Tabung

Sunday, February 27

give me a strength

assalamualaikum...

mmg berkarat sudah blog ni..
sem ni macam berat je..
subjek berat
otak berat
kederat berat..
ok habis sini..
-------------------------------------
kakak selalu pesan pada kawan-kawan...
kalau bawa basikal, motosikal atau kereta jangan laju-laju sangat...
bahaya untuk diri sendiri..
dan kesian kat keluarga masing-masing kan...
bukan apa..
dalam 2 minggu ni sahaja dah banyak kemalangan yang kakak tengok..
yang kereta terbalik terpusing
yang motor terseret habis..
adoi tu semua duit dan duit..
tapi kalau kaya takpe kot..

tapi mintak lah sangat jangan jadi straight macam pembaris yang lepas QC..
perlahan sangat pun tak guna...
buruk padah kalau dah tersentap dari belakang..
lainlah kalau jalanraya ni memang untuk kau sorang je..
ingat pengguna-pengguna yang lain...
"lambat bawa padah"

----------------------------------------------
lahanat-lahanat yang berkeliaran kat luar sana..
mintak tolong lah jangan nak bertambah lahanat...
dalam masjid pun nak sebat harta orang..
memang dah tak hormat rumah Allah..
kalau dah dekat rumah Allah pun takde hal dah sebat..
apetah lagi rumah hamba-hamba Allah..
entahlah..mungkin mak ayah diorang beli harta untuk anak-anak memang nak bagi geng-geng macam lahanat ni kebas la kot...

*sory ..ini bahasa paling habis sopan..

-------------------------------------------------
dulu kita saudara..
gelak-gelak sama-sama
tapi jangan kerana terlalu mengikut hati dan perasaan
terlalu taksub 
saudara sendiri sanggup diludah...
tiada beza diantara kita..
datang dari tuhan yang sama, yakni Allah swt...
pulang pun tempat yang sama...
kalau beza pun..
mungkin jenis-jenis tanah...
kau tanah gambut
mungkin aku tanah paya
boleh jadi tanah humus
tak pun tanah kapur..


jangan kerana ideologi berbeza..
kita sanggup herdik mak ayah sendiri
jangan kerana kau lain aku lain
kita sanggup tikam kawan..
jangan kerana kau hebat aku tidak
hina yang diberi...

tak salah kalau kau lain aku lain..
memang tak salah..
tapi tak semestinya kita tak boleh duduk semeja di kedai kopi..
kalau itu kita mampu buat...
mungkin ade yang tunduk malu 
malu kerana kita yang dikatakan berbeza tapi boleh bersatu..

kakak salute mereka yang cakna tentang hal semasa..
bukan kami kaki penyibuk
bukan ditugaskan jaga tepi kain orang
tapi kita sedang mengutip pengalaman untuk dijadikan panduan kehidupan..
walau sebesar zarah sekali pun pengalaman..
pasti ada harganya...
biar kita membongkok mengutip pengalaman..
asal esok kita menghadapi dengan berdiri tanpa tongkat
kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tidak ambil tahu
malu jadi mereka...
menumpang berteduh di bawah tempurung..
katak sekarang pun dah makin bijak..
kalau duduk bawah tempurung sahaja...
tiada jodoh mahupun rezeki datang sendiri ketuk tempurung...

------------------------------------

minta kuatkan semangat
untuk menghadapi hari-hari akan datang..
aku manusia biasa yang tak mampu nak menjaga hati dan perasaan semua manusia
aku selalu ingat pesan cikgu (abang ikbal)
"jangan asyik fikirkan nak jaga hati orang..hati sendiri kecai berderai"..
nampak macam kejam..
tapi itu lah dunia..
aku sendiri baru belajar menerima hakikat..
merangkak juga aku belajar
aku belajar sebab aku tersedar
tak semua benda yang kita nak tu ada terus depan mata...
mudah cerita, tak sama macam kite order teh tarik satu cawan dekat kedai mamak..
usaha???
betul..setiap benda perlukan usaha..
setiap usaha ada hasil..
hasil yang macam mane??
kita sendiri tak tahu...
baik ke buruk ke..
itu lah pasal kite kena belajar menerima hakikat...

----------------------------------------------
setiap detik waktu kakak kira...
lama lagi..
jauh lagi perjalanan..
tapi kakak seakan muak dengan kehidupan...
ikutkan hati memang mati...
kakak penat 
penat melawan kerenah sendiri..
tapi mujur ada kawan
sebab kawan kakak kuat...
thanks kawan...
*u too

----------------------------------------------------------------------
aku bukan mungkir
aku cuma tidak suka berpegang pada janji
sebelum mungkir lebih aku tidak berjanji

*aku dah penat dengan dunia lakonan sendiri..aku nak jadi diri aku sendiri boleh tak????


-the end-

Saturday, February 5

pandai mak aku buat lawak

as salam
memang berhabuklah blog kakak tanpa entry-entry baru
bukan tiada benda untuk di coret..
cuma tiada mood untuk bermain kata-kata....
 tapi hari ni ada satu cerita yang akan disimpan menjadi kenang-kenangan...
-------------------------
kakak baru sahaja sampai kampung
terus buka laptop..
dan agak kagum sedikit bila kat kampung dah boleh pakai broadband..
wah makin hebat kampung saya...
mungkin lepas ni nenek benar-benar mempunyai akaun facebooknya..

ok berbalik kepada cerita yang nak disampaikan...
kejadian di dalam kereta perjalanan menuju ke kampung tercinta...
kakak bawa tak lah laju mana pun..
100km/h tapi

umi : kak, jangan laju sangat lah
kakak : mane boleh...boyfriend tunggu...(niat nak bergurau)
umi : puteh ke???(aik ingat pula mak aku ni tentang kesah percintaan lepas pmr)
kakak : eh mane ada..dia dekat damansara lah (yakin gile jawapan saya...)
umi : kucing neneklah..
kakak :!@#$%^& (ok terdiam dan maluuuu gile....)

okey tu sahaja
sekian terima kasih..