Tabung

Monday, October 17

akal budak

assalammualaikum..

adik bongsu (baby) kakak tak lah sebudak mana...tapi darjah satu kira budaklah kan...hari ini seharian kakak bersama adik-adik...seronok bile adik-adik cuba hendak bersembang dengan kakaknya..saya sememangnya seorang kakak yang garang..kalau dulu nak suruh ijoy(adik no3) masuk rumah, cekak je pinggang...lintang pukang masuk rumah...kalau ayie(adik no2) buat salah..memang kena belasah...mungkin dia keliru sama ada dia ada seorang abang atau kakak...huh...darah muda tengah panas..haha tapi sekarang muda lagi...tapi muda yang semakin berakal...

petang tadi masa hantar ayie balik asrama...kakak dah macam kaunselar pulak...dari mula perjalanan sampai lah kat sekolah dia...kakak membebel dekat dia...sebab dia taknak ambil SPM...adoi..payah..ingat kakak sorang je yang taknak belajar...dia nak apply SKM...terpulang lah dik...pilihan ditangan anda sendiri...usahakan apa yang kita pilih...

masa perjalanan balik kerumah...tiba-tiba baby bertanyakan soalan kepada kakak...
ihsan dari google

baby : kakak tau tak diorang buat minyak wangi dari apa??
saya : tak tahu...macam mana dia buat??(saja nak dengar jawapan apa yang akan dia beri)
baby : diorang buat pakai bunga..yela bila dia kumpul bunga banyak-banyak lepas tu picit kan keluar air...bunga kan wangi...lepas tu dia buat lah minyak wangi...
saya : (nak tergelak tapi tahan)..ok habis tu kakak punya colongne ni buat pakai bunga apa??
sambil menunjukkan johnson baby cologne kat dalam beg tangan...
baby : dia pakai bunga matahari lah...
saya : yeke??
baby : kakak tak percaya???cuba tengok ada gambar matahari tu kan...mesti lah guna bunga matahari...
saya : !@#$%^&*layankan saja...

----------------------
masa dalam kereta....kakak suruh baby pakai tali pinggang keledar...tiba-tiba dia bersuara..

baby : kakak...pakai ke tak pakai ke sama je lah..
saya : mana sama...
baby : cube tengok ni (sambil mengayakan badan kedepan macam org kemalangan)
saya : mana ada orang kemalangan slow motion macam tu...bila dah berlanggar mesti kite terkejut macam ni...(kakak tunjukkan dengan cara menyentap tali pinggang tersebut..dan secara automatiknya tali itu tersekat..)
baby : (cuba buat apa yang kakak buat..tapi tak jadi)..tak boleh pun..
saya : adoyai @%^&*...

-------------------------

sebelum sampai ke rumah...kakak singgah dekat secret recipe nak beli sepotong kek sebab teringin..teringin bukan mengidam..haha..
saya : baby nak kek tak??
baby : taknak lah..baby tak suka makan kek..
saya : tengoklah dulu mana-mana rasa teringin...
baby : teringin ke tak teringin ke baby tak makan...baby tak suka krim..

kemudian kakak pun pilih kek chocolate indulgence..first time beli kek dekat secret recipe...sampai rumah terus ambil sudu..tiba-tiba baby pun bawa sudu jugak...
ihsan dari google

saya : baby nak rasa ke?
baby : nak..(lepas dia rasa)
baby : yang warna putih ni rasa susu lembu lah..
saya : #$%^& pelik2 lah kau..

eleh tadi cakap tak suka..sudahnya asyik suap kat mulut je...tapi yang warna chocolate tu dia tak makan..dia cakap tak suka chocolate..tadi cakap tak suka makan kek lepas tu tak suka krim lepas tu cakap tak suka chocolate lepas tu lagiii???

---------------------------------------------------------------------------------------------------
seronok layan diorang...
bila dah duduk jauh baru rasa rindu...
bila dekat gaduh je...
kakak harap bila adik-adik dah besar jadi orang yang berguna...


the end

2 comments:

  1. now u realize that ur 'garang' will end up with ur kematangan..

    enjoy ur time with ur family dayang :)

    ReplyDelete
  2. aaaaaaaaaaa but sometime 'garang' is sweet laaa :P

    ReplyDelete