan mtb kan..
kakak tetap jeles dan panas hati
kakak rasa my uncle mesti tengah addict dengan kayuh sekarang
macam kakak pernah rasa satu masa dahulu..
sumpah best masa join basikal dulu..
kepuasan bila basikal bergerak laju
lagi best kalau gerak ramai-ramai..
gerak 100km pun rilex je..
hehe time stamina ok la..
kalau sekarang suruh kayuh kompem cungap..

ok berbalik pada kejohanan 'Open Perlis 2010'..
tengok lah pemenang-pemenangnya..
tup tup eh mcam kenal je yang menang tu..
tu lelaki berbaju armed force..
kakak kenal..
hehe memang lah kenal..
ada jugak yang makan kasut kalau buat-buat tak kenal..
eh Matop..congrat lah dapat no 2..
and sebelah tu macam Along..
but im not sure la..
rasa Along macam pegi Jepun je hari tu...
lama tak jumpa mereka dah..
yela, kakak balik manjung pun berapa kali lah sangat...
hari tu jumpa dekat open house rumah ji pun tak sempat nak sembang-sembang..

tahniah lagi sekali
walaupun dapat no2..
hehe kompem bangga sebab dapat kalahkan team lama kamu tu kan...
keep it up man...

*dia 'kawan lelaki' kakak satu masa dahulu..

-the end-

madu tiga???

salam..
entri sengal dipagi buta yang sengal..
madu tiga???
siapakah yang bermadu??
siapakah yang dimadu??

OMG!!!
so apa korang fikir bila tengok gambar ni??
sahabat baik yang bermadu..
memang sengalkan
gambar ni dekat dalam facebook Jaja
dengan caption
"muka mak mak"
cait apa lah punye caption..
tapi hari tu memang kami saja nak pakai tudung fesyen ni same-same..
comel tak???
pergi BPmall semata-mata nak minum cool blog..
ops kantoi minum ais..hehe
---------------------------------------------
layan sikit kitorang mengarut komen gambar ni..
sekarang silalah gelak guling-guling kalau rasa lawak..
kalau tidak abaikan sahaja..
bab ngarut memang serah pada kami bertiga..
----------------------------------------------------------------------------
pssst : dekat sebelah jaja tu ada seorang lelaki sebenarnya..adakah itu suami kami????
hahhah..tettttt

hint : masa pergi BP ni memang kami berempat...3 perempuan 1 lelaki..

*kalau lelaki tu baca diam2 sudah lah kan..biar mereka tertanya-tanya..

hahahhahaha nak gelak dulu sebelum lelaki tu gelak...

ingat ini cuma gurauan semata-mata

-the end-

Sunday, October 24

menyumbang yang sumbang

salam
-----------------------------------------------------------------
semalam seronok bila berkumpul dengan team silat UTHM..
terima kasih diucapkan pada senior2 silat yang sudi hadir pada malam tu..
-------------------------------
semalam ada main satu permainan dengan semua ahli team..
permainan ala-ala kotak beracun..
dalam kotak tu penuh dengan denda-denda yang sangat bahaya..
bagi kakak sangat-sangatlah bahaya...
kerana
kakak kena 3 kali oii..
sedih mak dih lah..
 
denda yang pertama
"nyanyikan sebarang lagu"
aiyak..wa bukan kaki kaloke(karaoke)
garu kepala juga fikir lagu apa nak nyanyi..
sumpah segan nyanyi depan orang bila sorang-sorang..
walaupun dulu wakil sekolah untuk koir 
koir ramai..
tapi ini tak ramai..
kantoi la suara siapa tak sedap kan3..
nak taknak kena nyanyi jugak..
dan kakak tak faham kenapa keluar lagu ni dari mulut kakak...
kakak bukan minat pun hafal2 lagu..
kadang-kadang terhafal sebab dengar dari radio banyak kali

"Selaluku bayangkan bagaimanakah
Agaknya rasa ditempatmu
Disamping kekasih yang membelai
Hati dan perasaanmu oh kawanku

Malu ku nak cerita
Kerana ku tak mahu kau sampai baca rahsiaku
Biarlah tak siapa yang tahu
Gejolak didunia batinku"
 
haha lagu ni dah lama kakak tak dengar
memang secara spontan keluar
dan maaf kalau nyanyi kelaut
habis mengigil dah semalam 
---------------------------------------------------------------
denda kedua dan ketiga tak payah lah cerita..
saya sangat malu nak bercerita mengenainya..
cukup merah padam dah semalam..
dan
WARNING!!
sesiapa yang memiliki video mengenai kejadian yang berkaitan dengan kakak semalam..
dilarang sama sekali untuk meng upload kannya di mana-mana laman sosial...
i begging u...
thank u..
i love u..(eh2 silap)
hehe
-----------------------------------------------
-the end-

terumbang-ambing

salam...
dalam kepenatan bersuka ria dalam hiba..
gagahkan diri menaip tiap-tiap huruf di atas keyboard..
----------------------------
hey tolonglah..
penatlah macam ni..
tak faham
nak suka tak boleh
tak suka lagi lah tidak
perlu ke suka?
sudah tu sudah lah..
pergi main jauh-jauh..
tak ada apa-apa dah kat aku ni...
sakit la wei
sakit faham tak sakit
ya OF COURSE sakit!

*terumbang-ambing macam kambing

-the end-

Saturday, October 23

'ter' lagi

salam..
sila jawab salam..
--------------------------------------------
what the hal??
what the fish??
haish..
sabar wahai kakak...
cuba tenang dan luahkan..
--------------------------------------
okey baik-baik..
tadi pergi wellward..
keluar dari heyshe..
dekat tangan ada purse + telefon bimbit + kunci kereta..
tiba-tiba..
ada something 'ter'jatuh
mata yang tak berapa nak sepet 'ter'beliak
melihat telefon bimbit yang 'ter'comel
menuju ke LONGKANG...
pergh and pergh..
slow motion je telefon tu masuk longkang 
and plup!...
tak 'ter'kata sudah
'ter' gamam..
padahal longkang tu bertutup dengan kayu yang euwwww
ah apa ada hal..
selamat kat telefon bimbit dulu...
geli-geli tolak tepi..
dengan cool dan tenang
haha tenang ke?
gelabah mintak plastik kt counter..
yela takkan nak masuk tgn dekat longkang tu
OMG!!
longkang tu tak lah dalam sangat..
tapi gagau punye gagau...
MANA HANDSET SAYA!!

tiba-tiba...
Wonderpet datang menyelamat..
dengan slumbernya
seorang abang datang
"dik tepi sikit, biar abang tolong."
memang slumber abang neh..
pakai tangan je..
pastu arwah berjaya diselamatkan..
arwah macam tak bernyawa..
sedihnya hamba...

owh..
anyway, thanks to 'abang' yang tolong gagau telefon bimbit dalam longkang tu..
--------------------------------------------
wei E75 ko ke yang jatuh???
oh tidak...
kalau itu yang jatuh..
air mata pun boleh jatuh...
mati la nak jawab dengan big boss
ala kesiannya telefon torch light kakak..
janganlah rosak..
nanti kalau blackout siapa nak tolong kakak...
wah nasib baik boleh on
tapi dekat screen tuuuuuu..
alahai...

sengal betulah..
dah la berbau
oh Man...
slumber je kakak lumur lotion 'lancome'
haha memang sengal la...
ah pedulik
asal bau wangi...


-the end-

Ah beria la kau!

salam
apa kes tajuk macam cari gaduh???
eh tiada apa-apa yang berlaku..
gaduh tak cari kakak
kakak pun tak cari gaduh...
gaduh tak perlu dicari...
gaduh sentiasa menanti di dalam gelanggang..
wasit berdiri tegak di tengah gelanggang..
Biru!!
Merah!!

eh stop kelaut...
---------------------------------------------------------------
minggu ini lengkap seminggu kakak beriadah aka jogging..
apasal lah tiba-tiba rajin gila tut..
tak pernah-pernah jogging hari-hari..
*tiba-tiba teringat masa training untuk game open BP masa sem satu...
lari sampai muntah-muntah + nangis-nangis..
pusing 4 round for reduce weight..
sampai lari kena tolak dengan Abg Amer..
masa tu sumpah seranah memang bermain di bibir..
haha mintak ampun...
dan tak akan lupa lari bawa batu bata..

ok now kembali ke dunia realiti..
berbalik pada tajuk...
"beria minah ni jogging hari-hari..bukan laju mana pun"
erm dan erm
suka hati ambo la nok lari laju ko lari selow mace kuro-kuro ko..
haha
-----------------------------------------------------------
jawapannya di sini..
tak sia-sia kakak jogging seminggu..
rezeki tu kalau nak datang dia tak cakap
"eh boleh saya datang"
tidak sama sekali kalau tanpa kita minta dengan doa..

pagi tadi 
'one message received'
yang berbunyi (terpapar)
"salam. Dayang bole bg maklumat peribadi ? tkasih"
ala boyfriend mana pula tiba-tiba minta maklumat peribadi nih..
then kakak balas
dan dia jawab
"maklumat sbg pesilat *****"
tak perlu lah kakak mention negeri mana lagi..
sebabnya ini tak capai kata putus lagi...
tapi alhamdulillah kalau kakak dapat..
peluang datang hanya sekali..
kalau betul dapat pergi main, kakak akan menjalani center training di (dirahsiakan)
hehe kalau nampak kakak training kat mana-mana nanti maknanya disitulah la training center kakak..
haha ada faham?..

grab all the chance
find lot of experience
to fulfill my mission..

hey dyg, podium tu tunggu kau lah..
bukan yang tepi..
tapi aim yang tengah..
---------------------------------------------------------------------
*sukan je kau ni kakak..study tu ingat sama...
BAIKLAH...

-the end-

Friday, October 22

she did it!

salam
untuk semua..
hari ini yakni sebelum jam 12 malam..
bertarikh 22/10/2010 (tarikh chantek x?)
----------------------------------------------------

untuk pertama kalinya kakak menjejakkan kaki ke Kampus Bandar UTHM..
selama ini tak pernah pula nak masuk sebab tak ada urusan pun dekat sana..
100% kuliah atau bengkel semua dekat induk sahaja...
tapi hari ini kakak berjaya 
berjaya apa?
berjaya masuk Kampus Bandar lah..
erm kalaulah kakak dapat jurusan FPTEK(pendidikan teknikal)
kan best..
selari dengan cita-cita..

*ah jurusan sekarang pun boleh kearah pendidiklah..
jangan risau (penyedap hati)

mukadimah tamat
---------------------------------------------
eh buat apa pegi kampus bandar?
sekarangkan musim PSM..
PSM = projek sekolah menengah
PSM = projek sangat mudah
PSM = projek sakit mata
PSM = projek sarjana muda

hari ini housemate kakak kena buat 'viva' untuk PSM beliau..
erm 'viva' kalau tak silap untuk master or phd sahaja...
tapi sekarang sarjana muda pun dah pakai word 'viva'...
oh biarlah..

dengan slumber
"kak gee, kitorang nak tengok 'viva' boleh?"
boleh!!
yea!!
wajah tukang sibuk yang tengah otak tak berapa betul...
assume ramai gila dalam bilik tu..
rupa-rupanya presenter cuma 5 orang..
tambah kami yang tukang menyemak 4 orang...
dengan panel 2 orang..
total 11 orang la..

presentation sedang dijalankan..

 panel yang sangat kusyuk dan teliti...
sekali dia tembak soalan memang macam 'machine gun'
kalaulah kakak yang kena jawab soalan tu, gamaknya menangis dulu lah...
not my level yet..
 kami si penyibuk pun tak kurang hebat kusyuknya..

see...kusyuk lagi..
present tak sampai lima minit pun...
tapi part komen mengomen tu yang lama dan mengerunkan...
walau macam mana gerun sekali pun...
ayat yang best sekali adalah
"ok aziah..ur PSM passed"
yahoooo!!!
ops
tak boleh lompat-lompat dalam bilik tu..
sabar ye kawan-kawan...
cepat-cepat keluar and tak lupa cakap 'thanks' pada panel...

dan sekarang barulah lompat-lompat macam katak..
hahaha musakil musykil..
yang dah tamat sengsara seorang sahaja...
yang lain tumpang seronok SEKEJAP sahaja...
final exam dekat corner-corner sahaja..
apa punya bahasalah...


 yea PSM dah habis..
tinggal nak menjilidkan apa yang patut dijilid..
lepas itu, boleh kahwin...
eh bukan kakak lah..
tu yang pakai baju kurung tu lah..

bab-bab gambar terencat serah lah pada kakak...
biasalah, orang yang terdedah kepada plumbum..
"plumbum merencatkan otak"
so, pastikan anda mengisi minyak kereta yang ada tulis 'unlead'..
ok simple..(ops pinjam ayat en rais..)

esok kak gee kena masak sedap-sedap untuk baby-baby kat rumah ni..
raikan kemenangan kan..
hahha..
-----------------------------------------------------------
sudah dan sudah lah...
yang sudah itu biarkan ia berlalu..
tapi kamu masih belum bertemu kesudahannya...
bukan menuju ke PSM pun
PD(projek diploma) pun tak tercapai lagi...
jauh lagi perjalanan..
haish
-----------------------------------------------------------
* congrat mummy gee
-the end-

Wednesday, October 20

20/10/2010

salam..
wah-wah cantiknya tarikh..
kalau berpandukan status difacebook kakak pada tarikh cantik ini
"20/10/2010 tarikh chantek macam amoi chantek"
---------------------
ada orang cakap kalau tarikh cantik ini kena lah ada peristiwa istimewa untuk dijadikan kenangan..
hoyei...
so apa jadi dengan tarikh chantek kita???

hey-hey cik alin
apa jadi eh???
hahaha tarikh chantek kita macam tak berapa nak chantek je???
sumpah lawak + sedih + apa lagi...
ini semua rahsia kita ye alin...
wakakak..
hahah tu lah..
kan malam tu dah cakap
jangan $%^&
jangan $#^%
jangan %$%^%
hahhah..
------------------------------------------------------
benda pun dah lepaskan...
benda sedih pun kita macam gembira je
kita ni waras ke tidak cik alin oi
hahah
musykil lah...


"lab report I love U so much"

yes tarikh chantek untuk lab report punya kenangan

hahahaha

-the end-

Tuesday, October 19

betul jugak

salam
hari ini ada satu cerita yang lawak sampai boleh keluar air mata...
---------------------------------
kakak ada seorang kawan..
kami serumahlah..
orangnya baik
bijak pula..
dia lah yang rajin bantu kalau kakak tak faham masa belajar..
beliau adalah Siti Hajar a.k.a JJJ
JJJ merujuk kepada 'jaja jujur je'..
---------------------------------
apa kaitan jaja dalam cerita ini...??

kakak selalu mengusik si jaja ni...
contohnya kalau kakak tengah sembang-sembang, jaja mesti tanya "kenapa? cerita apa?"
dan dengan slumbernya kakak selalu jawab,
"ah budak kecik tak boleh tahu"(walhal kami sebaya)
biasa lah kami gurau-gurau manja kan..

tapi apa kaitan sampai boleh keluar air mata??
okey
nak dijadikan cerita menarik kali ini...
seperti biasa
dialog yang sama digunakan
"ah budak kecik tak boleh tahu"
tiba-tiba jaja bersuara slumber juga
"biar la budak kecik pun, tapi kita ada pakwe"
*glup
suasana berubah menjadi senyap sunyi macam dalam gua...
dushh terasa seperti dipukul perasaan ini dengan ayat itu...
kakak bersuara dalam hati 
"betul jugak"
*plup
tersedar dari lamunan yang tidak sampai beberapa saat...
terasa benda ni lawak tahap gaban
sampai seluruh isi rumah ketawa tak ingat dunia termasuklah kakak
dan sehingga menitiskan air mata akibat terkecewa bagi mereka yang tiada 'pakwe'(ayat budak-budak kecik)
-------------------------

serve u right la kakak!!
suka sangat kacau orang kan
kan dah sentap sendiri..
hahahaha
ni la JJJ...
haha yang belakang tu nampak macam gemuk gila n tak tahu pasal apa dia nampak tembam macam tu..
patutlah tak ada 'pakwe' sebab gem**...
hahaha

-the end-

Monday, October 18

rebuild

sekarang benar benar sedih..
benar-benar tercabar
takkan kakak sorang je yang tercabar..
kawan-kawan, kita cari balik semangat yang hilang..
kita tak seorang
kita tak berdua
kita tak bertiga
kita ONE TEAM...

tolong pertahankan team kita..
sumpah aku sayangkan team ni..
kalau tidak kenapa aku masuk balik team ni..
kita bukan pengecut kawan-kawan
tidak sama sekali..
im begging u guys
please..

* im going to throw all my sadness at tasik UTHM

-the end-

Saturday, October 16

maaf, saya bukan artis...

salam..

setiap manusia itu perlukan perhatian..
tidak mengenali status mahupun umur...
baik bayi mahupun kanak-kanak
dari remaja ke dewasa
sehingga mereka yang warga emas juga perlukan perhatian..
---------------------------------------------------
perhatian juga boleh ditafsirkan dengan ayat-ayat lain...
sebagai contoh mencari populariti dan gosip...
------------------------------------------
'popular'
oh kita tidak berbicara tentang kedai buku popular
tapi kita membicarakan tentang popular untuk sesuatu makhluk..
popular selalu dikaitkan dengan artis atau ahli sukan atau mereka-mereka yang popularlah..

'perhatian'
semua orang perlukan perhatian
seperti contoh..
seorang anak memerlukan perhatian daripada ibubapa
seorang murid memerlukan perhatian daripada cikgu
seorang kekasih memerlukan perhatian daripada pasangannya

'gosip'
gosip atau kata lainnya khabar angin..
gosip merupakan satu medium untuk popular...
hal ini sungguh berkait-kait..

"manusia perlukan perhatian menggunakan gosip dan hasilnya popular"

*haha ramalan kakak sahaja...

-------------------------------------------------------------
hey hey ramai cakap kakak sukakan populariti..
ya tepat sekali...
kakak suka populariti
kakak suka perhatian
tapi gosip???

kakak nak jadi artis..
artis boleh popular kan..
tetapi bila masa kakak boleh jadi artis???
mustahil bukan..
memang mustahil..
keluarga tidak merestui...

"hey dayang, u ni kan i tengok suka bergaya n snap2 pic..why dont u become a model??"
haha benar..
kakak gile bergambar...
tapi nak jadi model tu perlu fikir berkali-kali...
saya tak cantik macam merekalah...
mereka tiptop, mantop, dan segala top yang ada...

perhatian...
kawan-kawan selalu cakap kakak suka curi perhatian..
yes memang pun..
kakak sukakan perhatian..
di sini kakak ketandusan perhatian..
jauh dari keluarga...
walau apapun, terima kasih kawan...
kawan yang banyak bagi perhatian pada kakak

gosip...
ada gosip yang membuat kita tersenyum..
ada gosip yang membuat kita menyinga..
sejak dibangku sekolah lagi kakak pernah dapat macam-macam gosip..
daripada gosip yang cikai-cikai sehinggalah gosip yang serius gaban..
walaupun gosip itu memberikan kepopularan (kadang-kadang ok)..
tapi bagi kakak gosip adalah perkara yang akan membuat kakak geleng kepala...

---------------------------------------------
dan sekarang..
ini benar-benar menguji..
kenapa kenapa dan kenapa???
kenapa bukan satu??
kenapa dua??
kenapa sekali gus??
kenapa tiba-tiba??
kenapa lambat??
ye kenapa lambat??
kenapa baru sekarang??
kenapa senyum??(senyum pun dah tak boleh??gila ke ape)
-
kenapa dulu??
kenapa sekarang??
kenapa saya??
kenapa di curi??
kenapa curi??
kenapa yang lain??
kenapa awak??
kenapa bagi??
kenapa nampak tapi??
kenapa harapan??
kenapa lambat??
kenapa samar??
kenapa macam??
kenapa tidak jelas??
kenapa terlepas??

maaf banyak sangat kenapa..??
maaf terlalu berbelit

------------------------------

-the end-

Thursday, October 14

malam berdarah



salam..
hari ni kakak nak cerita sikit pasal satu peristiwa berdarah..
masa tu kami sedang sibuk mempersiapkan diri untuk kejohanan Pencak Silat Timbalan Perdana Menteri di Kulai tempoh hari...
sedang asyik training..
yang seni training seni...
yang olahraga sibuk sepak menyepak..
----------------------------------
malang itu susah untuk dihidu..
senjata juga tidak pernah mengenal tuan..
salah seorang pesilat ganda putera telah cedera di kakinya setelah terlibas atau erti kata lain tercucuk sabit...
selalu orang cakap kelajuan itu membawa padah..
tetapi ape kena mengena sabit dan kelajuan..
susah nak di describe kan..
benda dah nak jadi...
dan dah pun terjadi..
kita review sikit gambar-gambar pada malam kejadian...
photo by abg amer

eh lupa pulak nak blur2 kan muka pemegang sabit..
mintak maaf abg ikbal...
ok sekarang kakak bukan nak cakap pasal abg ikbal..
tapi tengok sabit yang memakan mangsa...
sampai bengkok..
sabit tu bukan plastik..
so bayangkan je lah ye..

photo by abg amer


ini kaki mangsa...
terkena bahagian lutut..
ouch u all dapat tak bayangkan macam mana sakitnya??
memang sakit lah..
nampak luka macam kecil tetapi agak dalam..

photo by abg amer

ini dia mangsa sabit..
hanya mampu terbaring setelah kaki disabit..
sangat kesian..
tapi abg pejo tak nangis pun..
kalau kakak dah kompem melalak..
haha lelaki memang kuat semangat..

photo by abg amer

rawatan awal yang diberikan sebelum dihantar ke PKU...
dan mangsa menerima 3 jahitan..
pada masa itu UTHM telah kehilangan satu target pingat emas bagi kategori seni ganda putera..
abg pejo direhatkan dari menyertai mana-mana game..

photo by abg amer
kakak hanya mampu tengok lepas kaki beliau berbalut sahaja..
lenguh badan tengok orang cedera macam tu..
-------------------------------------------

Alhamdulillah
sekarang kaki beliau 100% sembuh...
dan kini mereka sedang giat berlatih untuk kejohan besar yang seterusnya..
ASEAN University Games yang akan diadakan di Chiang Mai, Thailand..
Best of Luck for abg ikbal n abg pejo..

'Lagu Negaraku di negara orang'

-the end-

Sunday, October 10

patah tumbuh, hilang berganti

salam...
alhamdulillah...
10/10/2010..
tarikh 'heyshe' jadi hakmilik kakak..
-----------------------
siapa heyshe????
sebelum kita kenal heyshe, mari kita mengenang kembali 'baby'..
baby dalam kenangan..
tarikh perpisahan--08/08/2010
baby sekarang sihat bersama owner baru..
sekarang kakak tak risau dah..
sebab selalu je nampak baby malam minggu kat lumut...hehe..
---------------
dan sekarang...
lahirlah heyshe...
anda sudah bersedia??
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
akhirnya kakak dapat kereta yang di idamkan
satria neo..
hehe..
satria..
owner lama anak jiran dekat rumah(Manjung)..
kakak faham perasaan along(owner) saat melepaskan kereta kesayangan..
along jangan risau..
kakak janji jaga kereta ni macam along jaga...
dan ingat semua pesanan yang diberikan...
nway, i loike this car..
warna asal colour kuning...
skang kaler lagi menyerlah..
baru sebulan tukar colour...
-----------------------------------------------------------

kenapa jual 'baby' amik 'heyshe'?????
sekarang kakak akan jawab semua persoalan...
baby - engine L5..ayah risau kalau ada apa-apa masalah kereta tu susah sikit..
lagipun ayah jauh..
tak tau kedai2 yang berkaitan...
sebab tu lah jual..

heyshe - engine standard...papehal senang kot..member2 pun ramai...terutama epy(kawan saya) si penasihat automotif kakak..thanks a alot epy..papehal kakak roger u je...
dan dari dulu memang suka kereta satria..
dulu pakcik ada pakai..
warna putih...
memang cantik...
--------------------------------------------------

welcome 'heyshe'
=)

-the end-

Thursday, October 7

tiba-tiba..

salam ..
memang tiba-tiba..
lama tak dengar lagu 
terkeluar lagu farah AF yang dulu pernah menjadi mainan bibir...
ops terfeeling..
kadang-kadang macam sengal terasa..
bila lah nak hilang kesengalan nih..
---------------------------------------
Dalam kerinduan ini
Ku menatap gambar wajahmu di ruang kamar
Rintahan asmara kau dan aku
Kini tinggal memori yang menghiris di kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa kini perpisahan
Semua kuredhai

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala-galanya
Pengorbanan ku kau persiakan

Bridge:
Oh mengapa
Tangisan dalam kerinduan ini
Menjadi kehidupanku tidak menentu
Keretakan bak dihempas kaca
Oh mengapa

Korus:
Ku masih merinduimu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya

Kumasih menyintaimu
Hingga ke akhir hayatku
Biarku simpan perasaaan ini¡­ kasih

Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan
Oh.. dari ku
-----------------------
selamat feeling...
bukan selalu kakak macam ni ok..
haha

*tapi sumpah aku rindu
-the end-
 

Malaysia dan Vietnam

salam...
di mana silapnya...
di antara Malaysia dan Vietnam..???
 -------------------------------------------
ditegaskan di sini..
kakak masih perlukan lelaki Malaysia..
bukan Vietnam..
sedihlah bila kena gosip sebegini...
hentikan cerita hangat ini...
--------------------------------------
ini semua gara-gara coach Vietnam ajak tangkap gambar dengan dia...
dan dengan slumbernye meletakkan tangan di atas bahu kakak...
hah bengangnya...
sambil diperhatikan lelaki-lelaki Malaysia...
maaf kan kakak...

-saya sayang Malaysia-

-Vietnam, maaf anda bukan pilihan saya-


*haha poyonya...tapi memang lah..kakak nak lelaki Malaysia bukan Vietnam..

-the end-

Wednesday, October 6

made in thailand

sawadeekap..
jom kita jalan-jalan dekat Hatyai...
apa yang ada dekat Hatyai.??
mari kita bayang kan..
mungkin ada pasar terapung..
hahah hanya bayangan sebab bukan pernah pergi sana pun..
teteapi kenapa dengan Hatyai ek??
Gambar dari bro topaz..
haish siapa ini??
kakak ke??
hahaha..
bro topaz tagged gambar ni dekat facebook kakak..
dia cakap macam muka kakak..
hahaha
bagi cik alin tengok gambar ni..
dia gelak gila-gila..

sekali pandang je kot nampak macam kakak..
pandang lama- lama ternyata bukan kakak kan3..
ini baru the real kakak..
tak sama kan..
mana lagi comel??
gambar first ke second..???


*dalam dunia ni ada tujuh orang yang muka serupa dengan kita..tak mustahil..Ciptaan Allah sangat unik...

-the end-

Tuesday, October 5

tahniah untuk team pencak silat UTHM

salam...
di sini kakak mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam "Kejohanan Silat Piala Timbalan Perdana Menteri 2010"..
bukan sahaja kepada atlet tetapi tidak dilupakan juga kepada urusetia dari team pencak silat dan rakan muda...tanpa semua, kejohanan ini tidak akan dapat dijalankan sesempurna ini...
------------------------------------------
Tahniah buat kontijen Singapura berjaya membolot kedua-dua piala keseluruhan bagi kategori IPT dan REMAJA...

walaupun tuan rumah gagal memilikki piala keseluruhan tersebut, namun kami bersyukur dengan kemenangan 2 emas, 2 perak, 2 gangsa dan pesilat terbaik bagi kategori putera IPT...
tahniah buat yang menang..
pesilat UTHM yang berjaya mendapatkan pingat.
dari kiri Bob, Amer, Redho, Ikbal, Faisal dan Along
-----------------------------------------------
sumber : harian metro
pesilat dari UTHM yang berjaya menerima anugerah pesilat terbaik..
-----------------------------------------------------------------
apa-apa pun tahniah buat semua..
kakak cemburu korang menang..
hahah boleh tak cakap macam tu..
hehe buat pembakar semangat..

insyaAllah next game kita bawa balik pingat banyak-banyak ek..
-the end-