Tabung

Wednesday, January 12

tiada

tiada kata secantik bahasa
tiada idea untuk berbicara
tiada hati untuk mati
tiada hasrat untuk berselirat
tiada jiwa untuk membawa
tiada perasaan untuk berpesan
tiada kuasa untuk bersasa
tiada ruang untuk melarang
tiada kesah untuk belasah
tiada waktu untuk menunggu
tiada jawapan untuk tatapan
tiada hari untuk lari
tiada daya untuk menganiaya
tiada harta untuk bertinta
tiada gaung untuk meraung
tiada kasih untuk ditagih
tiada buah untuk meluah
tiada akidah untuk bermadah
tiada gemar untuk sedar
tiada rindu untuk syadu
tiada gah untuk bertelagah
tiada senyuman untuk nyaman
tiada arah untuk mengarah
tiada jari untuk menari
tiada haiwan untuk kawan
tiada kawan untuk lawan
tiada kudrat untuk melarat
tiada zahir untuk berakhir
tiada tawar untuk penawar
tiada muhasabah untuk tabah


 *sebenarnya takde idea nak tulis ape
blog macam tak berupdate
sorry

*tengok cerita magika tanpa jemu

*semangat training membuak-buak
cepatlah hari jumaat..
nak sepak lepaskan yang terbuku

*banyak masalah tapi cool la kan..haha

*bosan dengan minggu kuliah yang asyik cuti

*dah habis

*mereka cakap saya baik hari ini

*abang peja nak tengok berat badan turun 45-50 bulan feb
mcm takde mood nak diet

*nak main olahraga bukan seni

*nak raya cina
*

-the end-

Thursday, January 6

sengal

as salam...
hari ini kami punya sengal..
tiada yang sesengal melainkan kami..



*situasi di arked..alin dan dayang sedang melaga-laga kan kepala masing-masing sementara menunggu aina membeli makanan...

dayang : ah dah le..jap lagi orang ingat kita lesbian pulak
alin : haha
dayang : dah la muke aku dah memang macam lesbian (ok tak terniat pun nak cakap camtu..terkeluar secara spontan)
alin : haha
senyap beberapa saat
jaja : yeke?????
dayang, teha dan alin : hahahahahahahaha

*lesbian..apasal lah boleh terkeluar lesbian..oh ha ada kawan asyik tanya pasal ada boyfriend ke tidak...mestilah jawab tidak..dengan slumber je member keluarkan statement 'kau ni lesbian ke????'..adoi bapak sengal budak ni...

**nak baca lebih banyak perkara-perkara sengal..anda boleh klik sini BELOG ALIN...


ok hari ni pergi library then masa nak keluar bunyi alarm....huwaaaa tak beshhh...tapi gua tak buat salah...system pinjam buku tu yang salah...ceh!

Monday, January 3

first day

as salam...
bangun semua
Selamat pagi cikgu..
---------------------------------------
wah wah wah..
hari pertama persekolahan, kuliah, mengajar dan tak lupa juga pada yang latihan industri..

"sayang, how's your first day??"
"it was awesome mom"
"are sure dear??"
"yes mom, because there is no class on Monday.."
"*&%$!@"

hahaha hari ini datang tepat jam 8 a.m.
terpacak depan Pusat Pengajian Diploma (PPD)..
tunggu jadual yang lambat sangat erghhh...
orang tak sabar nak masuk kelas ni tau tak..
8.30 a.m PPD buka..
jadual dah keluar dan...
heaven gila!!!

Monday = blank
Tuesday = almost full
Wednesday = 1 hour only!
Thursday = almost full (bangun lambat tak ada siapa kesah)
Friday = almost full (bangun lambat tak ada siapa kesah) :D

14 jam kreadit yang tak boleh nak suka sangat..
got many killer subject..
sigh
harap-harap lecturer semua best-best
dan 
baru lah kakak boleh belajar dengan best-best jugak..
-----------------------------------------
kakak suka papan tanda ini
yang terletak berhampiran dengan arked..

apakah maksud papan tanda ini????
maksudnya adalah..
dengan kelajuan 30km/hr
kita berjalan (berlari mungkin)
dan awas bonggol di hadapan 
bersedia untuk lompat..
yeah berjaya melepasi zebra line..

hari pertama untuk sem yang baru...
berbaju kurung putih berbunga biru..
berharap tampak ayu daripada biasa..
wah mata...
tak nak bukak ke???
muka tak semengah nak masuk kuliah 
mujur tak ada kelas...
weeehuuuuuu...
insyaAllah hari mendatang kita ceria-ceriakan...

*mulai hari ini budak-budak rumah kena speaking in english untuk memantapkan lagi broken english..pulak..haha

-the end-

Saturday, January 1

please take note dayang

as salam..

tahun baru dengan azam yang baru..
biar azam tak banyak ..
moga terlunas semua azam...

-menjadi anak yang lebih baik
-menambahkan keayuan dan kesopanan dalam diri
-menambahbaikkan pointer..

semoga berjaya diri sendiri
kuatkan semangat!

syukur

as salam...
tahniah untuk team silat UTHM...
berjaya membawa 5 emas dan 2 perak..
tahniah kawan-kawan..
------------------------------
 ok ini muka bosan dengar seminar
alhamdulillah dapat tempat kedua..
syukur dari tak dapat apa-apa..
walaupun kekalahannya dari kesilapan sendiri..
kakak tetap berpuas hati..
tak kesah lah kaki over gelanggang ke..
benda dah lepas..
dah tak boleh nak cakap apa..
nak repeat pun belum tentu boleh..
hahaha

tahniah buat team UTHM berjaya membolot 5 emas dan 2 perak..
sekali dengan johan keseluruhan lagi kita sapu...

medal tak se gah medal emas dari Chiang Mai..
hehe

*owh lupa pulak dah masuk tahun baru...selamat datang 2011..

"sabtu untuk satu hari bulan satu tahun dua ribu 'satu-satu'...selamat tinggal dua ribu satu kosong.."
selamat jumpa lagi
-the end-