Tabung

Sunday, May 22

marah

as salam

macam-macam sifat dalam diri manusia...
salah satu daripadanya adalah marah...
maaf hari ini kakak beremosi lebih...
mungkin sebab kena marah...
kadang-kadang rasa marah tu dah jadi makanan hidup kakak...
tak tau lah ini nak dipanggil nasib malang atau sebaliknya...
tapi apa sebenar perasaan orang yang kita marah???
hari ini bukan kakak nak burukkan mana-mana pihak atau mempamerkan kebodohan sendiri...
seperti biasa, ini blog kakak..
tempat luahan kakak...
mengabdikan segala kenangan pahit+manis+kelat...

------------------------------------
*kakak imbas kembali

dari zaman kanak-kanak lagi kita kena marah...
ini mungkin perkara biasa...
ibu bapa memarahi anak-anak...
terlalu bnyak rasanya kalau nak diceritakan dari tahap
-------------------------------------
zaman persekolahan...
zaman-zaman nakal...
ketika usia 9 tahun...
kakak ingat lagi masa tu suka sangat usik kawan-kawan
sampai satu hari kakak kena marah dengan cikgu depan semua kawan-kawan kelas...
*tipulah kalau kakak tak nangis...
----------------------------------------
masa tingkatan empat..
pernah dimarahi atas kesalahan orang lain..
bukan takat kena marah..
tapi kena pukul dengan kayu penyodok dekat tangan..
tangan merah...
tapi tak lah sakit mana tangan tu...
yang sakit masa tu hati...
hati yang merah...
kerana sehelai kertas lukisan kejuruteraan yang dipinjam kawan...
kemudian dia lupa nak bawa...
*tipulah kalau kakak tak nangis...
-----------------------------------------
masa tingkatan lima..
rutin setiap hari jumaat..
emcee untuk perhimpunan pagi..
seperti biasa akan menunggu mana-mana guru yang akan bagi ucapan..
mengumpulkan pembaca doa, pembaca ikrar dan tukang conduct lagu..
gara-gara menunggu tukang conduct lagu sampai..
kakak tak dapat memulakan tugas tepat pada masanya...
sampai pengetua marah kakak...
dihadapan cikgu-cikgu...
pengetua memang garang...
tanyalah budak SMTLC yang lain kalau tak percaya...
akhirnya, kakaklah emcee dan kakaklah tukang conduct lagu...
*habis je perhimpunan...tipulah kalau kakak tak nangis
** terima kasih cikgu salina
----------------------------------------
masa tingkatan lima jugak..
kejadian di asrama...
kakak merupakan salah seorang exco asrama...
gara-gara pelajar aspuri kantoi membawa handphone...
kakak pernah dipulau hampir seminggu..
kononnya kakak yang buat laporan..
perit hidup dipulau..
lagi-lagi bila benda itu kita tak buat...
bila teringat rasa nak gelak..
seminggu kakak tak turun dewan makan...
asal masuk dorm je semua hiraukan aku...
*tipulah kalau kakak tak nangis sepanjang seminggu tu
**terima kasih ema sebab kau percaya aku tak buat semua tu...
**terima kasih iffah sebab sentiasa dengan aku masa tu..
**terima kasih cikgu hadi(kaunselar) sebab belanja saya makan mcd setelah seminggu tak makan..
------------------------------------------
masa tingkatan lima jugak..
kakak dibenci tanpa sebab yang kukuh...
bukan calang-calang orang yang benci kakak...
dibenci oleh seorang penolong kanan...
atas alasan kononnya bergaduh dengan penghuluwati asrama sehingga menyebabkan beliau berhasrat untuk keluar dari asrama...
sumpah lawak...
tak tahu macam mana dia boleh petik nama kakak...
kakak tak pernah bergaduh sepanjang tingkatan empat dan lima...
akibat kejadian tu...
penolong kanan yang merupakan cikgu matematik kakak sendiri...
sampai satu hari kakak terlewat lima minit masuk kelas tambahan matematik...
pertama kali terlewat...
tapi kakak dimarah seumpama hari-hari datang lewat...
tak cukup dengan marah tapi dihalau..
benci betul dia dengan kakak masa tu...
walhal ada je budak yang datang lewat lepas kakak kena marah...
ya Allah..masa tu tuhan saje yang tahu sakitnya hati kakak...
masa tu hanya mampu berdoa result matematik tak gagal je...
kakak tunggu je dekat wakaf sampai kelas tambahan habis..
kakak cume dengar suara dia mengajar je dari bawah..
sampai sekarang agaknya dia benci kakak...
satu je kakak nak cakap...
"saya tak bersalah, cikgu"
*tipulah kalau kakak tak nangis
**terima kasih yen dan salwa sebab teman aku nangis dekat wakaf bawah kelas kite tu..
---------------------------------
pernah kena marah dengan coach
sebab performance macam b*bi...
bukan takat kena marah tapi kena lempang...
kena lempang tak sakit
tapi hati dan perasaan yang sakit..
kena lempang depan berape ratus orang pun kakak tak tau...
bayangkan jela kalau kena lempang ditengah-tengah IOI mall...
tapi kakak ambil positif mungkin itu sebagai satu pengajaran dan peringatan
*tipulah kalau kakak tak nangis
**bape jam aku duduk dalam tandas dekat IOI mall tu pun tak tahu lah..
----------------------------------
dan hari ni pun kakak kena marah...
hanya kerana satu kotak first aid...
diberi arahan untuk mengemas kotak first aid...
tapi..
oh mungkin salah kakak sebab tak buang ubat-ubat tu...
kakak bukan doktor yang tau ubat tu masih diguna pakai atau tak..
kalau tarikh expired memang dah terpampang mungkin lah kakak tau ubat dah tak boleh pakai...
oh memang salah kakak sebab lap je kotak tu..
yang ada bau ubat-ubat tumpah...
kenapa kakak tak basuh...
tapi kalau dibodoh dibangangkan depan budak-budak semua...
cukup tak boleh diterima...
memang kakak bangang dan bodoh...
sebab tu kakak masih belajar dan menuntut ilmu...
untuk menutupi segala kebangangan dan kebodohan sendiri...
*tipulah kalau kakak tak nangis
**terima kasih abg amer...dayang tak tabah macam orang lain...

--------------------------------------------------------------

kenapa kita kena marah???
sebab kita tak dapat memuaskan hati semua orang...
kakak ada hati dan perasaan...
walaupun kakak fighter tapi hati kakak bukan fighter...
tahan maki bukan kebolehan kakak...
kakak tak tabah langsung...
kena marah mesti nangis...
takkan tiap-tiap kali kakak nangis nak call kawan...
takkan nak nangis dalam toilet bile kena marah...
takkan nak nangis depan laptop bila karang benda-benda camni...
takkan nak nangis bawah bantal memikirkan nasib malang kena marah selalu...

terpulang pada orang nak cakap kakak ni manja ke cengeng ke ape ke...
kakak bukan robot yang tak berperasaan...
kakak ada perasaan...
boleh tak kalau kita merayu pada semua orang...
jangan marah kakak lagi.....

Ya Allah,
kurniakan aku kesabaran yang tinggi.

-the end-
























Saturday, May 7

malang lagi...

as salam...
ini merupakan sambungan cerita semalam...
selepas kami melawat mahmud di Hospital Batu pahat...
kami pun decide nak pergi makan tengahari dekat BPmall..
before that singgah solat zohor dekat masjid...
lepas selesai kami terus ke BPmall...
asyik budak-budak ni tengok baju- baju yang tengah sale..

erm apa yang malangnya??
kakak yang sedang lapar ni ajak la kawan-kawan pergi ke food court...
then tiba-tiba FJ tegur..
"eh ur baju koyak!!"
kakak ingat mula-mula dia main-main...
tapi tengok muka serius kemain lagi..
DAMN!!!
memang koyak...
malu malu malu malu malu malu malu
rasa nak meleleh air mata pun ada time tu..
eergggghhh bengang gilos tahap cipanziii..
bertambah lagi bila baju tu baru dua kali pakai...
kakak nak saman butik yang jual baju tu boleh tak???
eh kan bagus kalau baju pun ada warranty..
hurmmm
nasib baik selendang yang kakak pakai tu panjang dan boleh cover bahagian yang koyak tu...
terus lari dapatkan alin dan jaja..
kami pun pergi cari baju..
takkan lah nak pakai baju koyak tu..
penat nak cover-cover..
muka kakak dah kelat gila..
perut lapar..
tapi hati bengang!!!
last-last pergi cari cardigan ..
lepas dah selesai menyelesaikan masalah, sekarang baru boleh pergi makan..

itu sahaja cerita malang dari kakak...
hahaa kakak memang selalu bernasib malang..
--------------------
layan gambar tiga sekawan ni..
kenapa muka dia gembira dikala kakak sedang di timpa malang???
okey..
orang yang pakai baju terbalik lebih untung berbanding orang yang bajunya koyak...
hurm pernah tak dengar orang tua-tua cakap
kalau pakai baju terbalik petanda baik nak dapat duit..
memang patut tersenyumlahkan..
haha eh tapi korang jangan lah saja-saja nak pakai baju terbalik kan...
semata-mata nak dapat duit..hahaha
---------------

ok serius kakak gurau je tau..
kalau yang ini kita nak describe apa ek??
muka sedang sedih ni..
oh haaaa memang lah sedih...
teringat yang dekat hospital tadi kot..
ops..hehehe gurau ajer...
peace yaw...
-----------------------------
dan yang ini budak yang malang tu..
malang yang dah boleh tersenyum..
so sweet kan...

* apa perasaan awak-awak semua kalau baju korang koyak dekat tempat orang ramai????

-the end-

Wednesday, May 4

jangan stress sangat kawan

as salam...
 mood berblogging dah datang!!!.
wehuuuuuu...
eh2..final tak habis lagi ni
one more paper...
statistic!!!!
harap boleh jawab dengan baik sebaik-baiknya lah..
okey entry bermula..
selamat membaca..
---------------------------------
hari ini kakak dan kawan-kawan pergi melawat one of our classmate..
kena tahan wad...
sakit ape??
kalau doktor pun tak tau dia sakit apa, apatah lagi kami..
kesian mahmud...
teringat dia lepas habis jawab paper mechanic solid..
mahmud : i want some paper...
alin : for what?
mahmud : nak gigit..tak tahan sangat..sakit..
me : eh cannot...
mahmud : i wanna break some thing...

hoho parah-parah anak orang ni...
terlampau sakit sangatlah tu..
kakak rase mahmud sangat stress
then demam..
pergi check, doktor cakap darah tinggi..
kompem lagi stress..
kesian mahmud..
bersabarlah..

--------------------------------------------
wah wakil MPP menjalankan tugas..
ah yola tu..hahaha
'classmate' merangkap 'housemate' kan..
eh hilang terus sakit u kan mahmud..
hahaha
good2..
antara jemaah yang hadir melawat mahmud...
hahah terasa seolah-olah kawan yang baik bukan...
tapi kami memang baik pun!!
alhamdulillah, lepas kami pulang melawat, mahmud pun boleh keluar dari hospital...
pesanan kakak untuk semua...
jangan terlalu stress ketika 'final exam'..
be cool je macam kakak..
hahah tapi 'cool' kakak tak lah yakin boleh dapat markah hebat..
at least i try my best..

ermmm..last but not least...
eh forgot to introduce who's that person beside me...
this is FJ!!!!!
hahahahahha peace yaw....

-the end-

Sunday, May 1

cantik, tapi sayang...

Bismillah pembuka bicara...
aku bukanlah penulis penuh puitis..
tertulis bait penuh ikhlas
----------------------------------------
biar pepohonan menjadi diri..
biar pepohonan memahami hati...
aku umpama pohon...
dia juga umpama pohon....
dikais-kais tanah itu
habis penuhi kuku..

berkobar-kobar hati penanam..
dibelai agar hasil puas di mata..
penuh limpah kasih tersiram..
harapan ia menjadi cita..

akar-akar merangkak mencari rezeki
redah episod hidup yang tak sudah
episod demi episod berlalu
dahan-dahan disinggahi putik
hati siapa tidak gembira..
terlalu yakin indah segalanya..
ditenung-tenung
sayang hanya ditenung
mengapa hanya ditenung??
hati bongkak berkata
"aku yakin!"
yakin dan yakin
sampai termamah diri..

indahnya dunia
itulah dunia
indahnya seketika.
sepertimana akar
mengesot mencari ruang untuk dicengkam
sentiasa dan senantiasa...
jelas masih goyah..
biar seribu akar pun
belum tentu kau mampu berdiri..

jangan dikejar kesempurnaan
aku tidak sempurna
engkau belum tentu sempurna
jangan disimpan sayang
sayang kalau dah melayang

mekar cuma mimpi
hakikatnya layu di titi
jangan ditagihi
jangan dipahat janji
biar doa menyusuri...

semangatlah

-the end-