Tabung

Friday, June 22

hari itu dalam sejarah

yup benar-benar dalam sejarah..
ada jarum peniti dalam kusyen tempat duduk...
bila duduk tenyeh2 sikit..
adoiiii sakitnyeee...
heheh saja nak gembirakan hati..

malam tadi tak tau lah tidur berapa minit..
seksanya monthly punya sakit..
tahap 9/10 dah
g hospital macam biasalah kene injection je.

tapi bukan yang ni dalam sejarah.
bangun tidur dapat love letter
sangat loving laaaaaaa
saman lagi..
on the same date dengan excident..
alahai duhet duhet..
60km/h kakak bawak 90km/h
terima kasih daun keladi.
kalau boleh taknak lagi..

yg buat dalam sejarah sgt..
pertama kali kene saman dan pertama kali kene 2 saman...
what a lucky day
Astaghfirullah
moga ada hikmah disebalik kejadian...

Wednesday, June 20

mashed potato with blackpaper prawn sauce.


tiba-tiba perut ni rasa nak makan kentang putar...jom buat kentang putar dan sos lada hitam+udang.

bahan-bahan untuk sos  :

sebiji bawang besar dipotong dadu.
2 sudu mentega
udang atau pun kiub ayam
serbuk lada hitam
sos tiram (tak ingatlah baru das kakak tuang)
air bagi seimbang kan rase masin sos tiram
tepung jagung 2 sudu

bahan-bahan untuk kentang :

kentang
garam

cara-cara untuk sos :

1. masukkan mentega dalam periuk. lepas tu masuk bawang. sampai naik bau yang best tu.
2. masukkan udang dan lada hitam...udang xperlu masak lame2 kan..nanti overcook xbest lak..
3. masukkan sos tiram dan air..agak-agak lah kuantitinya..
4. bancuh 2 sudu tepung jagung dalam cawan kemudian baru masuk dalam periuk...kacau sampai pekat..then mengeleggak je kire siap la tu..

cara-cara untuk kentang lenyek :

kakak potong kentang tu then rebus je ..letak garam sikit... pastu agak2 dah empuk kentang tu lenyek kan je la...setel


**im happy cooking

Friday, June 15

Kuih Puteri Ayu

Mari kita kongsi resepi Kuih Puteri Ayu version kakak.


2 biji telur
1 cwn gula
1 sudu teh ovelete
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn santan pekat
1/2 cwn air
1 sudu teh serbuk penaik
pewangi pandan
pewarna hijau

kelapa putih
tepung sikit
garam sikit



cara-cara : pukul telur sehingga kembang.
                 masukkan gula dan pukul lagi sampai agak2 gula tu hancur.
                 lepas tu bubuh la ovelete dan pukul sehingga tak nampak dah ovelete tu.


                 masukkan tepung gandum sikit-sikit.
                 masukkan santan pekat dan air.
                 masukkan serbuk penaik.
                 titiskan pewangi pandan dan pewarna.


settel bab pertama


untuk kelapa putih : tabur tepung dah garam sesedap hati dan rasa.


untuk acuan : sapu sedikit minyak masak.
                    padatkan kelapa putih.
                    masukkanlah kuih tu..

masa untuk masak : make sure panas kan lah dulu tempat kukus tu..dan masa untuk masak depen pada alat pengukus..kalau besar mungkin amik masa lama sikit. kalau bekas biase2 je amik masa 7 minit sahaja...berapa minit? 7 minit jeee..lagi satu selalu kalau kukus ni mesti ada air jatuh dari penutup..kalau air tu jatuh kene kuih tu nanti x comel la kuih...nak elak kan air menitik balutkan penutup pengukus tu dengan kain..

selamat menjamu selera.



Monday, June 11

tulang tulang

Ya Allah berikan lah kesihatan yang sempurna

Sunday, June 10

heyshe sakit :(

Syukur alhamdulillah, kakak masih bernafas. Kenangan 8 June tak akan padam.

Khamis : Berat rasa hati nak tinggalkan bumi Parit Raja setelah berjaya menamatkan Diploma Mekanikal. malam terakhir di Parit Raja sempat juga makan durian dekat rumah mak uteh. Terima kasih Ayied. Sepatutnya kakak balik hari Sabtu, tapi esok hari jadi umi. Kakak nak beli hadiah untuk pertama kalinya.

Jumaat : pagi-pagi lagi dah siap kemas barang dalam kereta. pergi sarapan dekat kedai mamak 25jam. makan dengan kawan-kawan. memang saja nak berkumpul ramai-ramai sebelum balik perak. koko dengan kak syida pun ada. lega dapat makan tosey daging + 3 layer bandung. puas hati.

      lepas tu pergi print out report. hantar report. setel semua urusan dalam univ. sebelum balik macam biasa mesti singgah rumah mama..salam2 then g rumah sewa lama. sempat la jugak sumpa semua..kecuali melly :( sy rindu melly. Around 11.30 gerak ke Ayer itam beli hadiah umi. lepas tu kami pun balik menuju ke Perak. eh lupa nak bagitau. kali ini kakak balik dengan iqa.

      namun, kali ini bukan rezeki kakak sampai Manjung dengan selamat. yang kakak ingat kakak tekan brek then iqa sebut nama kakak. Al-quran kakak letak kat belakang terus tercampak sampai depan. tak tau masa tu berapa diameter mata kakak. yes kakak sangat terkejut. gabra dia tak boleh cerita macam mana. sampai kakak boleh tanya iqa siapa yang tarik hand break. semua tindakan di luar kawalan minda. pengalaman pertama memang menggerunkan terutamanya perempuan. sampai dah tak tau macam mana nak buka pintu kereta. tercari-cari unlock. huh memang nervous. brother kereta(toyota) depan yang kakak langgar tu terus keluar kereta dan tunjuk kat sebuah wira warna hijau. "kereta tu salah". kakak dah tengok no plate dia.  rase kesal sangat bila dalam keadaan mengelabah..i can't remember the no plate. :( brother tu pula terlanggar kereta(toyota) cina kat depan. terkilan juga bila cina tu tak kejar kereta depan. tak apa lah now semuanya dah berlaku. polis datang suruh parking tepi. tak sampai 5 minit ada eksiden dekat temoat yang sama. kakak just nampak seorang pakcik naik motor terbaring atas jalan.

     keluar kereta habis mengigil satu badan. thank to iqa yang try calm down kan kakak. Terus call ayah. then ayah call mamam ely. semua maman ely yang uruskan. sementara tunggu maman ely datang. macam-macam gelagat kakak nampak. kejap je berpuluh-puluh orang datang. yang menariknya semua bawa walkie talkie. semua tanya soalan yang kakak tak mampu jawab. kakak cuma cakap apa-apa pun saya tunggu pakcik saya datang. nak nangis sangat masa tu. serius takut. keluar jugak air mata sebab tak tahan. masa cikput telefon tu cemas je. aaa nak nangis. terus die cakap "azreen jangan nangis!" fuh fuh tahan nangis.

    lepas pakcik sampai. pegi balai buat report. lepas tu sarjan panggil. aaaa sangat takut sebenarnya. tak tahu muka macam mana masa tu. sampai sarjan tu tanya "awak takut ke?" . angguk je la..sarjan tu cakap saya tahu sebab tu saya panggil tiga2 masuk. kalau awak sorang lagi takut. angguk lagi..bincang2 dan disebabkan tak ada siapa yang dapat bagi no plate kereta yang lari tu jadi keputusannya saya yang bersalah.
ye kakak yang bersalah. masa tu hanya mampu angguk dengan lemah.

     dan buat pertama kali juga kakak dapat surat saman akibat cuai ketika memandu. btw jangan ingat saya bawa laju. sebab saya yakin saya tak bawa laju. betul kereta depan lagi laju dari saya. buktinya kami sama2 dari traffic light. kereta depan meluncur sampai tinggal kereta saya dengan jarak yang agak jauh. tapi semua jadi sekelip mata. semua brek mengejut masa tu :(

sarjan : awak boleh bayar kompaun ni dekat mana-mana balai ye.
kakak : kompaun ni berapa ringgit??
*terus sarjan tu senyum2. kakak still tunggu jawapan dari die.
sarjan : RM300 dik.
kakak : owh ok dan angguk kepala.
* hope ini bukan lah silly question :(

     kakak redha dengan apa yang berlaku semalam. dan semalam memang satu pengalaman. alhamdulillah Allah masih bagi kakak peluang untuk mensyukuri nikmat-Nya. cuma terkilan sebelum balik tak teringat langsung nak minta maaf dekat semua orang. khilaf kakak. sampai je kampung, umi dah sampai dulu. salam dengan nenek and now nenek terus nangis "reen kau xde pape ren". aaaaa mana boleh tahan..terus nangis jugak "nenek, kite taknak pergi jauh-jauh dah...takut "..tu je yang terkeluar dari mulut. kakak dah buat nenek kakak menangis :(



heyshe sekarang dekat bengkel area Tanjung Karang. sabar lah wahai hati. mungkin 3 minggu baru jumpa. dan heyshe dah tak macam heyshe yang dulu :(

**along, sorry tak dapat tunai janji untuk jaga  kereta ni elok2.

im waiting for you heyshe. heyshe tak dapat teman kakak pergi interview hari Rabu nanti :(



Tuesday, June 5

last chapter

pandangan dari sudut dapur.
lepas ni boleh la design rumah sendiri..

yeah

tipikal pelajar

Menulis atau menaip report adalah tipikal bagi seorang pelajar.
dan kakak baru selesai bermesraan dengan keyboard serta tetikus.
Selesai modeling in 3D  kita mesra-mesra keyboard untuk bloging pulak..
Ada lagi satu chapter je untuk AutoCAD 2012 Essential ni sebelum kami buat revision.
dan esok preparation for exam. kemudian khamis exam. hmm hope i pass.

malam ni repeat polkadot. >> report tak siap lagi.
nak cakap stress ke tak?
ok jangan stress..kite yang buat die maka boleh selesaikan nanti..
 * tak stress tapi pikir bile nk susun chapter bile nk letak page number bile nak print trus stresssssss...

nak tak nak malam ni kene stay up jugak..tak boleh tidur jam 12..
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh
tak boleh

tipikal pelajar kan tidur lewat-lewat ni...alah kak macam tak pernah jadi pelajar.
dan petang ni taknak buka apa-apa forum dan taknak jadi penceramah bebas..
gelak-gelak sudahnya perutku kosong semula...
*penceramah bebas pencen selagi report tak siap..

Monday, June 4

Monday's talk

today i got my sexy voice back...
once in a year.
it compulsory to complete my life..
what the rubbish im talking about..

and...yesterday was my first time i swallowed ubat batuk cap ibu n anak without drink a water.
Allah i cant believe how can i do that..ubat tak sedap.
it all demi alin...waaa alin please vomit..
i wont disturb her sleep anymoreeeee..
kuikui..

and...this morning...jaja woke me up for subuh..
but its heavy raining outside..
:( jaja could u accompany me go to the toilet..
she's nodding but she go back at her bed.
oh my.
thanks Allah..
iqa was in the toilet..weeee
see..i can go to toilet by myself..*iqa was negligible 

lets continue our sleep..
*kpop song loudly singingggg...
aina, aina, aina, aina...alin try to wake aina from her beauty sleep..
but its failed!!!
then another sound come..
HOI !!!>>>>teha's voice + bengang.
the sleeping beauty still on the moon..
teha's slapped her cheek with blanket..
kuikuikui

ok that all for today...let dismiss...

Friday, June 1

alien's coming?

yes finally boleh update blog dalam lab.
tu pun sebab tukar pc..


harapan je nak lulus benda ni..
tolonglah jangan sia2 kan masa kakak..

condition badan dah down ni..
7 jam mengadap pc..
peninggggggg
malam tadi tidur awal..
sentuh report satu nafas je.
tekak sakit + selsema
janganlah demam..

*terjaga pukul 2.30 pagi..dengan bunyi angin kuat macam pelik...dalam kepala fikir alien datang...what the hekkk...paksa tidur lagiiiiiiiii

ok tata..

**en mohsin tolong ajar kami dengan cara menarik lagi supaya kami2 ni fokus dan x blogwalking or 9gag-ing..
tq