Tabung

Friday, December 20

rarely update

because of....
do i have readers of my blog?
and the answer is no.

so i am syok sendiri punye writer lah.
well i got Tumblr.
but nothing special there. (no im lying. hahah actually i keep my tumblr in my pocket.)

ok bye. till we meet again on the next entry.

Monday, November 11

Berzaman.

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama aku tak update blog yang mungkin bukan menjadi kesayangan aku. sebab tu aku biarkan dia. atau mungkin aku sudah tidak mahu berkongsi apa-apa cerita. aku ada sebab sendiri.

atau masih mahukan andaian?
ya mungkin tiada kisah gembira namun bukanlah aku sedang bersedih. aku masih begini. cuma aku lebih berhati-hati dalam meneruskan kehidupan seharian. belajar dari pengalaman lepas. belajar melihat dari kehidupan insan lain juga. dengan harapan aku dapat berikan terbaik untuk diri sendiri dan untuk menjaga hati sendiri. serik dah biarkan hati terkontang kanting. :)

Thursday, August 1

jahat

aku rasa aku jahat.
aku jahat sekarang
jahat sangat
kenapa kakak kenapa?
jahat takkan pernah tertinggal dibelakang
kejahatan akan sentiasa mengekori
tahniah kakak tahniah.
you do a BAD job..

Friday, March 8

Tak pandai aku bersyukur

Basmallah
Ya Allah
Ini amat sukar
Aku tak akan meminta minta pada mahkluk Mu
Aku tak akan meminta selain pada Mu
Aku pasti tiada sezarah pun pengharapan pada makhluk Mu
Benar aku serik
Walau aku lali
Jagakan hati aku kerana aku tiada waktu untuk menjaganya :)
Kebalkan hati sekuat tulang keting
Walau aku tahu semakin keras semakin rapuh

Berat ujian dariMu

Saturday, February 2

Aku berjalan menempuhi hari-hari mendatang
Aku takut aku terjatuh lalu luka
Aku takut kerna aku tidak lali dengan luka
Aku cuma harap aku tabah

Friday, January 25

Tiba-tiba aku rasa keliru
Ya Allah aku rasa berat sangat dengan semua ini
Aku tak tenang
I take this challenge!
Not for other person
For my own sake
For being a new person of me..

Thursday, January 24

Aku sinaif yang menatang telapak tangan dan berdoa..
Dengan rasa luhur serta hina meminta2 pada Mu..
Pada Mu Wahai Tuhan Sekalian Alam
Pencipta Adam
Dan diciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam
Maka lahir juga aku ke dunia menyambung warisan Islam.
Andai tertulis yang tertulis diluh mahfuz adalah yang terbaik buat ku
Maka aku berdoa agar disuluhkan jalan buat ku titi hingga kedestinasi
Andai aku diuji, permudahkan segala ujian
Jangan dipersusahkan
Agar aku tidak bergantung harap
Agar aku tidak jatuh terjelepok
Agar aku tahu erti bersyukur dengan segala nikmat yang ada
Hidup mati ku
Ajal maut ku
Jodoh pertemuan ku
Rezeki dan rahmat buat ku
Semua atas kehendak Mu
Aku mohon yang terbaik.
Amin Ya Rab

Sunday, January 20

Allah Maha Pembolak Balik Hati
Allahurabbi
for the second time aku benar2 kalah dalam pecaturan hidup buatkan aku lelah penat.
tetapkan hati dimana paksi asalnya.
aku paksa diri keluar dari kehidupan yang lebih memaksa
mohon kebaikan dari Mu Ya Allah

teguh kan hati
tetap kan iman
buka kan jalan
terang kan yg gelap
bersih kan jiwa

dan takkan ada penyesalan!