Tabung

Sunday, May 22

marah

as salam

macam-macam sifat dalam diri manusia...
salah satu daripadanya adalah marah...
maaf hari ini kakak beremosi lebih...
mungkin sebab kena marah...
kadang-kadang rasa marah tu dah jadi makanan hidup kakak...
tak tau lah ini nak dipanggil nasib malang atau sebaliknya...
tapi apa sebenar perasaan orang yang kita marah???
hari ini bukan kakak nak burukkan mana-mana pihak atau mempamerkan kebodohan sendiri...
seperti biasa, ini blog kakak..
tempat luahan kakak...
mengabdikan segala kenangan pahit+manis+kelat...

------------------------------------
*kakak imbas kembali

dari zaman kanak-kanak lagi kita kena marah...
ini mungkin perkara biasa...
ibu bapa memarahi anak-anak...
terlalu bnyak rasanya kalau nak diceritakan dari tahap
-------------------------------------
zaman persekolahan...
zaman-zaman nakal...
ketika usia 9 tahun...
kakak ingat lagi masa tu suka sangat usik kawan-kawan
sampai satu hari kakak kena marah dengan cikgu depan semua kawan-kawan kelas...
*tipulah kalau kakak tak nangis...
----------------------------------------
masa tingkatan empat..
pernah dimarahi atas kesalahan orang lain..
bukan takat kena marah..
tapi kena pukul dengan kayu penyodok dekat tangan..
tangan merah...
tapi tak lah sakit mana tangan tu...
yang sakit masa tu hati...
hati yang merah...
kerana sehelai kertas lukisan kejuruteraan yang dipinjam kawan...
kemudian dia lupa nak bawa...
*tipulah kalau kakak tak nangis...
-----------------------------------------
masa tingkatan lima..
rutin setiap hari jumaat..
emcee untuk perhimpunan pagi..
seperti biasa akan menunggu mana-mana guru yang akan bagi ucapan..
mengumpulkan pembaca doa, pembaca ikrar dan tukang conduct lagu..
gara-gara menunggu tukang conduct lagu sampai..
kakak tak dapat memulakan tugas tepat pada masanya...
sampai pengetua marah kakak...
dihadapan cikgu-cikgu...
pengetua memang garang...
tanyalah budak SMTLC yang lain kalau tak percaya...
akhirnya, kakaklah emcee dan kakaklah tukang conduct lagu...
*habis je perhimpunan...tipulah kalau kakak tak nangis
** terima kasih cikgu salina
----------------------------------------
masa tingkatan lima jugak..
kejadian di asrama...
kakak merupakan salah seorang exco asrama...
gara-gara pelajar aspuri kantoi membawa handphone...
kakak pernah dipulau hampir seminggu..
kononnya kakak yang buat laporan..
perit hidup dipulau..
lagi-lagi bila benda itu kita tak buat...
bila teringat rasa nak gelak..
seminggu kakak tak turun dewan makan...
asal masuk dorm je semua hiraukan aku...
*tipulah kalau kakak tak nangis sepanjang seminggu tu
**terima kasih ema sebab kau percaya aku tak buat semua tu...
**terima kasih iffah sebab sentiasa dengan aku masa tu..
**terima kasih cikgu hadi(kaunselar) sebab belanja saya makan mcd setelah seminggu tak makan..
------------------------------------------
masa tingkatan lima jugak..
kakak dibenci tanpa sebab yang kukuh...
bukan calang-calang orang yang benci kakak...
dibenci oleh seorang penolong kanan...
atas alasan kononnya bergaduh dengan penghuluwati asrama sehingga menyebabkan beliau berhasrat untuk keluar dari asrama...
sumpah lawak...
tak tahu macam mana dia boleh petik nama kakak...
kakak tak pernah bergaduh sepanjang tingkatan empat dan lima...
akibat kejadian tu...
penolong kanan yang merupakan cikgu matematik kakak sendiri...
sampai satu hari kakak terlewat lima minit masuk kelas tambahan matematik...
pertama kali terlewat...
tapi kakak dimarah seumpama hari-hari datang lewat...
tak cukup dengan marah tapi dihalau..
benci betul dia dengan kakak masa tu...
walhal ada je budak yang datang lewat lepas kakak kena marah...
ya Allah..masa tu tuhan saje yang tahu sakitnya hati kakak...
masa tu hanya mampu berdoa result matematik tak gagal je...
kakak tunggu je dekat wakaf sampai kelas tambahan habis..
kakak cume dengar suara dia mengajar je dari bawah..
sampai sekarang agaknya dia benci kakak...
satu je kakak nak cakap...
"saya tak bersalah, cikgu"
*tipulah kalau kakak tak nangis
**terima kasih yen dan salwa sebab teman aku nangis dekat wakaf bawah kelas kite tu..
---------------------------------
pernah kena marah dengan coach
sebab performance macam b*bi...
bukan takat kena marah tapi kena lempang...
kena lempang tak sakit
tapi hati dan perasaan yang sakit..
kena lempang depan berape ratus orang pun kakak tak tau...
bayangkan jela kalau kena lempang ditengah-tengah IOI mall...
tapi kakak ambil positif mungkin itu sebagai satu pengajaran dan peringatan
*tipulah kalau kakak tak nangis
**bape jam aku duduk dalam tandas dekat IOI mall tu pun tak tahu lah..
----------------------------------
dan hari ni pun kakak kena marah...
hanya kerana satu kotak first aid...
diberi arahan untuk mengemas kotak first aid...
tapi..
oh mungkin salah kakak sebab tak buang ubat-ubat tu...
kakak bukan doktor yang tau ubat tu masih diguna pakai atau tak..
kalau tarikh expired memang dah terpampang mungkin lah kakak tau ubat dah tak boleh pakai...
oh memang salah kakak sebab lap je kotak tu..
yang ada bau ubat-ubat tumpah...
kenapa kakak tak basuh...
tapi kalau dibodoh dibangangkan depan budak-budak semua...
cukup tak boleh diterima...
memang kakak bangang dan bodoh...
sebab tu kakak masih belajar dan menuntut ilmu...
untuk menutupi segala kebangangan dan kebodohan sendiri...
*tipulah kalau kakak tak nangis
**terima kasih abg amer...dayang tak tabah macam orang lain...

--------------------------------------------------------------

kenapa kita kena marah???
sebab kita tak dapat memuaskan hati semua orang...
kakak ada hati dan perasaan...
walaupun kakak fighter tapi hati kakak bukan fighter...
tahan maki bukan kebolehan kakak...
kakak tak tabah langsung...
kena marah mesti nangis...
takkan tiap-tiap kali kakak nangis nak call kawan...
takkan nak nangis dalam toilet bile kena marah...
takkan nak nangis depan laptop bila karang benda-benda camni...
takkan nak nangis bawah bantal memikirkan nasib malang kena marah selalu...

terpulang pada orang nak cakap kakak ni manja ke cengeng ke ape ke...
kakak bukan robot yang tak berperasaan...
kakak ada perasaan...
boleh tak kalau kita merayu pada semua orang...
jangan marah kakak lagi.....

Ya Allah,
kurniakan aku kesabaran yang tinggi.

-the end-
























14 comments:

  1. dear beloved sis.

    no matter how hard and harsh people are treating you, its really how you treat yourself back that's count.

    kita tak kan dapat puaskan hati manusia, hamba-hamba Allah yang lain. nama pun manusia, memang tak pernah puas.

    be strong. be positive.

    insyaAllah, you'll be fine all the way!

    sedih baca your scoop, tapi, each and everyone of us pun ada cerita masing-masing kan. and
    that's what makes us the person today!

    chayok adik ku!!

    ReplyDelete
  2. kak ami..saya betul2 rase sedih sekarang :'(

    ReplyDelete
  3. stiap bnda dlm dnia nie msti ade yg kna marah,even batu skalipown ade gak yg kna marah wlaupown dye x salah..huuu..sy pown tgh sdiyh gak sbb slalu kna marah kt umh nie,lbih2 sy ank bgsu,jdik sume yg kt atas sy bley marah sy..sgt not fair..tp bila fkir mcm tu,sy akn ckap kt diri sy,lg byk bnda len yg kna marah ag truk dr sy..so,try 2 think psitive..=)

    ReplyDelete
  4. aliffanis..thanks...i'll try to think +ve

    ReplyDelete
  5. banyak nya kena marah.. ada yang maki lg tuh..

    =.="

    sabar lah ek.. sabar tuh leh buat kita jadi lebih kuat sebenarnya.. ^^

    ReplyDelete
  6. sabar ye kawan ! TAK DAYANG LAH KALAU XTAHAN KENE MARAH !

    one day people will respect u beb !

    ReplyDelete
  7. kamon dayang...u can do it lah!!!

    go dayang go!!!

    *wat pekak jer....

    ReplyDelete
  8. dayang..rileks k..kau kira kuat dr aku..aku dulu selalu kne marah ngn pengetua..pastu tak tahan aku terus nanges..aku lg kuat nanges dr kau oke..sal pnolong kanan ak pun rasa..kau jgn riso mrh seorng cikgu tak lama...buktinya kau xfailed paper math kau..tu tanda kau tak bersalah dgn cikgu kau k..so chill lar k..

    ReplyDelete
  9. zulhusmi...harap mampu bersabar la..thanks

    ReplyDelete
  10. cik alin...
    tak mintak pun untuk direspect...cume xnk kene marah je :(

    ReplyDelete
  11. syila...aku cume sedih kenape cikgu buat kat aku mcm tu...tu je...

    ReplyDelete
  12. err, err, nie ka dayang yang aku kenal ? adehh ! jangan sedih, chill yaw ! Sabar+senyum ! ;)

    ReplyDelete
  13. jangan marah marah. nanti kena jual :)

    ReplyDelete