Tabung

Thursday, September 13

the best will gain the stress

yeay normal lah tu..
kakak lupa pulak nak share some news yang dah tak berapa nak new la tapi sudah jadi old sikit..
5hb Sept..kakak terima call dan saya dan saya dan saya diminta untuk masuk kerja pada 1 Okt...
Alhamudillah wasyukurillah..
sangat menikmati dan mempergunakan moment menganggur yang cuma tiga minggu lebih..
cuma??
tak tau dia punya bosan macam mana..
rasa lah jugak macam mana jadi surirumah..
cuma beza nye xde suami je
bangun kemas rumah masak kemas dapur basuh baju sidai baju..
mmg mudah je
tp yang tak mudahnyeeee..
ini part paling geram sebenarnye..
lepas minum tak reti basuh cawan
kadang-kadang cawan ada dalam peti ais
pastu cawan berderet atas kabinet
cerita pasal cawan je la..
yang lain malas nak cerita..
adik adik kakak semua baik dan rajin..
cuma kerjasama tu kurang..
sampai cik abang saya pun terkejut dengar saya jerit-jerit..
argh stress sebenarnye..
sbb ckp sopan2 ni deme buat dek je...
bebel tu memang dah satu kemestian...
tp jangan ingat lelaki tak membebel..
adik aku tu pun membebel jugak kat adik-adik bawah dia..
nampak tak istimewanya adik aku yang 2 orang tu..
gaduh tak usah cakap la...
yang tu tunding yang ni,
yang nu tundng yang tu...
ok stop..cerita lain pulak.


takut lah nanti bila dah start keje pastu penat
bile penat ni emosi susah nak kawal.
tu saje ok tata

Monday, September 3

bukan satu perkara yang mudah

sangat tak mudah dan tak indah..
dah masuk 3 September baru sahaja meninggalkan 2 September tanpa resah
namun kembali resah...

macam tak percaya
sungguh tak percaya aku dah buat satu keputusan beriringan air mata
walaupun keputusan ni aku buat masa belum habis diploma lagi
"aku ingat lepas praktikal kalau dapat offer keje terus nak grab la...xsambung degree.."
tak pernah hilang perkataan tu :)
Alhamdulillah syukur..
Hari terakhir aku praktikal aku ditawarkan kerja..
interview semua dah lalui
lepas tu tunggu surat nak masuk keje ..

aku tunggu dengan penuh kesabaran
"aku bakal diuji"
betul penuh ujian
surat tak sampai-sampai
tp tawaran degree dah ada depan mata
mula-mula tu tak rase apa pun nak melepaskan degree..
tp bila dah tinggal seminggu nak daftar, aku resah gelisah..

gelisah yang amat
mana tidaknya
aku risau yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
tapi aku sudah putuskan keputusan..
cuma nak pujuk hati

lagi seminggu kawan-kawan nak sambung degree
hati aku melonjak-lonjak nak sambung degree
aku tersenyum bila aku kenang kenangan saat 29 Ogos
tinggal sehari je aku boleh putuskan keputusan...
kalau aku kata ya untuk sambung belajar, aku cuma ada satu hari untuk setelkan dokumen utk belajar..
sebab hari jumaat cuti merdeka.

mesej Alin sampai aku nangis sedu-sedu
mesej abang pun aku nangis..abang pun berbelah bagi..sbb abang pun nak study tp abang dah masuk alam pekerjaan..
malam tu umi tanya.. "kakak nak sambung study tak?..duit takde boleh cari"
geleng je la jawapan yang aku bagi
tapi aku terus naik moto pegi padang...yang aku tahu masa tu nangis je...hahaha
esok pulak dpt WPP dari ptptn
hari tu jugak aku g pos semula bagi dekat ptptn
perjalanan bersama air mata
macam drama betul...nak pegi pejabat pos pun nangis..
lawaknye...hahahah

kenapa aku terfikir nak sambung tiba-tiba?
sebab aku memikirkan seorang wanita yang memegang segulung ijazah kejuruteraan mekanikal..
aku cemburu dengan wanita yang dpt pegang segulung ijazah kejuruteraan mekanikal..
kenapa dia boleh tapi aku tak boleh?

tapi kenapa akhirnya aku tak sambung degree dekat UTHM?
because i've my own reason and plan. :)

walau aku sedang tunggu buah yang tak jatuh.
aku tetapkan pendirian.
aku buat keputusan macam ni sebab aku nak avoid hutang PTPTN
sorry bukan niat aku nak lemah kan semangat sape2 pemengang PTPTN
cuma ini untuk aku
untuk aku sahaja
aku taknak keluar degree bersama hutang
cukuplah hutang diploma
aku tak sehebat pemegang biasiswa nak belajar secara percuma.

tapi aku dah tanam niat
aku tetap akan pegang ijazah satu hari nanti
ijazah dengan duit sendiri
biar aku bermain dengan masa kerana aku tak sanggup bermain dengan wang.

cuma aku mohon cepat lah surat kerja sampai
agar kurang gelisah dihati
dan boleh lah aku teruskan rancangan.

buat sahabat aku yang sambung..
terutamanya Azlinnorazia...
aku dgn kau tak pernah dapat dekan masa diploma..
tapi aku nak kau dapat kan dekan banyak-banyak masa degree tau..
boleh aku tumpang gembira...hihihi

tak mudah untuk aku lupa kan kenangan kita
alin n jaja
tak ada dah semua tu kan
tinggal kenangan rupanye..
tak ada planning pakai baju kaler same nak pegi kelas
dah tak tidur same-same
masak same-same
makan same-same
indah betul saat belajar
tp aku harus belajar menerima benda-benda ni lebih awal...


buat kawan-kawan DDM yang lain...
semoga bertambah lah ahli perempuan dlm kelas korang nanti k..
hahahahah
last but not least...
semoga berjaya dan bila dah jadi engineer jangan lupa aku..