Tabung

Sunday, June 10

heyshe sakit :(

Syukur alhamdulillah, kakak masih bernafas. Kenangan 8 June tak akan padam.

Khamis : Berat rasa hati nak tinggalkan bumi Parit Raja setelah berjaya menamatkan Diploma Mekanikal. malam terakhir di Parit Raja sempat juga makan durian dekat rumah mak uteh. Terima kasih Ayied. Sepatutnya kakak balik hari Sabtu, tapi esok hari jadi umi. Kakak nak beli hadiah untuk pertama kalinya.

Jumaat : pagi-pagi lagi dah siap kemas barang dalam kereta. pergi sarapan dekat kedai mamak 25jam. makan dengan kawan-kawan. memang saja nak berkumpul ramai-ramai sebelum balik perak. koko dengan kak syida pun ada. lega dapat makan tosey daging + 3 layer bandung. puas hati.

      lepas tu pergi print out report. hantar report. setel semua urusan dalam univ. sebelum balik macam biasa mesti singgah rumah mama..salam2 then g rumah sewa lama. sempat la jugak sumpa semua..kecuali melly :( sy rindu melly. Around 11.30 gerak ke Ayer itam beli hadiah umi. lepas tu kami pun balik menuju ke Perak. eh lupa nak bagitau. kali ini kakak balik dengan iqa.

      namun, kali ini bukan rezeki kakak sampai Manjung dengan selamat. yang kakak ingat kakak tekan brek then iqa sebut nama kakak. Al-quran kakak letak kat belakang terus tercampak sampai depan. tak tau masa tu berapa diameter mata kakak. yes kakak sangat terkejut. gabra dia tak boleh cerita macam mana. sampai kakak boleh tanya iqa siapa yang tarik hand break. semua tindakan di luar kawalan minda. pengalaman pertama memang menggerunkan terutamanya perempuan. sampai dah tak tau macam mana nak buka pintu kereta. tercari-cari unlock. huh memang nervous. brother kereta(toyota) depan yang kakak langgar tu terus keluar kereta dan tunjuk kat sebuah wira warna hijau. "kereta tu salah". kakak dah tengok no plate dia.  rase kesal sangat bila dalam keadaan mengelabah..i can't remember the no plate. :( brother tu pula terlanggar kereta(toyota) cina kat depan. terkilan juga bila cina tu tak kejar kereta depan. tak apa lah now semuanya dah berlaku. polis datang suruh parking tepi. tak sampai 5 minit ada eksiden dekat temoat yang sama. kakak just nampak seorang pakcik naik motor terbaring atas jalan.

     keluar kereta habis mengigil satu badan. thank to iqa yang try calm down kan kakak. Terus call ayah. then ayah call mamam ely. semua maman ely yang uruskan. sementara tunggu maman ely datang. macam-macam gelagat kakak nampak. kejap je berpuluh-puluh orang datang. yang menariknya semua bawa walkie talkie. semua tanya soalan yang kakak tak mampu jawab. kakak cuma cakap apa-apa pun saya tunggu pakcik saya datang. nak nangis sangat masa tu. serius takut. keluar jugak air mata sebab tak tahan. masa cikput telefon tu cemas je. aaa nak nangis. terus die cakap "azreen jangan nangis!" fuh fuh tahan nangis.

    lepas pakcik sampai. pegi balai buat report. lepas tu sarjan panggil. aaaa sangat takut sebenarnya. tak tahu muka macam mana masa tu. sampai sarjan tu tanya "awak takut ke?" . angguk je la..sarjan tu cakap saya tahu sebab tu saya panggil tiga2 masuk. kalau awak sorang lagi takut. angguk lagi..bincang2 dan disebabkan tak ada siapa yang dapat bagi no plate kereta yang lari tu jadi keputusannya saya yang bersalah.
ye kakak yang bersalah. masa tu hanya mampu angguk dengan lemah.

     dan buat pertama kali juga kakak dapat surat saman akibat cuai ketika memandu. btw jangan ingat saya bawa laju. sebab saya yakin saya tak bawa laju. betul kereta depan lagi laju dari saya. buktinya kami sama2 dari traffic light. kereta depan meluncur sampai tinggal kereta saya dengan jarak yang agak jauh. tapi semua jadi sekelip mata. semua brek mengejut masa tu :(

sarjan : awak boleh bayar kompaun ni dekat mana-mana balai ye.
kakak : kompaun ni berapa ringgit??
*terus sarjan tu senyum2. kakak still tunggu jawapan dari die.
sarjan : RM300 dik.
kakak : owh ok dan angguk kepala.
* hope ini bukan lah silly question :(

     kakak redha dengan apa yang berlaku semalam. dan semalam memang satu pengalaman. alhamdulillah Allah masih bagi kakak peluang untuk mensyukuri nikmat-Nya. cuma terkilan sebelum balik tak teringat langsung nak minta maaf dekat semua orang. khilaf kakak. sampai je kampung, umi dah sampai dulu. salam dengan nenek and now nenek terus nangis "reen kau xde pape ren". aaaaa mana boleh tahan..terus nangis jugak "nenek, kite taknak pergi jauh-jauh dah...takut "..tu je yang terkeluar dari mulut. kakak dah buat nenek kakak menangis :(



heyshe sekarang dekat bengkel area Tanjung Karang. sabar lah wahai hati. mungkin 3 minggu baru jumpa. dan heyshe dah tak macam heyshe yang dulu :(

**along, sorry tak dapat tunai janji untuk jaga  kereta ni elok2.

im waiting for you heyshe. heyshe tak dapat teman kakak pergi interview hari Rabu nanti :(



6 comments:

  1. huh ? sedeynye.
    sabar ea dayang. harap tabah menumpuhi setiap ujian yg mendatang.
    insyaallah, semuanya akan kembali normal.
    :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kakak selamat..
    Hope heyshe pon cepat sembuh..
    :)

    ReplyDelete
  3. :'(

    ape2 pn, all the best for ur interview..
    yang penting kau selamat..

    ReplyDelete
  4. teruk jugak..yg penting diri sendiri selamat

    ReplyDelete