Tabung

Sunday, December 16

tak pernah ada yang sempurna dalam kehidupan

Sunday, December 2

inside

something missing inside me
seeing other person with their happiness
n i just waiting for this with sob ba ro..


seeking for hidayah
remember..hidayah will not come by itself
i love Allah S.W.T
Ya Allah, please make him the person who will pull me into Your jannah.


Sunday, October 7

bangun pagi mesti nak hantar mesej dekat orang tu..
lepastu baru teringat orang tu takde kat sini..
fuh lain betul rasa...
biar pisah negeri jangan pisah negara cmni
payah..
huhuhu dah lah kerinduan...
nasib baik lah 2 minggu je
abang jaga diri kat tempat orang ye

Thursday, September 13

the best will gain the stress

yeay normal lah tu..
kakak lupa pulak nak share some news yang dah tak berapa nak new la tapi sudah jadi old sikit..
5hb Sept..kakak terima call dan saya dan saya dan saya diminta untuk masuk kerja pada 1 Okt...
Alhamudillah wasyukurillah..
sangat menikmati dan mempergunakan moment menganggur yang cuma tiga minggu lebih..
cuma??
tak tau dia punya bosan macam mana..
rasa lah jugak macam mana jadi surirumah..
cuma beza nye xde suami je
bangun kemas rumah masak kemas dapur basuh baju sidai baju..
mmg mudah je
tp yang tak mudahnyeeee..
ini part paling geram sebenarnye..
lepas minum tak reti basuh cawan
kadang-kadang cawan ada dalam peti ais
pastu cawan berderet atas kabinet
cerita pasal cawan je la..
yang lain malas nak cerita..
adik adik kakak semua baik dan rajin..
cuma kerjasama tu kurang..
sampai cik abang saya pun terkejut dengar saya jerit-jerit..
argh stress sebenarnye..
sbb ckp sopan2 ni deme buat dek je...
bebel tu memang dah satu kemestian...
tp jangan ingat lelaki tak membebel..
adik aku tu pun membebel jugak kat adik-adik bawah dia..
nampak tak istimewanya adik aku yang 2 orang tu..
gaduh tak usah cakap la...
yang tu tunding yang ni,
yang nu tundng yang tu...
ok stop..cerita lain pulak.


takut lah nanti bila dah start keje pastu penat
bile penat ni emosi susah nak kawal.
tu saje ok tata

Monday, September 3

bukan satu perkara yang mudah

sangat tak mudah dan tak indah..
dah masuk 3 September baru sahaja meninggalkan 2 September tanpa resah
namun kembali resah...

macam tak percaya
sungguh tak percaya aku dah buat satu keputusan beriringan air mata
walaupun keputusan ni aku buat masa belum habis diploma lagi
"aku ingat lepas praktikal kalau dapat offer keje terus nak grab la...xsambung degree.."
tak pernah hilang perkataan tu :)
Alhamdulillah syukur..
Hari terakhir aku praktikal aku ditawarkan kerja..
interview semua dah lalui
lepas tu tunggu surat nak masuk keje ..

aku tunggu dengan penuh kesabaran
"aku bakal diuji"
betul penuh ujian
surat tak sampai-sampai
tp tawaran degree dah ada depan mata
mula-mula tu tak rase apa pun nak melepaskan degree..
tp bila dah tinggal seminggu nak daftar, aku resah gelisah..

gelisah yang amat
mana tidaknya
aku risau yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
tapi aku sudah putuskan keputusan..
cuma nak pujuk hati

lagi seminggu kawan-kawan nak sambung degree
hati aku melonjak-lonjak nak sambung degree
aku tersenyum bila aku kenang kenangan saat 29 Ogos
tinggal sehari je aku boleh putuskan keputusan...
kalau aku kata ya untuk sambung belajar, aku cuma ada satu hari untuk setelkan dokumen utk belajar..
sebab hari jumaat cuti merdeka.

mesej Alin sampai aku nangis sedu-sedu
mesej abang pun aku nangis..abang pun berbelah bagi..sbb abang pun nak study tp abang dah masuk alam pekerjaan..
malam tu umi tanya.. "kakak nak sambung study tak?..duit takde boleh cari"
geleng je la jawapan yang aku bagi
tapi aku terus naik moto pegi padang...yang aku tahu masa tu nangis je...hahaha
esok pulak dpt WPP dari ptptn
hari tu jugak aku g pos semula bagi dekat ptptn
perjalanan bersama air mata
macam drama betul...nak pegi pejabat pos pun nangis..
lawaknye...hahahah

kenapa aku terfikir nak sambung tiba-tiba?
sebab aku memikirkan seorang wanita yang memegang segulung ijazah kejuruteraan mekanikal..
aku cemburu dengan wanita yang dpt pegang segulung ijazah kejuruteraan mekanikal..
kenapa dia boleh tapi aku tak boleh?

tapi kenapa akhirnya aku tak sambung degree dekat UTHM?
because i've my own reason and plan. :)

walau aku sedang tunggu buah yang tak jatuh.
aku tetapkan pendirian.
aku buat keputusan macam ni sebab aku nak avoid hutang PTPTN
sorry bukan niat aku nak lemah kan semangat sape2 pemengang PTPTN
cuma ini untuk aku
untuk aku sahaja
aku taknak keluar degree bersama hutang
cukuplah hutang diploma
aku tak sehebat pemegang biasiswa nak belajar secara percuma.

tapi aku dah tanam niat
aku tetap akan pegang ijazah satu hari nanti
ijazah dengan duit sendiri
biar aku bermain dengan masa kerana aku tak sanggup bermain dengan wang.

cuma aku mohon cepat lah surat kerja sampai
agar kurang gelisah dihati
dan boleh lah aku teruskan rancangan.

buat sahabat aku yang sambung..
terutamanya Azlinnorazia...
aku dgn kau tak pernah dapat dekan masa diploma..
tapi aku nak kau dapat kan dekan banyak-banyak masa degree tau..
boleh aku tumpang gembira...hihihi

tak mudah untuk aku lupa kan kenangan kita
alin n jaja
tak ada dah semua tu kan
tinggal kenangan rupanye..
tak ada planning pakai baju kaler same nak pegi kelas
dah tak tidur same-same
masak same-same
makan same-same
indah betul saat belajar
tp aku harus belajar menerima benda-benda ni lebih awal...


buat kawan-kawan DDM yang lain...
semoga bertambah lah ahli perempuan dlm kelas korang nanti k..
hahahahah
last but not least...
semoga berjaya dan bila dah jadi engineer jangan lupa aku..









Thursday, August 16

putus lagi

ganas sangat ke aku ni?

Friday, July 6

9440.5 miles

Assalamualaikum..

Malaysia ke Pittsburgh.


terima kasih maman is n cik nad..

*now tgh senyum2

Wednesday, July 4

nisfu syaban

kadang-kadang kita tak sedar yang kita lebih banyak dosa dari pahala..
kakak nak mintak maaf kat semua orang..dan kakak maafkan semua orang..

semoga buku yang akan datang mencatitkan lebih banyak pahala dari dosa.

Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...

Assalamualaikum w.b.t
yang dihormati bakal Dr Eqbal Zack, yang dihargai para pembaca blog yang tak meriah ni..
okey stop..tiba-tiba rindu bidang pengacaraan..huwaaaa please siapa-siapa yang perlu kan pengacara majlis untuk acara rasmi boleh pm kakak..

Okey back to the point..
kakak nak mencuba nasib. mungkin kali ini rezeki blog dayangredzuan.
kakak memang suka kumpul keychain yang kawan-kawan bagi. ada jugak yang kakak beli sendiri..


Jom tengok collection keychain.

 keychain2 atas ni dari luar Malaysia. kebanyakannya kawan-kawan yang bagi. 
Ada yang kakak pergi dan beli sendiri macam Vietnam dan Singapore je.
Siapa tahu lepas ni ada keychain dari Brisbane pulak kannnnn


keychain dalam Malaysia. eh tapi yang gajah tu dari Thailand..
tersalah group pulak..
---------------------------------------------------------------------------

comel sangat kangaroo tu..


ok guys..korang pun joinlah Eqbal Zack: Brisbane Giveaway ni..
Macam mana nak join???

klik sini>>>>EqbalZack Brisbane Giveaway

**semoga Abg Eq sentiasa sihat dekat negara orang tu dan selama sampai ke Malaysia..



Tuesday, July 3

part malang memang part aku
tak perlu nak pergh pergh sangat
memang malang

ramal

diri sendiri tak tahu nak tafsir diri sendiri

aku boleh jadi orang yang sabar
aku boleh jadi orang yang baran
aku boleh jadi orang yang berani
aku boleh jadi orang yang penakut

semua tu kadang-kadang sahaja..


Monday, July 2

sampua

Hampir 3 tahun kakak kenal..
hari pertama masuk kelas masa diploma..
senyum lebar tengok mamat pakai baju kemeja kotak2 kenal kan diri...
dalam hati kata u should be mine
ingat senang ke nak be mine macam tu je..
susah
tak sebulu langsung

Hampir 1 tahun 5 bulan
siapa kata senang?
kami yang lalui.
kami yang rasa.
manis pahit semua kami rasa.
pernah jugak kakak rasa penat.
penat sangat
tapi syukur alhamdulillah..
saat kakak penat..dia lah penguat semangat
sebab masa dia penat saya tak mampu lepaskan dia

8minggu masa praktikal
praktikal paling kritikal
fasa pra turning point untuk kami
serius gila sangat tak awesome ok..

3minggu(sampai sekarang)
ini benar turning point
macam selekoh maut lah
segalanya berubah
jauhnya
teramat rindu tu yang tak awesome langsung

dan bila saat-saat macam ni terus respect Cik Alin..
wa respect lu - wa respect lu
kasi la tips please..

hati aku kene seterong ..kan ayied kan?


bye

Friday, June 22

hari itu dalam sejarah

yup benar-benar dalam sejarah..
ada jarum peniti dalam kusyen tempat duduk...
bila duduk tenyeh2 sikit..
adoiiii sakitnyeee...
heheh saja nak gembirakan hati..

malam tadi tak tau lah tidur berapa minit..
seksanya monthly punya sakit..
tahap 9/10 dah
g hospital macam biasalah kene injection je.

tapi bukan yang ni dalam sejarah.
bangun tidur dapat love letter
sangat loving laaaaaaa
saman lagi..
on the same date dengan excident..
alahai duhet duhet..
60km/h kakak bawak 90km/h
terima kasih daun keladi.
kalau boleh taknak lagi..

yg buat dalam sejarah sgt..
pertama kali kene saman dan pertama kali kene 2 saman...
what a lucky day
Astaghfirullah
moga ada hikmah disebalik kejadian...

Wednesday, June 20

mashed potato with blackpaper prawn sauce.


tiba-tiba perut ni rasa nak makan kentang putar...jom buat kentang putar dan sos lada hitam+udang.

bahan-bahan untuk sos  :

sebiji bawang besar dipotong dadu.
2 sudu mentega
udang atau pun kiub ayam
serbuk lada hitam
sos tiram (tak ingatlah baru das kakak tuang)
air bagi seimbang kan rase masin sos tiram
tepung jagung 2 sudu

bahan-bahan untuk kentang :

kentang
garam

cara-cara untuk sos :

1. masukkan mentega dalam periuk. lepas tu masuk bawang. sampai naik bau yang best tu.
2. masukkan udang dan lada hitam...udang xperlu masak lame2 kan..nanti overcook xbest lak..
3. masukkan sos tiram dan air..agak-agak lah kuantitinya..
4. bancuh 2 sudu tepung jagung dalam cawan kemudian baru masuk dalam periuk...kacau sampai pekat..then mengeleggak je kire siap la tu..

cara-cara untuk kentang lenyek :

kakak potong kentang tu then rebus je ..letak garam sikit... pastu agak2 dah empuk kentang tu lenyek kan je la...setel


**im happy cooking

Friday, June 15

Kuih Puteri Ayu

Mari kita kongsi resepi Kuih Puteri Ayu version kakak.


2 biji telur
1 cwn gula
1 sudu teh ovelete
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn santan pekat
1/2 cwn air
1 sudu teh serbuk penaik
pewangi pandan
pewarna hijau

kelapa putih
tepung sikit
garam sikit



cara-cara : pukul telur sehingga kembang.
                 masukkan gula dan pukul lagi sampai agak2 gula tu hancur.
                 lepas tu bubuh la ovelete dan pukul sehingga tak nampak dah ovelete tu.


                 masukkan tepung gandum sikit-sikit.
                 masukkan santan pekat dan air.
                 masukkan serbuk penaik.
                 titiskan pewangi pandan dan pewarna.


settel bab pertama


untuk kelapa putih : tabur tepung dah garam sesedap hati dan rasa.


untuk acuan : sapu sedikit minyak masak.
                    padatkan kelapa putih.
                    masukkanlah kuih tu..

masa untuk masak : make sure panas kan lah dulu tempat kukus tu..dan masa untuk masak depen pada alat pengukus..kalau besar mungkin amik masa lama sikit. kalau bekas biase2 je amik masa 7 minit sahaja...berapa minit? 7 minit jeee..lagi satu selalu kalau kukus ni mesti ada air jatuh dari penutup..kalau air tu jatuh kene kuih tu nanti x comel la kuih...nak elak kan air menitik balutkan penutup pengukus tu dengan kain..

selamat menjamu selera.



Monday, June 11

tulang tulang

Ya Allah berikan lah kesihatan yang sempurna

Sunday, June 10

heyshe sakit :(

Syukur alhamdulillah, kakak masih bernafas. Kenangan 8 June tak akan padam.

Khamis : Berat rasa hati nak tinggalkan bumi Parit Raja setelah berjaya menamatkan Diploma Mekanikal. malam terakhir di Parit Raja sempat juga makan durian dekat rumah mak uteh. Terima kasih Ayied. Sepatutnya kakak balik hari Sabtu, tapi esok hari jadi umi. Kakak nak beli hadiah untuk pertama kalinya.

Jumaat : pagi-pagi lagi dah siap kemas barang dalam kereta. pergi sarapan dekat kedai mamak 25jam. makan dengan kawan-kawan. memang saja nak berkumpul ramai-ramai sebelum balik perak. koko dengan kak syida pun ada. lega dapat makan tosey daging + 3 layer bandung. puas hati.

      lepas tu pergi print out report. hantar report. setel semua urusan dalam univ. sebelum balik macam biasa mesti singgah rumah mama..salam2 then g rumah sewa lama. sempat la jugak sumpa semua..kecuali melly :( sy rindu melly. Around 11.30 gerak ke Ayer itam beli hadiah umi. lepas tu kami pun balik menuju ke Perak. eh lupa nak bagitau. kali ini kakak balik dengan iqa.

      namun, kali ini bukan rezeki kakak sampai Manjung dengan selamat. yang kakak ingat kakak tekan brek then iqa sebut nama kakak. Al-quran kakak letak kat belakang terus tercampak sampai depan. tak tau masa tu berapa diameter mata kakak. yes kakak sangat terkejut. gabra dia tak boleh cerita macam mana. sampai kakak boleh tanya iqa siapa yang tarik hand break. semua tindakan di luar kawalan minda. pengalaman pertama memang menggerunkan terutamanya perempuan. sampai dah tak tau macam mana nak buka pintu kereta. tercari-cari unlock. huh memang nervous. brother kereta(toyota) depan yang kakak langgar tu terus keluar kereta dan tunjuk kat sebuah wira warna hijau. "kereta tu salah". kakak dah tengok no plate dia.  rase kesal sangat bila dalam keadaan mengelabah..i can't remember the no plate. :( brother tu pula terlanggar kereta(toyota) cina kat depan. terkilan juga bila cina tu tak kejar kereta depan. tak apa lah now semuanya dah berlaku. polis datang suruh parking tepi. tak sampai 5 minit ada eksiden dekat temoat yang sama. kakak just nampak seorang pakcik naik motor terbaring atas jalan.

     keluar kereta habis mengigil satu badan. thank to iqa yang try calm down kan kakak. Terus call ayah. then ayah call mamam ely. semua maman ely yang uruskan. sementara tunggu maman ely datang. macam-macam gelagat kakak nampak. kejap je berpuluh-puluh orang datang. yang menariknya semua bawa walkie talkie. semua tanya soalan yang kakak tak mampu jawab. kakak cuma cakap apa-apa pun saya tunggu pakcik saya datang. nak nangis sangat masa tu. serius takut. keluar jugak air mata sebab tak tahan. masa cikput telefon tu cemas je. aaa nak nangis. terus die cakap "azreen jangan nangis!" fuh fuh tahan nangis.

    lepas pakcik sampai. pegi balai buat report. lepas tu sarjan panggil. aaaa sangat takut sebenarnya. tak tahu muka macam mana masa tu. sampai sarjan tu tanya "awak takut ke?" . angguk je la..sarjan tu cakap saya tahu sebab tu saya panggil tiga2 masuk. kalau awak sorang lagi takut. angguk lagi..bincang2 dan disebabkan tak ada siapa yang dapat bagi no plate kereta yang lari tu jadi keputusannya saya yang bersalah.
ye kakak yang bersalah. masa tu hanya mampu angguk dengan lemah.

     dan buat pertama kali juga kakak dapat surat saman akibat cuai ketika memandu. btw jangan ingat saya bawa laju. sebab saya yakin saya tak bawa laju. betul kereta depan lagi laju dari saya. buktinya kami sama2 dari traffic light. kereta depan meluncur sampai tinggal kereta saya dengan jarak yang agak jauh. tapi semua jadi sekelip mata. semua brek mengejut masa tu :(

sarjan : awak boleh bayar kompaun ni dekat mana-mana balai ye.
kakak : kompaun ni berapa ringgit??
*terus sarjan tu senyum2. kakak still tunggu jawapan dari die.
sarjan : RM300 dik.
kakak : owh ok dan angguk kepala.
* hope ini bukan lah silly question :(

     kakak redha dengan apa yang berlaku semalam. dan semalam memang satu pengalaman. alhamdulillah Allah masih bagi kakak peluang untuk mensyukuri nikmat-Nya. cuma terkilan sebelum balik tak teringat langsung nak minta maaf dekat semua orang. khilaf kakak. sampai je kampung, umi dah sampai dulu. salam dengan nenek and now nenek terus nangis "reen kau xde pape ren". aaaaa mana boleh tahan..terus nangis jugak "nenek, kite taknak pergi jauh-jauh dah...takut "..tu je yang terkeluar dari mulut. kakak dah buat nenek kakak menangis :(



heyshe sekarang dekat bengkel area Tanjung Karang. sabar lah wahai hati. mungkin 3 minggu baru jumpa. dan heyshe dah tak macam heyshe yang dulu :(

**along, sorry tak dapat tunai janji untuk jaga  kereta ni elok2.

im waiting for you heyshe. heyshe tak dapat teman kakak pergi interview hari Rabu nanti :(



Tuesday, June 5

last chapter

pandangan dari sudut dapur.
lepas ni boleh la design rumah sendiri..

yeah

tipikal pelajar

Menulis atau menaip report adalah tipikal bagi seorang pelajar.
dan kakak baru selesai bermesraan dengan keyboard serta tetikus.
Selesai modeling in 3D  kita mesra-mesra keyboard untuk bloging pulak..
Ada lagi satu chapter je untuk AutoCAD 2012 Essential ni sebelum kami buat revision.
dan esok preparation for exam. kemudian khamis exam. hmm hope i pass.

malam ni repeat polkadot. >> report tak siap lagi.
nak cakap stress ke tak?
ok jangan stress..kite yang buat die maka boleh selesaikan nanti..
 * tak stress tapi pikir bile nk susun chapter bile nk letak page number bile nak print trus stresssssss...

nak tak nak malam ni kene stay up jugak..tak boleh tidur jam 12..
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh

tipikal pelajar kan tidur lewat-lewat ni...alah kak macam tak pernah jadi pelajar.
dan petang ni taknak buka apa-apa forum dan taknak jadi penceramah bebas..
gelak-gelak sudahnya perutku kosong semula...
*penceramah bebas pencen selagi report tak siap..

Monday, June 4

Monday's talk

today i got my sexy voice back...
once in a year.
it compulsory to complete my life..
what the rubbish im talking about..

and...yesterday was my first time i swallowed ubat batuk cap ibu n anak without drink a water.
Allah i cant believe how can i do that..ubat tak sedap.
it all demi alin...waaa alin please vomit..
i wont disturb her sleep anymoreeeee..
kuikui..

and...this morning...jaja woke me up for subuh..
but its heavy raining outside..
:( jaja could u accompany me go to the toilet..
she's nodding but she go back at her bed.
oh my.
thanks Allah..
iqa was in the toilet..weeee
see..i can go to toilet by myself..*iqa was negligible 

lets continue our sleep..
*kpop song loudly singingggg...
aina, aina, aina, aina...alin try to wake aina from her beauty sleep..
but its failed!!!
then another sound come..
HOI !!!>>>>teha's voice + bengang.
the sleeping beauty still on the moon..
teha's slapped her cheek with blanket..
kuikuikui

ok that all for today...let dismiss...

Friday, June 1

alien's coming?

yes finally boleh update blog dalam lab.
tu pun sebab tukar pc..


harapan je nak lulus benda ni..
tolonglah jangan sia2 kan masa kakak..

condition badan dah down ni..
7 jam mengadap pc..
peninggggggg
malam tadi tidur awal..
sentuh report satu nafas je.
tekak sakit + selsema
janganlah demam..

*terjaga pukul 2.30 pagi..dengan bunyi angin kuat macam pelik...dalam kepala fikir alien datang...what the hekkk...paksa tidur lagiiiiiiiii

ok tata..

**en mohsin tolong ajar kami dengan cara menarik lagi supaya kami2 ni fokus dan x blogwalking or 9gag-ing..
tq

Tuesday, May 29

2012 essential

morning guys...
selalu pagi2 dah dengar radio era dalam kereta sorang2...
hari ni dengar lagu dalam laptop je...
harus la lagu sleeq n najwa latif
fevereto ...

AUTOCAD 2012 essential
yes essential ONLY
la hai jauh dari anggapanku dulu
tidak mengapa lah
mujur ada yang nak support ke kursus ni
alhamdulillah..

report still in progress...
baru 5 pages..
cepat lah siap
nanti boleh tidur awal
mengantuk la...

list to do
-app letter
-certi copy
bile nk buat ni
jangan malas!

Monday, May 28

hostelite for two week.

hai la hai....
selamat pagi Parit Raja..
eh selamat pagi Tutti Frutti..
whatelse,
selamat pagi MCD.

best nya dalam bilik duduk 6 orang katil 2 tingkat
rindunya asrama sekolah teknik..

-------------------------------
kursus 3p.
aaaaaaaa
pukul 9 pagi sampai 5 petang
macam rutin keje :(
takpe2..demi sijil...
chaiyok...

Saturday, May 19

gila dapur

aku dah gila baking je niiiiii..
huwaaaaa
nak nozzle cream..
nak equipment lengkap buat kek
semangat2...

Friday, May 18

haruman kasturi bintangku
aku bingung..
benar-benar bingung
sebenarnya mengapa??
saban hari terasa luruh rasa itu dari sanubari..
mana hilangnya??
ia sedang mengosongkan ruang legar rohani ku

maafkan aku Ya Allah,
aku lalai.

aku yang harus bangun dan perbetulkan segalanya..
namun, jangan aku dihidangkan dengan dua jalan, Ya Allah.
permudahkan ia menjadi satu.
seperti mana aku mengEsakan ALLAH SWT.


Friday, May 4

aku baru tersedar dari lena....
alhamdulillah...semua itu hanya mimpi mainan syaitan
aku masih mampu mengukir sejarah lagi...
semoga ia lebih mematangkan

Thursday, May 3

im not strong enough
bangun dayang...
itu cuma mimpi buruk sebab tidur lepas asar..
itu hanya mimpi
itu hanya mimpi
itu hanya mimpi
:(

Tuesday, May 1

td ade niat nak menulis..tapi mari kite batal kan...
diam adalah suatu yang baik

Tuesday, April 17

ia degil

mati lah macam ni..hari2 nk kene sental2 tapi x hilang jugak....
aaaaaaa aku x semangat kalau baju kotor..

badi

kecuaian yang sebati dalam diri
membuat aku dipandang hina
aku umpama tidak reti menghargai sesuatu yg bern ilai...
aku yang pandang hina diri aku sendiri
harta aku semua nak rosak semua nak hilang
aku bukan bangga aku mampu rosakkan barang
aku bukan bangga aku mampu hilangkan barang
tapi aku marah dgn diri aku....

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, April 10

ku ditimbang tanpa neraca

Monday, March 26

colorful cake

kek untuk mr.A.....sebelum balik Perak sempat jugak siapkan kek untuk dia...


tak tau la rasenye sedap ke tak..hhuhu....practice make perfect..nanti nak belajar lagi masak2 ni...

bye nak pegi ambil adik balik sekolah

Wednesday, March 21

senyum sengeh

mana tak tersenyum...simpan tarikh2 istimewa..
untuk kali pertama makan malam bersama keluarga Mr.A..
terima kasih..
*tangan kanan dah ok pegang sudu tapi tangan kiri pegang garfu masih perlu diperbaiki..
hmm i got my own style when eating using spoon n fork...but i need to repair it..huahua...
 tata 20032012

Monday, March 19

cpa cpa cpa

aku dah calculate assumption result..
memang HARAPAN la nak grade 3pointer..
ok stress...

pavlova lover

 aaaaaa must try at home
thanks Miss Alish for the lecture and tutorial session
i'll test and take final exam at home
for this recipe.

The love pavlova for the pavlova lovers 

Saturday, March 17

mangsa ragut

memori kanak-kanak aku diragut
aku lupa macam mana buat origami kapal layar then convert jadi kotak.
search kt internet sume keluar origami sampan.
arghhhh thanks alin ajar balik..

now i can eat my kuaci sambil study..
 wish me tenang di sini ya Allah.

decrease

aku makin lemah nak futher study

noktah

Assalamualaikum,
hye and hello.

hari ini kakak nak cakap pasal noktah.
noktah tu yang ini .
nampak tak?
kakak tunjuk lagi sekali .
anda sedar kehadiran noktah . (dan sekali lagi dia  muncul)

minggu-minggu final ni mestilah semua sibuk mentelaah
and i noticed something
rasa benda ni dah jadi habit.
bila kita tulis tulis tulis then tiba-tiba kita nak bercakap lepas tu kakak tengok kertas yang kakak tulis tu mesti ade noktah, padahal ayat tu tak habis pun lagi.
kakak gelak dalam hati je dengan habit yang mungkin remeh tapi haha..

kbai nk sambung study basic of electric and electronic
paper isnin ni..

Tuesday, March 13

once again

aku minum air secawan je pun bukan segelas...
tapi kenapa dalam perut air berkocak macam aku minum sejag...
wahai tekak,
aku baru je  makan ni...
jangan bazirkan kuetiaw goreng yang aku telan
jangan buat aku kurus..
persoalannye, kuruskah aku?

Sunday, March 11

bread+pizza

 crusty gardeniaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
u must try it..
recipe taram jeeee...
wakakak
first sapukan mentega yang digaul dgn garlic yang dah dilumatkan
sapu atas dan bawah roti
sapu prego
susun sosej
tabur cheese
tabur cili
sapu lagi prego
susun lagi sosej
tabur lagi cheese
tabur lagi cili
sampai anda puas hati..

lepas tu terpulang pada anda nk bakar pakai oven or pan..
kalau gune pan make sure ape slow sbb takut bawah roti nanti hitam
tutup pan supaya cheese dapat mencairrrrr (salah tatabahasa)
*tapi roti tu hitam pun sedap je...ranggup mcm crusty new yorkkkkkkkk








+ve

ok dah jodoh diorang
ok
ok
ok
ok
ok

Friday, March 9

attention to Mr.A


This is very useful map for u dear.
tq. hehe

google earth ni still tak update lagi la....sebelah tu dah tak de kelapa sawit da..ade sekolah..then tadi round2 kat google earth cri tesco pun xde lagi..

Wednesday, March 7

sick

please dont ask me y
n dont force me
if im not continue my stdy for degree...

tq

Friday, February 24

unlucky day

Assalamualaikum and hello reader..

even the level of trauma are less the before this punye excident..
but im still in the traumaaaaaaa..

please la all good drives...along jalan Parit Raja are totally not highway...and this is not funny
If u in the right lane, it's doesn't mean you have to drive 120km/h.
there are many junction along the road...can u think wisely???
even u aren't hit my car but u hit my friend's car...
and i was there...and i was a rear passenger...
can u see my bubble on my head...
aaaaaaaaaaaa......

one more thing...after u hit the car and please don't go like "owh that's not my fault"...
u such a $%&*ID driver.....
at least say sorryyyyyyyyyyyyyyyy laaaaaaaaaaaaaaaaaaa

i'll not forget this car
EXORA JND 3962 (white colour)






** just finish my second test for electric..and checking 4 my carrymark...oh my Allah..where is my mark for quiz 1...sir, i never skip your class ok................

Thursday, February 23

thumb bell errr

aha guess what guys????

Wednesday, February 22

Cane

i feel good..nananannanana
i feel nice aaaaaaaaaaaaaaaa
ok it is just a song
i not really feel good today..

final project make my head !@#$%% for the second time...
owh it s not for the second time but it's third timeeeeeeeeeeeeeeee!
sabar....
 WE LEARN FROM MISTAKE
yeah, that was a learning process...

that day i mengidam cane...
today i got  one batang cane...hahha
thanks makcik coz sold it to me RM1.00

ok bye..

owh one more thing...Dayang, can u stop talking too much????

Tuesday, February 21

Critical week

Assalamualaikum..

**sigh
the critical week are began...this week i hv Manufacturing and Electric test 2...next week is a Industrial Engineering (IE) test 2..IE is one of my favorite subject...but my 1st test for IE was very bad...as bad as my Design test 1...hahahahahhaa..can u see me going to crazy phase???laughing for the bad result i got..i said  Alhamdulillah, its better than nothing..kakak, please don't give up..

arghhhh my Final project's presentation will be held next week 0_o.. also my Design project yeah..

All the test and presentation, please be nice to me. :)

critical face !!!


** my grammar was very bad since at primary, secondary and  other ry ry...ok tata



learning process

Assalamualaikum..
hey wassup..
everybody will go through this phase of life..
a teacher teach their student
a lecturer give lecture to the their student "big student"..haha

but what can i see and said..
a teacher just teach and teach and teach and teach until the student vomit...erkkk
pot pet pot pet..
but end of the result is *_*
why??
where's the mistake???
from a teacher or a dumb student..dumb student is refer to me 0_o

Teacher : not my fault..i hv teach all the silibus that PPD/KPT give to me.

Student : =='

--------------------------------------------------------------------------------------------
why don't a teacher or a lecturer teach how to read the question. Most of the student do not understand the question. They don't know how to bring out all the 'ingredient' given from the question. That why they got a terrible mark. bhahahah

** im not blaming my teacher/lecturer. tq

ok that all..

                

Monday, February 20

find a new life

well well well
i hv been quit from facebook and twitter...
i want find my new life...
not new boyfriend tau
haha..
boyfriend kakak still la mr ayied tu..


Wednesday, February 15

LONDON

yeah semangatnye header baru...
GOODLUCK azizulhasniawang..



Wednesday, February 8

silly

morning guys..

today 8 February 2012...im a home alone today..waiting for my friends from Segamat.
well the best part is....im going to class on 8.00 a.m....and and actually the class start on 10.00 a.m..
damn...i didnt tell them yet..

but they'll know after read this post...aaaaaaaaa dont laugh

serve me right..didnt memorize the timetable even now is my last semester.

pssst can u keep secret when read this post...dont tell Alin and Jaja..
tata