Tabung

Monday, December 6

No Cheating!!

As salam..
Selamat menyambut awal muharam..
sudahkah anda membaca doa akhir dan awal tahun??
dan apakah azam anda untuk tahun ini??
tepuk dada tanya selera.
-----------------------
Berbalik pada tajuk utama..
memandangkan UTHM masih dalam mood 'final exam'
so memang padanlah tajuk ini untuk para pelajar yang masih mempunyai sisa baki subjek yang belum dijawab..

"Say No To Cheating"

satu lagi program yang diusahakan MPPUTHM 09/10
bagus- bagus
-----------------------------------

budaya meniru bukanlah satu budaya yang sihat..
nanti kantoi sakit oi..
pua thanks ye snap kan pic ni.
AMARAN : JANGAN TIRU AKSI INI..

Pastikan ilmu penuh didada bukan sahaja dimata untuk melangkah ke dewan peperiksaan..
ini kerana, anda DILARANG sama sekali untuk meniru...
---------------------------------
* Tiba-tiba kakak teringat memori zaman sekolah dulu. Ini story mory masa tingkatan satu sampai tiga. Waktu ni memang merupakan zaman kegemilangan  kenakalan kakak lah kiranya. Kalau bab meniru masa ujian dan peperiksaan akhir tahun memang geng kami lah yang kuat meniru..opss kantoi kat sini..takpe ini cerita lama..sekarang dah baik.. tak meniru macam zaman budak-budak jahiliah dulu..

    banyak skill-skill untuk meniru yang kami create masa tu..antaranya:

1- bahasa isyarat : peperiksaan masa sekolah menengahkan banyak soalan objektif. Makanya kami pun buatlah isyarat-isyarat tangan yang membawa maksud A(kepit hidung), B(pegang dagu), C(cubit pipi) dan D(genggam tangan). rasa isyarat macam bangang-bangang je..tapi itulah yang membawa hasil keputusan yang cemerlang yang tak berapa nak berkat.

2- nota sebesar kertas testpad : ha ini satu taktik yang berkesan gila. haha mana taknya 100% note tulis dalam tu. tapi tulisan kecik nak mati lah kan..haha..tapi macam mana nota sebesar kertas tespad boleh dibawa masa peperiksaan??yela dulu bawa masuk 1 set kertas testpad. so, nota itu ditulis dihelaian tengah kertas testpad tersebut..memang target A la time tu..

3- main surat-menyurat : ini style surat tak pakai posmen..tapi sendiri jadi posmen. kaedah yang digunakan ialah koyakkan kertas menjadi cebisan yang kecil. kemudian tulislah apa yang korang nak cakap dengan member-member sebelah. lipat cebisan kertas tersebut dan masukkan kedalam penutup liquid. passing kat member konon-konon macam nak pinjam liquid member..

     ini je la kot kaedah-kaedah kotor yang kakak guna dulu. hey tapi korang sila jangan tiru ye..sebab cikgu-cikgu sekarang dah boleh baca taktik-taktik macam ni (gua yang cerita sendiri dekat cikgu lepas gua dah habis sekolah)..haha..sebenarnya banyak lagi kaedah yang lebih kotor digunakan oleh budak-budak kelas. tapi kakak tak sanggup  nak buat macam diorang. masukkan buku dalam toilet (euw masukkan ilmu dalam tandas memang kurang sopan)..tak bagus...sekarang kakak dah tak meniru dah..betul tak tipu tau...

-----------------------------------------------
ingat ye kawan-kawan..
jangan meniru masa peperiksaan
sebab kalau kantoi nanti 
Malu!!
*tapi gua tak pernah kantoi..cuma ada kesedaran..hehe..

p/s : last paper 10/12/10 (Kemahiran Penyeliaan)
-the end-

9 comments:

  1. hehe, dayang jgn meniru yea~~
    all the best, lg 2 papers kan?

    ReplyDelete
  2. aik..baru tampal ke tu..
    ari tu masa kat f2 tak de pon!

    ReplyDelete
  3. aik..baru tampal ke tu..
    ari tu masa kat f2 tak de pon!

    ReplyDelete
  4. qila : hehe tak meniru dah..nop..tinggal satu paper je lagi

    ReplyDelete
  5. manggosteen : baru je tampal..fresh lagi tu..

    ReplyDelete
  6. haha if kantoing pun besting jugak kan

    ReplyDelete
  7. kantoi bleh smpi kne buang U trus....
    xde gantung2 daa....

    ReplyDelete
  8. kaizen : tau xpe..tapi kalau kene repeat dekat arked takpe kot..wauahahaha

    ReplyDelete